[Hadits Shiyam] Membentuk Parti yang Berjuang demi Islam Adalah Fardhu sebagaimana Hukum Solat
Allah SWT berfirman, “Dan hendaklah ada di antara kalian sekelompok umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyeru kepada kemakrufan, serta mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung.” (TMQ Ali Imran: 104).
Ada kaedah syarak yang digali dari seruan wajib Allah SWT, “Suatu kewajipan tidak akan menjadi sempurna, kecuali dengan adanya sesuatu, maka sesuatu itu adalah wajib.”
Dengan dalil ini, Allah SWT mewajibkan kaum muslim agar mereka bergabung dalam parti politik yang mengemban dakwah Islam dan bekerja demi kelangsungan kehidupan Islam. Allah SWT dalam ayat ini telah menjelaskan metode yang semestinya dilakukan oleh kaum muslim untuk mengemban dakwah Islam, yakni melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Hanya saja, di antara mereka perlu ada jemaah tertentu atau kelompok yang mereka bergabung dengan kelompok tadi dengan asas tertentu, iaitu mendakwahkan Islam, serta melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Asas ini, dalam persoalan-persoalan yang lebih terperinci, lahir daripada akidah Islam yang merupakan sebahagian daripada ikatan yang mengikat mereka dalam kelompok tersebut.
Allah memerintahkan umat Islam agar membentuk kelompok untuk mengemban dakwah Islam, serta melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Kata “umat” pada ayat di atas merujuk kepada jemaah yang tetap merupakan sebuah jemaah dan tidak bermakna jemaah secara mutlak. Ini kerana manusia sudah merupakan jemaah. Dengan demikian, pernyataan Waltakun Minkum Ummatun tidak memiliki erti lain, selain sebuah perintah bagi kaum muslim agar mereka membentuk jemaah yang melakukan tugas ini (mendakwahkan Islam, serta melakukan amar makruf dan nahi mungkar).
Kata “umat” pada ayat tersebut lebih khusus daripada jemaah (umat Islam sebagai jemaah). Ia merupakan jemaah yang terbentuk dari individu-individu dan mereka memiliki ikatan yang menyatukan mereka. Ikatan tersebut membuat mereka menjadi sebuah kelompok yang bersatu sebagai satu kesatuan, selanjutnya mereka tetap separti ini.
Pengertian inilah yang dipakai oleh Muhammad Abduh dalam tafsirnya Al Manar. Beliau menyatakan, “Dan yang diseru dengan perintah ini adalah jemaah orang-orang mukmin secara keseluruhan. Mereka adalah orang-orang yang terbebani kewajipan untuk memilih umat yang akan melakukan kewajipan ini. Di sini ada dua hal, salah satunya wajib bagi semua kaum muslim. Yang kedua bagi umat (kelompok) yang mereka pilih untuk berdakwah. Makna ini tidak dapat difahami dengan tepat, kecuali dengan memahami kata “umat”. Makna “umat” tersebut bukan jemaah sebagaimana yang banyak dinyatakan orang. Apabila tidak, nescaya kata tersebut tidak akan dipilih. Yang tepat, kata “umat” tersebut lebih khusus berbanding jemaah. Oleh kerana itu, umat ini merupakan jemaah yang terbentuk daripada individu-individu dan mereka memiliki hubungan yang dapat menyatukan mereka. Ini merupakan kesatuan yang menyatukan mereka sebagai anggota dalam sebuah bangunan manusia.” Penyataan beliau sampai di sini.
Hanya saja ayat ini dengan bentuk amar (yang menggunakan fi’il Mudhari’ dengan lam amr), “Waltakun Minkum Ummatun” adalah perintah untuk sesuatu yang fardhu. Dengan demikian, ini merupakan qarinah atau indikasi bahawa perintah tersebut adalah wajib. Sedangkan firman-Nya, “Kuntum Khaira Ummatin.” Ini menunjukkan, bahawa jemaah dari jemaah umat ini merupakan jemaah tertentu. Kemudian adanya sifat jemaah yang tertentu ini dengan sifat, “Yad’una Ilal Khairi” membuktikan bahawa yang diperintahkan adalah berupa kelompok tertentu yang bersifat khusus.
Ini membuktikan bahawa Allah memerintahkan membentuk kelompok di tengah kaum muslim yang mengajak kepada Islam dan memerintahkan kepada kemakrufan, serta mencegah dari kemungkaran. Oleh kerana itu, ayat ini merupakan dalil bahawa adanya kelompok untuk mengemban dakwah Islam dan melangsungkan kembali kehidupan Islam, atau memerangi pemerintahan kufur dan kekuasaannya, serta mewujudkan pemerintahan Islam dan kekuasaannya adalah fardhu bagi kaum muslim. Ini kerana dakwah kepada kebajikan adalah dakwah kepada Islam. Dalam tafsir Jalalain dinyatakan, “Yad’una Ilal Khairi (Islam)”.
