Bicara Tokoh | Aktivis Muslimah Bicara Hijrah
Muharam; Bulan berkah Rahmat ke seluruh Alam
Muharam bukan sekadar sebuah peristiwa hijrah dari satu tempat ke tempat lainnya. Muharam juga bukan sekadar hijrah dengan makna berubah dari keadaan yang buruk kepada keadaan yang baik. Penghijrahan dari Mekah ke Madinah adalah hijrahnya umat Islam dari agama bersifat individu kepada tegaknya sebuah institusi pentadbiran sebuah Negara di bawah naungan dan kepemimpinan Nabi SAW. Dengan kata lainnya Muharam adalah sebuah peristiwa politik yang merupakan peletakan batu asas pembangunan negara Islam di Madinah.
Hijrah adalah peristiwa yang menjadi titik transformasi sejagat dari menerapkan Islam sebagai ideologi (pemikiran) yang kemudian diterapkan secara praktikal oleh sebuah institusi Negara. Ia menjalankan fungsi sebagai sebuah institusi yang menyantuni umat Islam secara khusus. Negara ini juga adalah penjamin kepada keamanan dan kebajikan umat secara alami dan manusiawi. Kerana dalam definisi politik yang sebenar adalah; “Mengatur urusan umat secara domestik dan antarabangsa”.
Negara Islam yang gemilang, cemerlang serta terbilang selama sekitar 1300 tahun ini, telah berjaya menyatukan negeri-negeri tetangganya sehingga menguasai hampir 2/3 dunia. Negara ini berjaya membebaskan manusia yang tertindas dan teraniaya dengan membawa kegemilangan serta rahmat Allah SWT melalui Islam secara praktikal dan Kaffah.
-Nurain AbdurRahman