[Fikh] Tidak Ada Tambahan dalam Al-Quran yang Tidak Bermakna
Soalan:
Berlaku diskusi antara seorang ulama nahwu dan seorang ulama balaghah, iaitu Ibnu al-Atsir, seputar huruf “an” di dalam firman Allah SWT berikut:
فَأَصۡبَحَ فِي ٱلۡمَدِينَةِ خَآئِفٗا يَتَرَقَّبُ فَإِذَا ٱلَّذِي ٱسۡتَنصَرَهُۥ بِٱلۡأَمۡسِ يَسۡتَصۡرِخُهُۥۚ قَالَ لَهُۥ مُوسَىٰٓ إِنَّكَ لَغَوِيّٞ مُّبِينٞ ١٨ فَلَمَّآ أَنۡ أَرَادَ أَن يَبۡطِشَ بِٱلَّذِي هُوَ عَدُوّٞ لَّهُمَا قَالَ يَٰمُوسَىٰٓ أَتُرِيدُ أَن تَقۡتُلَنِي كَمَا قَتَلۡتَ نَفۡسَۢا بِٱلۡأَمۡسِۖ ١٩
“Kerana itu, dia (Musa) menjadi takut untuk berada di kota akibat perbuatannya sendiri, tiba-tiba orang yang meminta pertolongannya kelmarin berteriak meminta pertolongan kepadanya sekali lagi. Musa berkata kepadanya, “Sesungguhnya engkau benar-benar orang sesat (nyata kesesatannya).” Maka ketika Musa hendak memukul dengan keras orang yang menjadi musuh mereka berdua, musuhnya bertanya, “Wahai Musa, adakah engkau berniat membunuhku, sebagaimana engkau membunuh seseorang kelmarin?” (TMQ al-Qashash [28]: 18-19).
Ulama nahwu berkata: Huruf “an” yang pertama adalah tambahan. Seandainya itu dihilangkan dan dikatakan, “Falamma arâda an yabtisya,” nescaya maknanya sama saja. Tidakkah Anda melihat firman Allah SWT:
فَلَمَّآ أَن جَآءَ ٱلۡبَشِيرُ أَلۡقَىٰهُ عَلَىٰ وَجۡهِهِۦ ٩٦
“Tatkala telah tiba pembawa khabar gembira itu, maka diusapkannya (baju itu) ke wajah Yaakub.” (TMQ Yusuf [12]: 96).
Para ahli nahwu sepakat bahawa huruf “an” yang dinyatakan setelah lammâ dan sebelum fi’il adalah tambahan. Dengan apa Ibnu al-Atsir menjawab masalah ini?
Ibnu al-Atsir menjawab ahli nahwu itu: Para ahli nahwu tidak memiliki keahlian dalam posisi-posisi kefasihan dan balaghah. Mereka tidak memiliki pengetahuan rahsia-rahsianya kerana mereka hanyalah ahli nahwu. Tidak diragukan bahawa mereka menemukan huruf“an” yang dinyatakan setelah “lammâ “ dan sebelum fi’il di dalam al-Quran al-Karim dan di dalam ucapan orang-orang yang fasih. Lalu mereka beranggapan bahawa makna dengan disertai keberadaan “an” adalah sama seperti makna jika huruf “an” itu dihilangkan. Mereka mengatakan, “Ini adalah tambahan.” Sedangkan perkaranya tidak demikian. Namun, jika dinyatakan “lammâ” dan setelahnya adalah “an”, lalu fi’il, maka hal itu merupakan dalil bahawa Musa AS. tidak segara melakukan pembunuhan yang kedua, sebagaimana dia bersegera melakukan pembunuhan yang pertama. Bahkan yang berada di sana Musa lambat menghulurkan tangannya. Oleh kerana itu al-Quran mengungkapkan ini dengan firman Allah:
فَلَمَّآ أَنۡ أَرَادَ أَن يَبۡطِشَ ١٩
“Tatkala Musa hendak memukul dengan keras” (TMQ al-Qashash [28]: 19).
Dengan ada tambahan huruf “an” setelah kata “lammâ “. Jika dinyatakan fi’il setelah “lammâ” dengan menggugurkan “an” maka hal itu merupakan dalil bahawa perbuatan itu dilakukan segera.
Ibnu al-Atsir mengakhiri diskusinya dengan ucapannya: “Butiran ini tidak diambil dari para ahli nahwu kerana iainya bukan bahagian dari urusan mereka.”
Pertanyaannya: Adakah apa yang dikatakan oleh Ibnu al-Atsir itu terperinci (tepat)? Jika tidak, adakah terdapat ucapan/kata tambahan di dalam al-Quran?
