[Ath-Thariq] Beberapa Konsep Sosialisme (Bahagian 3)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
[Konsep Sosialisme tentang Alam (Ath-Thabi’ah)] Pemikiran sosialisme marxisme berpijak pada idea yang disebut dialektika dan materialisme sejarah. Adapun dialektika materialisme merupakan teori umum bagi sosialisme, di antaranya komunisme. Teori ini disebut dialektika materialisme karena cara pandangnya terhadap peristiwa alam merupakan cara pandang dialektik.
Perdebatan merupakan salah satu cara dalam perbantahan (diskusi) yang bertumpu pada upaya menampakkan titik kelemahan dan letak kesalahan dari pembicaraan lawan, yakni dengan menggunakan pengetahuan yang tidak dapat dibantah dan premis yang diakui sebelumnya. Akan tetapi, dialektika yang ada dalam komunisme ini tidak dimaksudkan untuk itu, bahkan diertikan sebagai sebuah metode yang menjelaskan realiti dan hukum alam secara umum yang sejalan dengan hakikat dan keberadaan yang bentuknya sangat beragam.
Teori ini juga bertumpu pada idea bahawa segala sesuatu mengandungi unsur perlawanan (opposite), tidak ada satu premis pun, kecuali di dalamnya pasti ada yang menjadi lawannya (opposite) dan yang menegasikannya.
Adalah Hegel yang pertama kali membangun ilmu logika di atas asas ini sepenuhnya. Perlawanan dialektika menjadi kaidah mendasar yang menjadi tempat berpijak pemahaman baru ini tentang alam. Marx pun mengadopsi pemahaman ini, kemudian meletakkan falsafah materialisme di atasnya dalam rangka merancang dialektika murni.
Adapun materialisme sejarah (historical materialism) merupakan ungkapan tentang penerapan dialektika pada masyarakat—hal ini telah kita bicarakan dalam bahasan pandangan sosialisme tentang masyarakat—sejarah, negara, dan segala yang ada di dunia.
Segala pandangan mereka tentang alam (dan apa yang mereka terapkan pada segala sisi kehidupan) terfokus pada empat asas, yakni gerak evolusi, pertentangan (kontradiksi), lompatan evolusi, dan kesatuan alam dan pertaliannya.
Akan kita bahas semua asas ini seringkas mungkin tiada lain kerana sempitnya ruang pembahasan. Berkaitan dengan poin pertama, Stalin telah menyatakan bahawa, “Dialektika itu berseberangan dengan metafisika. Alam ini tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang diam dan baku, stagnan dan tetap, tetapi alam terus bergerak dan berubah, sentiasa berkembang secara berkelanjutan.”
Mereka beranggapan bahawa alam dengan semua segi yang ada di dalamnya tunduk pada hukum-hukum evolusi yang tiada berhenti pada satu batas tertentu. Oleh karena itu, tidak benar apabila memandang berbagai peristiwa itu hanya dari segi saling keterkaitannya satu sama lain, tetapi peristiwa tersebut mesti dipandang juga dari segi pergerakannya, dari segi perubahan, evolusi, dan sesuatu yang tersembunyi darinya. Bagi menjelaskan kerosakan pendapat mereka ini, kami nyatakan sebagai berikut.
Bahawasanya walaupun benar alam itu sentiasa berubah, tetapi tidak benar apabila segala sesuatu yang ada di dalamnya terus memperbaharui diri dengan melakukan perubahan. Di alam ini banyak benda yang perubahannya menghasilkan sesuatu yang baru, ada yang mati dan ada pula yang lahir, seperti tanaman dan seorang pemuda. Ada pula benda yang di dalamnya terdapat kehidupan dan kematian secara bersamaan, seperti air, batu, dan benda-benda mati. Begitu pula ada benda-benda yang evolusinya dengan kematian, seperti pohon yang dilenyapkan dan seorang tua yang renta.
Kemudian para penganut komunisme sendiri mengakui bahawa di alam ini banyak benda yang tidak bergerak atau tidak berubah dan beku yang tidak memiliki sifat saling menegasikan. Mereka mengatakan, “Bahawa sesuatu yang pada kesempatan tertentu tampak tetap dan beku, dan kenyataannya dia mulai mati, merupakan sesuatu yang tidak penting dan tidak layak untuk diperhatikan. Yang penting dan layak untuk diperhatikan hanyalah sesuatu yang lahir dan berkembang.”
