[Sorotan Ketabahan Muslimah Palestin]
‘Semua impian saya telah lenyap’: Marah al-Qayed
Marah al-Qayed, 19, berkata perang telah merampas kewanitaannya dan memaksanya terjun ke dalam peranan yang tidak pernah dibayangkannya.
“Saya telah sepenuhnya lupa bahawa saya seorang perempuan. Saya rasa seperti saya telah menjadi seorang budak lelaki.” ujar beliau. Setiap hari, Marah perlu membawa bekas air yang berat yang perlu diisi lebih dari sekali sehari untuk keluarganya. Perang ini telah memaksanya meninggalkan sifat kewanitaan dan bekerja keras.
Sebelum perang, Marah, sebagaimana gadis-gadis lain, menjaga dirinya sendiri dan tidak perlu melakukan pekerjaan-pekerjaan yang berat. Sebelum perang, dia memberus gigi, mendandan diri, mendengar muzik, pergi ke universiti dan belajar fotografi. Namun kini dia berubah menjadi kasar dan bersuara kuat. “Perang memaksa kami mengabaikan fitrah kami.” Perang benar-benar telah memaksa mengubah sifat dan kehidupan remaja perempuan ini dan remaja lainnya. Marah yang pernah berimpian untuk menjadi seorang jurugambar merasakan harapannya kini semuanya musnah. Namun, dia tetap berazam untuk menamatkan pengajiannya dan mencapai impiannya.
Marah juga memberi semangat kepada anak-anak lain agar tidak berputus asa dengan Impian mereka.
———-
Seorang remaja perempuan yang dibesarkan dengan kelembutan dan keperempuanan oleh keluarganya serta mempunyai cita-cita tinggi, kini semuanya berubah sekelip mata. Genosid telah mengubah diri dan memusnahkan impian mereka. Namun, berbekalkan kecekalan dan semangat yang ada dalam diri, mereka terus menanam impian jauh disudut hati dan tidak berputus asa meneruskan kehidupan serta berazam merealisasikan impian-impian mereka suatu masa nanti. Kecekalan remaja ini perlu diambil iktibar oleh para remaja muslimah, agar menghargai nikmat aman yang sedang dijalani dengan belajar bersungguh-sungguh serta tidak mudah mengalah dengan ujian kehidupan.
Sumber berita: https://www.aljazeera.com/features/2024/3/8/a-suffering-i-would-not-wish-on-any-woman-women-of-gaza