Jawapan:
Nampaknya ada sesuatu yang belum dipenuhi dalam apa yang dikatakan oleh Ibnu al-Atsir dan apa yang dikatakan oleh rakan diskusinya dalam diskusi tersebut. Masalahnya seperti yang saya lihat adalah seperti berikut:
Ayat yang mulia berbunyi:
فَلَمَّآ أَنۡ أَرَادَ أَن يَبۡطِشَ بِٱلَّذِي هُوَ عَدُوّٞ لَّهُمَا ١٩
“Tatkala Musa hendak memukul dengan keras orang yang menjadi musuh keduanya…” (TMQ al-Qashash [28]: 19).
Ayat ini mengandungi dua perkara yang mesti difahami, iaitu: “an yabtisya” dan “falammâ an”.
Yang pertama, iaitu huruf nashab “an” yang masuk terhadap fi’il mudhari’, itu merupakan huruf yang bersifat mashdar, nashab dan istiqbâl (harf[un] mashdariy[un] wa nashab[un] wa istiqbâl[un]):
Dia menjadikan lafaz sesudahnya dalam takwil mashdar. Misalnya, firman Allah SWT:
يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمۡۚ ٢٨
“Allah hendak memberikan keringanan kepada kalian.” (TMQ an-Nisa’ [4]: 28).
Ditakwilkan (ditafsirkan) “yurîdulLâh at-takhfîfa ‘ankum (Allah menginginkan keringanan untuk kalian)” … dan huruf “an” di situ me-nashab-kan fi’il mudhari’. Mengapa merupakan huruf istiqbâl, kerana ia menjadikan fi’il mudhari’ di situ murni untuk masa akan datang. Demikian juga semua yang me-nashab-kan fi’il mudhari. Namun, fi’il mudhari’ tanpa masuknya huruf nashab tetap berkemungkinan masa sekarang dan masa akan datang.
Berdasarkan makna huruf nashab di atas maka makna yang dipetik dari surah al-Qashash [28] ayat 18-19 di atas adalah bahawa: Musa AS tidak bersegera membunuh, tetapi mula berfikir (untuk membunuh) kerana teksnya [أَرَادَ أَنْ يَبْطِشَ] dan bukan [أَرَادَ يَبْطِشُ] Jika tidak, maka nescaya berkemungkinan masa sekarang (al-hâl) dan masa akan datang (al-istiqbâl), yakni segera (al-fawr) atau berfikir untuk membuat keputusan, dan oleh itu memerlukan qariinah untuk me-raajih-kan fi’il, yakni bermakna masa sekarang (al-hâl) atau masa akan datang (al-istiqbâl).
Bagi frasa [أَرَادَ أَنْ يَبْطِشَ] maka ia adalah untuk masa depan tanpa masa kini, yang bermaksud selepas tempoh berfikir walaupun untuk masa yang singkat.
Adapun penggunaan huruf “an” setelah “lammâ” maka itu bererti tambahan secara bahasa sebab “lammâ an arâda” dari sisi redaksi secara bahasa adalah sama seperti “lammâ arâda”. Namun, itu adalah tambahan untuk makna, iaitu penegasan atas perlambatan dalam al-bathsyu (penindasan/pembunuhan). Ertinya, penegasan terhadap apa yang dinyatakan setelah “an yabthisya”, yakni penegasan tidak adanya kesegeraan dalam pembunuhan, tetapi berlakunya proses berfikir dan membuat keputusan meski untuk tempoh yang sekejap.
Begitulah huruf “an” yang pertama di dalam ayat yang mulia itu, yakni “an arâda”, adalah tambahan dari sisi redaksi, tetapi mempunyai makna, iaitu penegasan atas sikap menunggu (penundaan waktu) dalam al-bathsyu (pembunuhan) yang dinyatakan setelahnya “an yabthisya”. Tidak dikatakan bahawa penegasan itu bererti penegasan sesuatu yang ditegaskan setelah sesuatu yang ditegaskan (al-mu`akkad ba’da al-mu`akkad), secara waktu dan redaksi, seperti firman Allah SWT:
فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ ٢٣
“Kerana itu datangkanlah satu surah yang sama sepertinya.”
