Genosid: Keimanan Gaza Tak Pernah Luntur!
Rafah, bandar paling selatan di Semenanjung Gaza (Mac 2024), telah menjadi rumah kepada hampir 1.5 juta rakyat Palestin, yang telah melarikan diri daripada serangan Israel di pelbagai bahagian Semenanjung Gaza, terutamanya di utara.
Mereka tinggal di kem pelarian yang sesak, kekurangan makanan, air, rawatan perubatan dan banyak lagi kemudahan lain yang mereka tidak peroleh.
Walaubagaimana pun, mereka tetap terus melakukan pelbagai aktiviti pendidikan, di mana guru mengadakan kelas di bawah khemah atau di ruang terbuka untuk anak-anak. Misalnya, terdapat kumpulan-kumpulan wanita, anak gadis dan kanak-kanak aktif mempelajari bacaan Al-Quran dan melakukan aktiviti keagamaan di dalam khemah-khemah di kem pelarian tersebut.
Keadaan ini menunjukkan betapa mereka sangat mementingkan ilmu dan sentiasa berusaha sedaya upaya agar proses pembelajaran anak-anak tetap dapat dijalankan walaupun dalam keadaan genosid sekali pun.
Iman adalah komponen penting dalam kehidupan rakyat Palestin. Penduduk Gaza, yang kini sedang mengalami genosid oleh Israel, memerlukan pemantapan iman lebih daripada sebelumnya. Inilah kunci keteguhan perlawanan Gaza dan seluruh Palestin yang tak pernah goyah atau tunduk pada kejahatan rejim pendudukan yang menindas sejak puluhan tahun lalu. Ikatan iman dan keyakinan pada janji Allah menjadikan kepercayaan mereka semakin tinggi, malah genosid sekali pun tidak mampu menggugah keimanan mereka!
Sumber berita: https://www.palestinechronicle.com/amid-israeli-genocide-gazas-faith-unbroken-photos-video/