[Hadits Shiyam] Politik dan Politik Antarabangsa (Bahagian 3/3)
Wajib bagi semua parti dan para ahli politik secara umum, serta tokoh-tokoh pemikir dan ilmuwan untuk menjadikan politik luar negeri dan politik antarabangsa sebagai persoalan terpenting yang mesti mereka libatkan diri. Setelah mengetahui kewajipan ini, para ahli politik, pemikir dan ulama tidak boleh sekadar mengetahui kaedah-kaedah umum serta garis-garis besarnya saja. Maknanya, mereka tidak boleh mengehadkan diri mereka dalam persoalan-persoalan global dan kesimpulan-kesimpulan saja. Apabila hal ini terjadi, sekalipun ia bermakna, namun itu tidak cukup untuk mengetahui bahaya.
Mereka juga mesti tahu bagaimana untuk menghindari (dari ancaman tersebut) bahaya, serta memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku, nia dan tujuannya. Bahkan, mereka perlu mengetahui secara terperinci kegiatan-kegiatan serta kejadian-kejadian tersebut, menganalisisnya, lalu mengambil sikap terhadap niat serta tujuannya.
Untuk mengetahui niat musuh yang ditujukan kepada negara dan umat ini, ada tiga persoalan yang perlu diketahui. Pertama, pernyataannya dan keadaan pernyataan tersebut dilancarkan. Kedua, tindakan-tindakannya dan situasi yang melahirkan tindakan-tindakan tersebut. Ketiga, hubungannya dan keadaan hubungan-hubungan ini.
Tanpa mengetahui ketiga-tiga persoalan ini, tidak mungkin kita dapat menelaah niat musuh. Ketiga-tiga persoalan ini memerlukan pengetahuan secara detail. Tentang pernyataan, misalnya, perlu diketahui secara terperinci dan diikuti sehingga pemahaman terhadap situasi ketika pernyataan tersebut disampaikan. Demikian halnya tindakan dan hubungan-hubungan tadi yang menuntut pengetahuan secara detail.
Apabila seorang perdana menteri Britani berkunjung ke China, kunjungan ini bukan untuk rekreasi, perdagangan, atau menimba ilmu. Akan tetapi kunjungan ini merupakan aktiviti politik. Dengan demikian, kunjungan ini perlu diketahui secara terperinci dan detail. Apabila semua umat tidak memperhatikan secara terperinci, individu-individu umat yang ada di barisan terdepan, terutama para ahli politik, hendaklah mengetahui tentangnya. Ini kerana mereka bertanggungjawab sebagai orang yang mengurus kepentingan-kepentingan umat.
Jika banyak yang memerlukan pemerhatian seperti ini, maka peristiwa-peristiwa yang berjalan di dunia ini adalah contoh yang baik dalam memahami pentingnya mengetahui dengan pengetahuan secara terperinci. Percanggahan yang berusaha ditampilkan antara Rusia dengan China adalah hal yang amat jelas. Apabila perdana menteri China memberikan penjelasan yang bertentangan dengan Rusia, Poland, atau Jerman Barat dan Timur, maka penjelasan tersebut perlu ditelaah. Termasuk persepsi terhadap fakta-fakta yang ada di dalamnya dan menjadi tujuannya. Sebabnya, sekalipun China tidak membawa ancaman kepada kita, sebenarnya Rusia saat ini mampu mengancam eksistensi kita. Boleh jadi China juga akan menjadi ancaman pada masa datang.
Untuk mengetahui keadaan musuh, tidak mungkin boleh dilakukan, kecuali dengan mengetahui secara terperinci dan dengan mengikutinya. Persaingan yang terjadi antara Eropah dengan Amerika, misalnya, adalah persaingan yang terjadi antara beberapa negara Eropah dengan Amerika Syarikat. Apabila menteri luar negeri Perancis memberikan penjelasan yang bertentangan dengan Amerika Syarikat, sedangkan menteri luar negeri Britain memberikan penjelasan yang mendukung Amerika Syarikat, maka perlu difahami kedua-dua penjelasan tersebut dengan dasar bahawa keduanya, Britain dan Perancis, adalah penjelasan dua negara Eropah. Juga perlu difahami bahawa antara Eropah dan Amerika hanya terjadi persaingan, bukan permusuhan, sekalipun dalam hal ini boleh membahayakan Eropah atau Amerika.