Mereka menambahkan atas hal itu bahawa tidak benar meletakkan aktiviti mereka di atas kelompok-kelompok yang menjauhkan diri dari perkembangan (tidak berubah dan tidak mahu berkembang), tetapi harus diletakkan pada kelompok-kelompok yang berkembang. Ini merupakan pengakuan yang jelas dari mereka sendiri bahawasanya ada sesuatu yang mati dan sesuatu yang memperbaharui diri, dan semua benda menghancurkan dirinya sendiri. Ini justeru bertentangan dengan idea mereka sendiri dan sekaligus menunjukkan bahawa pemahaman mereka tentang gerak evolusi merupakan pemahaman yang keliru.
Adapun berkaitan dengan poin kedua (pertentangan evolusi di alam), Stalin telah menyatakan, “Bahawa titik awal dalam dialektika itu bertentangan dengan metafizika, ia menjadi sudut pandang yang ditegakkan di atas segala sesuatu dan peristiwa yang ada di alam, yang mengandungi unsur pertentangan dari dalam kerana semua itu memiliki sisi negatif, sisi positif, dahulu ataupun sekarang, dan di dalam semua itu ada unsur-unsur yang lenyap (hancur) ataupun dapat berkembang. Perjuangan (pertentangan) yang ada di antara sisi yang bertentangan ini menjadi inti yang terkandung di dalam, tiada lain untuk memindahkan perubahan kuantiti menjadi perubahan kualitas.”
Mao Zedong menyatakan, “Bahawa hukum saling menegasikan (pertentangan) yang ada di dalam segala sesuatu, atau hukum kesatuan dalam pertentangan, merupakan hukum yang paling mendasar dalam dialektika.”
Kaum komunisme telah menjadikan pembenaran (justifikasi) sebagai pelindung untuk menjauhkan peranan Pencipta dalam mengatur berbagai perkara dengan mempropagandakan adanya pertentangan (sifat saling menegasikan) dalam segala sesuatu dan segala peristiwa. Mereka mengatakan bahawa pertentangan itu ada dalam gerak, dan kehidupan sesuatu yang hidup, dan kemampuan manusia untuk mengetahui sesuatu dan sebagainya.
Sedangkan realiti yang ada adalah bahawa ketiadaan pertentangan dalam sesuatu yang satu merupakan hukum yang paling umum dalam segala bidang. Tidak ada fenomena—baik fenomena dari segala yang ada dan fenomena alam semesta—yang boleh menyerang hukum ini secara mutlak.
Berdasarkan bukti yang ada (boleh terindera), pertentangan itu tidak ada wujudnya. Akan tetapi, ketakfahaman kaum komunis atas makna pertentangan/saling bertentangan (al-tanaqudl) itu membawa mereka pada pengertian bahawa seluruh pertentangan itu adalah pertentangan dalam sesuatu yang satu.
Sedangkan fakta yang terindera membuktikan bahawa sesuatu itu tidak akan bertentangan dengan dirinya sendiri, sedangkan apabila di samping sesuatu ada sesuatu yang lain, maka pertentangan di antara keduanya menjadi suatu hal yang alami, dan hal itu tidak perlu menjadi masalah yang harus diperdebatkan dan objek pembahasan.
Sebagai ringkasan atas bahasan ini, kami nyatakan:
– Apakah kaum sosialis di seluruh alam ini memiliki satu contoh saja tentang pertentangan dalam pergerakan, sebagaimana yang dikatakan oleh Engels, “Bahawa gerak itu saling bertentangan.”
Dengan kata lain, apakah ada sesuatu yang satu di dunia ini yang berkembang dan sekaligus tidak berkembang pada saat yang sama, sebagaimana yang mereka sangka selama ini?
Manusia itu mudah terpengaruh (emosi) ketika masih muda, dan dia tidak cepat terpengaruh ketika dewasa (berusia antara 30-50 tahun). Penetapan dan pengingkaran dalam perkara ini berkaitan dengan manusia yang berada pada dua zaman yang berbeza, maka di manakah pertentangan dalam sesuatu yang satu itu?
Telur akan menetas menjadi anak ayam, lalu menjadi seekor ayam dewasa, di manakah pertentangan dalam sesuatu yang satu itu? Apakah dua sifat dari telur dan ayam berkumpul bersamaan dalam satu waktu? Manakah yang disebut pertentangan itu??
Dalam tubuh manusia ada sel-sel yang mati, dan sel-sel baru yang lahir, apakah dalam tubuh manusia ada satu sel yang hidup dan mati dalam satu waktu? Tidak, bahkan keduanya merupakan dua sel sehingga tidak ada sifat saling bertentangan dalam sel yang satu kerana keduanya merupakan dua sel yang berbeza. Oleh kerana itu, adakah ada manusia yang hidup dan mati secara bersamaan dalam satu waktu?