Ini merupakan penegasan secara waktu/sementara (ta‘kîd[un] zamaniy[un]), sebagaimana dijelaskan di bawahnya, dan “Jâ‘a, jâ‘a ‘aliy” atau “Lâ, lâ abûhu bi asy-syarri” merupakan penegasan secara redaksi (ta‘kîd[un] shiyâghat[un]). Ini memang benar. Namun, jika penegasan itu dari sisi penegasan yang sinonim (at-ta‘kîd al-mutarâdif) maka boleh terjadi sekaligus tanpa yang pertama dan setelahnya (al-qabliyah wa al-ba’diyah) menjadi syarat dalam penegasan yang sinonim (at-ta‘kîd al-mutarâdif). Misalnya, Anda katakan “Atâ jâ‘a ‘aliy”. Lafaz atâ dan jâ‘a termasuk bab penegasan yang sinonim, dan al-qabliyah wa al-ba’diyah tidak dinyatakan di sini.
Begitulah, “falammâ an arâda” memberi faedah penantian dan penundaan (at-tarabuts wa al-imhâl), yakni bukan langsung (bukan segera). Demikian juga setelahnya “an yabthisya” merupakan fi’il mudhari’ yang di-nashab-kan; nashab semata adalah untuk masa akan datang, yakni tidak langsung (segera). Ini dari sisi penegasan yang sinonim (at-ta’kîd al-mutarâdif).
Oleh kerana itu, huruf “an” dalam “falammâ an arâda” dapat dikatakan bahawa itu merupakan tambahan secara bahasa, tetapi untuk makna, iaitu penegasan yang sinonim dengan “an yabthisya”. Ertinya, Musa AS tidak membunuh lawan itu secara langsung, tetapi dia menangguhkan dan memikirkan perkara tersebut.
Lalu apakah di dalam al-Quran al-Karim ada huruf tambahan? Jika yang dimaksudkan adalah tambahan bukan untuk makna tertentu maka saya tidak berpandangan demikian. Tidak ada huruf tambahan di dalam al-Quran tanpa makna. Saya telah menyebutkan hal itu di dalam buku saya, At-Taysîr fî Ushûl at-Tafsîr (Sûrah al-Baqarah). Di situ dinyatakan ketika menafsirkan ayat yang mulia:
فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ ٢٣
“Kerana itu datangkanlah satu surah yang sama sepertinya.”
Dinyatakan: Tidak ada di dalam al-Quran pengulangan atau penambahan yang tidak mempunyai makna tertentu. Oleh kerana itu, semua yang dinyatakan di dalam al-Quran dan seolah-olah merupakan pengulangan atau penambahan dalam hakikatnya adalah untuk menambah makna semisal “min” di sini. Itu memberikan faedah tambahan makna, iaitu penegasan, iaitu penegasan atas cabaran sebelumnya.
Adapun jika yang dimaksudkan adalah huruf tambahan untuk makna tertentu maka ini ada di dalam al-Quran. Allah SWT berfirman dalam surat al-Baqarah:
فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ ٢٣
“Kerana itu datangkanlah satu surah yang sama sepertinya.”
Di sini huruf “min” mungkin dikatakan merupakan tambahan secara Bahasa, tetapi bukan tanpa makna. Ia memberikan faedah makna penegasan secara waktu, yakni penegasan untuk perkara yang mendahuluinya. Ini bererti bahawa ayat ini turun setelah cabaran sebelum ayat ini, kemudian sekarang ayat ini datang untuk menegaskan cabaran sebelumnya itu. Dengan merenungkan ayat-ayat al-Quran menjadi jelas bahawa cabaran ini turun sebelum cabaran yang itu, di Mekah di dalam surah Yunus:
أَمۡ يَقُولُونَ ٱفۡتَرَىٰهُۖ قُلۡ فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّثۡلِهِۦ ٣٨
“Adakah layak mereka mengatakan, “Muhammad telah mereka-rekanya?” Katakanlah, “Buatlah satu surah yang semisal dengn surah (Al-Quran)…” (TMQ Yunus [10]: 38).
Surah Yunus adalah surah Makiyyah, sedangkan surah al-Baqarah adalah surah Madaniyyah. Ertinya, surah al-Baqarah turun setelah surah Yunus. Dengan demikian ayat dalam surah al-Baqarah itu menjadi penegasan untuk ayat dalam surah Yunus sebelumnya. Dengan demikian huruf “min” itu memberikan faedah penegasan apa yang sebelumnya, dan bukan bererti tanpa makna.
WalLâh a’lam wa ahkam.
[Dikutip dari Jawab-Soal Syaikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah tanggal 04 Rabiul Awwal 1444 H/30 September 2022 M].
Sumber:
- https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/84591.html
- https://www.facebook.com/HT.AtaabuAlrashtah/posts/645049820515724