[Hadits Shiyam] Politik dan Politik Antarabangsa (Bahagian 2/3)
Ketepatan memilih berita semata-mata adalah untuk diambil, bukan sekadar didengarkan. Dengan demikian yang diambil hanyalah berita-berita penting. Apabila mendengar berita bahawa Perdana Menteri Perancis berkunjung ke London, maklumat itu akan didengarkan sekaligus diambil. Namun, apabila mendengar berita bahawa ahli parlimen Jerman berkunjung ke Berlin, pergi ke Washington, atau mengadakan pertemuan dalam perhimpunan agung PBB, maklumat itu akan didengarkan, bukan untuk diambil.
Wajib dibezakan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak, sekalipun semua berita tadi tetap perlu didengarkan. Sebabnya, yang diambil hanya berita-berita yang ada gunanya untuk diambil, bukan kerana yang lain. Sekalipun berita-berita tersebut terkadang membentuk informasi-informasi. Inilah yang disebut sebagai “mengikuti”, iaitu mengikuti berita untuk diambil, bukan sekadar didengarkan.
Politik dalam maksud nasional, seperti mengurus kepentingan bangsa dan kepentingan negara, sekalipun penting, namun kepentingan nasional ini tidaklah sah untuk dijadikan sebagai pusat perhatian. Juga tidak diperbolehkan untuk membataskan perhatian terhadap kepentingan nasional saja. Ini kerana dengan menjadikannya sebagi pusat perhatian, bermakna kita telah terjebak dalam egosentrik, a priori (pengetahuan yang ada sebelum bertemu dengan pengalaman), serta berusaha demi kepuasan semata-mata.
Di samping itu, hal ini amat berbahaya terhadap terciptanya pertentangan secara internal antara ahli politik, antara individu rakyat, atau antara kelompok mereka. Dalam hal ini terdapat bahaya bagi negara dan bangsa. Di samping tidak akan menjadikan seseorang memahami politik, mengehadkan hanya pada kepentingan nasional juga bermakna melalaikan kepentingan bangsa.
Sesungguhnya seorang ahli politik mestilah senantiasa mengurus kepentingan bangsanya sehingga dia boleh disebut sebagai ahli politik. Hal ini tidak mungkin terwujud, melainkan dengan peduli terhadap kepentingan bangsa dan negara-negara yang lain, serta mengetahui berita-berita, maneuver-menuvernya, dan mengikuti apa saja yang mungkin terjadi dengan informasi-informasi dari bangsa dan negara-negara tersebut.
Oleh kerana itu, politik antarabangsa dan politik luar negeri adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada politik apabila dilihat dari aspek politik itu sendiri. Politik tersebut berupa pemikiran untuk mengurus kepentingan-kepentingan bangsanya, serta pemikiran-pemikiran yang mengurusi kepentingan-kepentingan bangsa dan negara-negara lain. Hubungan politik antarabangsa dan politik luar negeri dengan politik tersebut adalah hubungan antara satu bahagian dengan keseluruhan, bahkan sebagai bahagian penting yang membentuknya.
Politik luar negeri dan politik antarabangsa yang wajib diperhatikan adalah politik bangsa-bangsa yang berpengaruh, bukan semua bangsa. Begitu juga yang diperhatikan adalah politik negara-negara yang berpengaruh, bukan semua negara. Terutama negara yang memiliki hubungan dengan bangsanya, negaranya, atau akidah yang dijadikan sebagai landasan negaranya.
Dengan demikian, politik luar negeri dan politik antarabangsa hanya boleh diertikan sebagai politik bangsa-bangsa dan negara-negara yang berpengaruh, terutama yang berpengaruh terhadap bangsa dan negaranya. Ini boleh berupa pengaruh dalam jangka pendek mahupun jangka panjang.