Begitu pula, apabila Amerika melakukan penjualan senjata kepada Belanda tidak boleh dianggap seperti menjual bahan-bahan pencuci kepada Itali. Ini kerana memang ada perbezaan hubungan antara kedua-dua negara tersebut dengan Amerika. Di sana juga terdapat perbezaan antara menjual senjata dengan menjual bahan-bahan pencuci.
Demikian pula, ada perbezaan apabila Britain memberikan pinjaman kepada Rusia atau kepada China. Ini kerana memang terdapat perbezaan hubungan antara masing-masing negara ini dengan Britain. Apabila Perancis mengadakan perjanjian budaya dengan Rusia, lalu Britain mengadakan perjanjian budaya dengan Rusia juga, jelas di sana ada perbezaan antara perjanjian budaya Britain dengan perjanjian budaya Perancis.
Demikianlah bagaimana mengikuti pernyataan, tindakan-tindakan, serta hubungan-hubungan tersebut secara terperinci ini berlangsung. Tidak cukup diketahui yang global (umum) saja, tetapi juga perlu diketahui secara terperinci.
Situasi antarabangsa dan situasi negara-negara yang berpengaruh dalam politiknya saat ini bergantung kepada apa yang disebut dengan hubungan diplomatik. Hubungan diplomatik dilakukan dengan kontak hubungan dan menempatkan orang-orangnya, baik menjadi duta, dan sebagainya. Sebenarnya ini adalah persoalan sementara (temporary) kerana tidak adanya kekuatan yang menakutkan di dunia. Akan tetapi, apabila ada kekuatan yang menakutkan, jelas akan berubah.
Keadaan antarabangsa dan negara-negara yang berpengaruh pun akan bergantung kembali kepada aktiviti-aktiviti politik dan militer. Hanya saja dalam keadaan apa pun hendaklah masuk dalam lingkaran kepedulian terhadap yang perincian-perincian. Apabila di sana terdapat kaki tangan musuh, hal ini perlu diketahui, walaupun mereka dari negara-negara kafir. Juga apabila terjadi kontak/interaksi atau kegiatan-kegiatan politik, perlu diketahui interaksi dan tindakan-tindakan tersebut secara terperinci, lebih-lebih lagi yang masih tersembunyi.
Apabila Perancis mencegah pemberian senjata terhadap Yahudi, sedangkan Amerika memberikannya dalam jumlah yang lebih besar, sebenarnya hal itu tidak bererti bahawa Perancis musuh Yahudi atau Amerika temannya Yahudi. Sebabnya, kedua-dua negara tersebut yang merupakan penopang kekuatan Yahudi menginginkan satu tujuan, iaitu menghancurkan kaum muslim. Perbezaan mereka adalah dalam memahami teknik dukungannya yang terlihat jelas dalam persenjataan, sama ada memberikan atau mencegah pemberiannya.
Politik luar negeri dan politik antarabangsa, baik yang berjalan dengan adanya orang-orang yang saling bekerjasama, diplomasi, atau berjalan dengan kegiatan-kegiatan politik atau tindakan-tindakan militer, semuanya hendaklah diketahui secara terperinci. Oleh kerana itu, untuk mengetahui politik itu sendiri, perlu pula mengetahui niat, tujuan-tujuan, serta selok-belok pernyataan, tindakan, dan hubungannya. Apabila butiran tersebut tidak diketahui, maka politik itu sendiri benar-benar tidak diketahui. Oleh itu, seseorang ini tidak menjadi ahli politik dan semestinya tidak akan mengetahui niat dan matlamatnya.
Sumber: Hadits Shiyam