[ Have Your Say #MuslimahIdeal ]
Cabaran Wanita Memelihara Akidah di Dunia Moden
Fenomena yang amat menakutkan sekarang apabila keteguhan aqidah umat islam itu semakin goyah dan keimanan yang semakin menipis. Masyarakat berlumba-lumba untuk menjadi kaya dan dikelilingi kemewahan dan menjadi itu semua sebagai tujuan hidup dan kayu ukur kejayaan tanpa memperdulikan samada ianya dibenarkan oleh syariat Islam atau tidak. Umat Islam semakin dilalaikan dengan membuat konten melalui lambakan sosial media tanpa batasan sehingga melanggar hukum-hukum tabarruj, ikhtilat, salah faham konsep rezeki, keliru antara ekonomi kapitalis dan ekonomi Islam dan kekaburan tentang qadha dan qadar.
Maka benarlah apa yang digambarkan oleh Nabi s.a.w umat Islam di akhir zaman seperti buih. “Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” Maka seorang bertanya : “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?” Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Kita sebagai umat Islam terutamanya wanita berperanan penting untuk mendidik generasi kita seterusnya supaya tidak lalai dengan kehidupan dunia.
Thaqofah atau ilmu-ilmu Islam sangat penting untuk kita menghadapi cabaran di dunia sekarang. Tuntutlah ilmu dunia dan akhirat terutamanya sebanyak mungkin kerana ia akan membimbing kita menuju keredhaan Allah.
Puan Mardhiah
Surirumah
Pahang