[Sorotan Ketabahan Muslimah Palestin]
Ibu-ibu Gaza berjuang untuk kekal kuat demi anak-anak tercinta
Haneen Samir – Ibu kepada tiga anak ini menghadapi keadaan genting di Gaza ketika cuba mencari perlindungan. Walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan, Haneen tetap tegar, menjaga anak-anaknya dari kesan trauma peperangan. Dia menolak untuk tinggal di kem yang tidak sesuai untuk anak-anaknya kerana salah seorang anaknya, Sara mempunyai komplikasi jantung dimana beliau memerlukan ubat dan sumber air yang bersih. Tindakan Haneen Samir menunjukkan keputusan dan kekuatan seorang ibu dalam melindungi keluarganya.
Alaa Hasham – Dalam suasana perang yang mencengkam di Gaza, Hasham yang tinggal di rumah kawannya bersama 30 penghuni lain telah membuat perjanjian bersama untuk tidak mendedahkan kepada anak-anak yang berada di kediaman tersebut gambar atau video serangan untuk melindungi mental anak-anaknya. Selain itu beliau membacakan cerita dan bermain dengan mereka untuk mengalihkan perhatian mereka dari realiti peperangan. Inilah antara usaha berani seorang ibu dalam melindungi psikologi anak-anaknya.
Sumber berita: https://www.middleeasteye.net/news/israel-palestine-war-gaza-mothers-children-war
#muslimahideal #muslimahpalestin #inspirasimuslimahdaribumibarokah