Sebagai contoh, peristiwa revolusi di Haiti tidaklah terlalu penting untuk diketahui. Akan tetapi apabila revolusi tersebut terjadi di Brazil, Cuba, Abbisynia, atau Uganda, maka ia adalah peristiwa yang penting untuk diketahui. Sebabnya, negara yang pertama disebutkan tidak berpengaruh terhadap posisi antarabangsa, juga tidak ada pengaruh terhadap bangsa dan negaranya, selain Islam merupakan musuh bagi negaranya. Secara terus-menerus ini akan meninggalkan keburukan terhadap negara Islam. Ini kerana semua negara tersebut merupakan musuh negara Islam dan selalu melingkarinya. Semua negara tersebut juga sibuk mengendalikan dan mendikte untuk melemahkan, mengalahkan, dan menghancurkan negara Islam.
Oleh kerana itu, seluruh umat ini, terutama para ahli politik, wajib sibuk untuk menghindari ancaman eksternal. Semua perlu selalu sibuk dalam politik luar negeri dan politik antarabangsa dengan pengetahuan, pemerhatian, serta kesedaran terhadap daerah-daerah bahaya tersebut.
Negara Islam tidak hanya bererti para penguasa, melainkan juga umat yang berada di bawah kekuasaan Khilafah secara langsung. Umat secara keseluruhan adalah negara. Negara-negara kafir memahami hal itu, lalu bekerja dengan dasar kerangka tadi. Oleh itu, selagi umat ini sedar bahawa ia merupakan negara, umat ini perlu selalu mengikuti berita-berita, situasi negara-negara, bangsa-bangsa, dan umat lain. Dengan demikian, umat akan selalu sedar musuh-musuhnya sehingga sentiasa berada dalam keadaan betul-betul bersedia untuk melawan semua musuh tersebut.
Jadi, berita-berita politik luar negeri harus senantiasa menyebar di tengah umat secara keseluruhan untuk diketahui oleh rakyat secara umum. Para ahli politik serta pemikir perlu menelaah orang lain dengan dasar politik luar negeri. Dengan demikian, ketika orang-orang tersebut memilih wakil mereka di Majlis Umat untuk membetulkan (memuhasabah) penguasa dan untuk kepentingan syura (mengambil dan memberikan pendapat), mereka hanya akan memilih dengan dasar politik luar negeri serta politik antarabangsa. Kesedaran inilah yang wajib dimiliki umat.
Bagi ahli politik dan pemikir secara umum, memahami politik luar dan politik antarabangsa harus seragam untuk semua aktiviti dan pemikiran ahli politik. Itulah yang tampak jelas bagi kalangan pemikir dalam berfikir dan pemikiran mereka. Sebabnya, keberadaan seorang muslim hanya untuk Islam dan dakwah Islam. Dia hidup hanya untuk kepentingan agama ini, serta melindungi dan menyebarkan dakwahnya. Apabila jihad merupakan hujung tombak Islam, mengemban dakwah adalah tujuannya. Bahkan adanya jihad kerana adanya dakwah.
Semua ini menuntut untuk mengetahui politik luar negeri dan politik antarabangsa. Dengan memperhatikan hal ini, negara-negara yang tamak akan memiliki pengaruh, menikmati kekuasaan dan kemuliaanya, serta akan selalu menjadikan politik luar negerinya sebagai salah satu dasar (kebijakannya). Mereka mengambil politik luar negeri tersebut sebagai media untuk menguatkan kedudukannya di dalam dan di luar negeri.
Apabila faktanya seperti ini, para ahli politik dan pemikir perlu mengikuti politik luar negeri serta politik antarabangsa, baik mereka yang ada di dalam pemerintahan mahupun di luar pemerintahan. Inilah yang menjadikan mereka sebagai ahli politik atau orang yang mengurus kepentingan umat mereka. Kepentingan-kepentingan mulia umat tersebut hanya terpusat dalam politik luar negeri dan politik antarabangsa.
[Bersambung ke bahagian 3]
Sumber: Hadits Shiyam