[Global] Dua Sebab Rusuhan di Bangladesh
Rusuhan mengerikan yang terjadi di Bangladesh pada Isnin (5/8/2024) hingga berakhir kepada kemunduran Sheikh Hasina dari jawatan Perdana Menteri Bangladesh yang dipegang selama 15 tahun. Sekurangnya sebanyak 109 orang maut ketika ribuan demonstran yang marah membanjiri jalan raya sekitar ibu kota Bangladesh, Dhaka. Pada hari yang sama, Sheikh Hasina turun dari jawatannya dan lari ke luar negara.
Pemerhati politik antarabangsa, Dr. Hasbi Aswar berpendapat bahawa rusuhan di Bangladesh berlaku disebabkan oleh dua faktor, iaitu:
- Faktor jangka pendek – Kebijakan Sheikh Hasina memberikan kuota 30% pekerjaan pegawai negeri awam kepada ahli keluarga veteran perang Bangladesh – Pakistan pada 1971. Kebijakan ini tidak dipersetujui oleh golongan mahasiswa, termasuk parti pembangkang, Parti Nasionalis Bangladesh.
- Faktor jangka panjang – Fenomena gunung ais. Protes yang dilakukan mahasiswa hanya sekadar pemacu kerana pemerintahan Sheikh Hasina yang tidak ideal sepanjang pemerintahannya. Lebih dari 30 juta orang berada di bawah garis kemiskinan, kadar pengangguran yang tinggi, jutaan mahasiswa menganggur kerana susah mencari pekerjaan, korupsi akut, serta keadaan ekonomi yang tidak stabil.
Tambah Dr. Hasbi, di tengah permasalahan kronik yang melanda negara, seperti masalah politik, ekonomi, pengangguran, korupsi, pemerintah membuat keputusan yang tidak berasaskan keadilan sehingga menyebabkan masyarakat tercetus untuk melakukan demonstrasi. Tindakan tersebut menambah lagi bara api kemarahan rakyat yang sedia ada. Praktik bernegara di Bangladesh adalah sangat buruk, represif, membungkam kritikan, dan menangkap, bahkan sehingga membunuh mahasiswa yang mengkritik pemerintah.
Walaupun begitu, para pemuda, aktivis, para pemikir, rakyat mereka tetap berani bersuara, turun ke jalanan untuk berdemonstrasi menuntut keadilan.
Pelajaran Penting
Dr. Hasbi menjelaskan, pelajaran penting yang boleh diambil adalah bahawa dalam sebuah negara yang pemerintahnya itu tidak dapat menjamin keperluan-keperluan masyarakatnya, sekuat apa pun negara, se-autoritarian apa pun negara itu, ada masanya masyarakat akan melakukan penentangan terus-menerus sehingga akhirnya pemimpin atau pemerintahan negara tumbang.
Jadi, semua negara autoritarian tidak akan pernah dapat merasa tenang. Mereka pasti akan sentiasa menghadapi penentangan-penentangan dari masyarakat. Sejarah selalu membuktikan bahawa masyarakat itu akan selalu menjadi pemenang dalam setiap pertempuran-pertempuran melawan rejim autoritarian.
Dr. Hasbi juga berpesan kepada para penguasa di negeri-negeri muslim agar terus menjaga kepemimpinan yang ada dengan kuat dan yakinlah bahawa suatu hari nanti masyarakat akan menumbangkan kekuasaan mereka.
Sumber: https://muslimahnews.net/2024/08/09/31334/