Kemudian ada yang mengatakan bahawa cas elektrik positif dan negatif saling bertentangan, sedangkan realitinya adalah bahawa penamaan keduanya berasal dari istilah ilmu pengetahuan (al-isthilah al-‘ilmiy) bukan dari sifat yang nyata (al-washf al-fi’liy). Ketahuilah, bahawa muatan positif itu merupakan sifat muatan elektrik yang timbul akibat adanya batang kaca yang digosok dengan sutera, sedang muatan negatif itu merupakan sifat muatan elektrik yang timbul akibat adanya dua ion yang digosok pada kulit kucing, setiap dua muatan ini (positf dan negatif) merupakan dua jenis khusus yang berbeza pada cas elektrik, dan bukan bererti bahawa salah satu dari keduannya menggambarkan sesuatu yang ada sedang yang lain tidak ada. Oleh kerana itu, di manakah yang disebut dengan pertentangan itu? Dari contoh-contoh ini serta ratusan contoh lainya jelaslah bahawa idea adanya pertentangan (saling menegasikan) pada sesuatu yang satu secara bersamaan merupakan angan yang tidak memiliki kenyataan sama sekali.
– Adapun berkaitan dengan poin ketiga, mereka menganggap bahawa evolusi (perkembangan) yang terjadi dalam berbagai benda itu terus-menerus berlangsung, yang dimulai dari bawah ke atas, dari buruk menjadi baik. Sedangkan apabila sebaliknya, maka hal itu tidak akan terjadi kecuali dalam kondisi terbalik saja. Mereka memahami bahawa perkembangan (evolusi) itu akan membawa pada perubahan dalam hal kualitatif, tidak pada kuantitatif. Disebabkan sempitnya ruang pembahasan, kami menghuraikan kerosakan idea ini dengan ringkas saja:
Apakah perubahan dari muda menjadi tua, merupakan perubahan dari bawah ke atas atau dari buruk ke baik, apakah itu yang disebut kondisi terbalik padahal tidak mungkin bisa kembali lagi.
Apakah mungkin proses apa pun boleh mengubah besi menjadi emas, kuda menjadi unta?
Apakah perubahan benih menjadi pohon dan telur menjadi ayam termasuk lompatan evolusi, sedangkan bukti yang ada tidak seperti itu?
Jika terjadi peleburan air dan mengubahnya menjadi cair secara kualitatif, apakah peleburan lilin dan kaca akan seperti itu juga, sedangkan bukti yang ada tidak begitu?
Ini merupakan contoh-contoh yang sangat jelas menunjukkan kerosakan idea lompatan evolusi.
– Berkaitan dengan poin terakhir, mereka menyatakan bahawa alam ini saling bergantung antara satu sama lain, oleh kerana itu tidak mungkin memahami sebuah peristiwa atau sesuatu benda kecuali dengan memahami faktor-faktor yang melingkupinya dan sebagainya. Secara ringkas kami nyatakan:
Apakah pengaruh gempa bumi yang terjadi di Iran terhadap Irak, dan banjir yang terjadi di India terhadap Pakistan?
Manusia itu terikat dengan kehidupan, air, udara dan makanan, apakah semua ini terikat juga dengan manusia?
Apakah untuk memahami realiti manusia, kita perlu juga memahami gunung, sungai, pokok, Satun, Merkuri, Mars?
Jika memang perlu kita fahami segala hal yang berhubungan dengan sesuatu, baik berupa sebab, faktor, dan syarat, dan harus pula kita sifati dan ketahui kaitan sesuatu itu dengan segala hal yang melingkupinya sebagaimana yang disangka kaum sosialis, tetapi mengapa kita melihat dalam definisi-definisi kaum komunis ada sesuatu yang menyalahi hal itu?
Lenin telah berkata tentang dialektika, “Bahawa dialektika itu merupakan hukum-hukum umum bagi gerakan.”
Berdasarkan paparan ini semua jelas tampak kerosakan konsep dan pandangan sosialisme tentang alam, dan dengan ini pula kami telah sampai pada kesimpulan bahawa sosialisme merupakan sebuah ideologi yang rosak dan tidak layak untuk dijadikan pijakan kebangkitan yang benar secara mutlak.
Oleh kerana itu, kami akan melanjutkan pada pembahasan berikutnya tentang ideologi Islam.
Sumber artikel: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)