Demikian pula, pemerintahan dengan selain apa yang diturunkan Allah adalah kemungkaran yang jelas-jelas mungkar. Mewujudkan pemerintahan Islam adalah amar makruf yang paling berat. Adanya kewajipan melakukan hal ini bagi semua kaum muslim, serta mewujudkan jemaah di tengah-tengah mereka untuk melakukan tugas ini adalah dalil bahawa Allah telah memerintahkan kepada kaum muslim untuk mewujudkan parti politik yang mengemban dakwah Islam, serta bekerja untuk melangsungkan kembali kehidupan Islam. Ayat ini juga menjadi dalil kewajipan bagi kaum muslim untuk berada dalam parti politik yang mendakwahkan Islam. Kaum muslim perlu berusaha menghancurkan pemerintahan kufur dan mewujudkan pemerintahan Islam. Semua ini adalah fardhu, sama persis separti kewajipan solat, tanpa sedikit pun ada perbezaan di antara keduanya. Oleh kerananya, haram hukumnya bagi mereka untuk tidak berada dalam jemaah, apabila di sana belum ada jemaah.
Allah SWT mewajibkan mengemban dakwah Islam dengan firman-Nya, “Dan telah diwahyukan kepadaku Al-Quran ini agar aku memberikan peringatan dengannya, serta orang yang sampai Al-Quran kepadanya.” (TMQ Al-An’am: 19).
Juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Allah SWT menerangi wajah seseorang yang telah mendengarkan perkataanku, kemudian dia mengumpulkannya, lalu menyampaikannya sebagaimana yang dia dengarkan.”
Allah SWT juga mewajibkan kaum muslim agar mengangkat khalifah kaum muslim untuk menerapkan hukum-hukum syarak dan mengemban dakwah ke penjuru dunia. Ini sebagaimana sabda Nabi, “Dan barang siapa yang meninggal dan di atas pundaknya tidak terdapat baiat, maka dia mati dengan mati jahiliah.” Ertinya,tidak ada khalifah baginya. Ini kerana kefardhuannya adalah untuk mewujudkan baiat di atas pundaknya, bukan fardhu membaiat itu sendiri secara nyata.
Melaksanakan dua kewajipan tersebut, iaitu kewajipan mengemban dakwah, serta mengangkat seorang khalifah untuk melangsungkan kembali kehidupan Islam tidak mungkin diwujudkan, kecuali seorang muslim berada dalam suatu kelompok yang bekerja untuk mewujudkan kedua kewajipan tersebut. Dengan demikian, seorang muslim juga wajib berada dalam parti politik yang mengemban dakwah Islam dan berupaya melangsungkan kembali kehidupan Islam. Sesungguhnya kaedah syarak menyatakan, “Sesuatu kewajipan tidak dapat sempurna, kecuali dengan sesuatu yang lain, maka sesuatu tadi menjadi wajib.”
Adapun apa yang ditebarkan oleh orang kafir imperialis dan orang munafik atheis agar umat menjauhi parti-parti tersebut sebenarnya semata-mata lari daripada kewajipan yang diwajibkan oleh Allah SWT bagi kaum muslim di dalam Al-Quran sehingga orang-orang soleh itu menjauhkan diri dari parti-parti tersebut. Jelas bahawa mereka telah meninggalkan kewajipan yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada mereka. Kemudian, parti-parti tersebut tetap dikuasai oleh orang-orang fasik dan orang-orang atheis, serta kaki tangan orang-orang kafir imperialis.
Penyebutan “hizb” bagi parti tersebut adalah masalah alami. Allah SWT menamakannya dengan sebutan tersebut di dalam Al-Quran, serta menyebut orang-orang yang menolong-Nya dengan sebutan “hizb”.
Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang menolong Allah dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, maka sebenarnya ‘hizbullah’-lah mereka yang menang.” (TMQ Al-Maidah [5]: 56).
Juga firman-Nya, “… Merekalah kelompok (hizb) Allah. Ingatlah, kelompok Allah itulah yang menang.” (TMQ Al-Mujadalah: 22).
Oleh kerana itu, secara syarie, kaum muslim wajib berkelompok dalam parti-parti politik yang mengemban dakwah Islam dan bekerja untuk kelangsungan hidup Islam. Mereka diharamkan tidak melakukannya, sebagaimana haram hukumnya mereka meninggalkan solat.
Sumber: Hadits Shiyam