Wahai Ayah, Penuhilah Nafkah Keluargamu!
Oleh. Netty al Kayyisa
Dalam kehidupan rumah tangga, kewajipan seorang ayah adalah mencukupkan nafkah keluarganya. Baik nafkah zahir mahupun nafkah batin. Nafkah zahir berkaitan dengan pemenuhan keperluan hidup seperti pakaian, makan-minum, dan tempat tinggal. Sementara nafkah batin meliputi keperluan biologis, kasih sayang, perhatian dan pendidikan sesuai Islam.
Kewajipan ayah ini sebagaimana disampaikan dalam firman Allah surah Al-Baqarah ayat 233 iaitu ;
وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٞ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٖ مِّنۡهُمَا وَتَشَاوُرٖ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَاۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ٢٣٣
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”
Cara Memenuhi Nafkah Zahir
Ada beberapa mekanisme dalam Islam, agar ayah dapat memenuhi nafkah zahir keluarganya dengan wajar. Standard wajar atau layak di sini berkaitan dengan sekitar tempat tinggal. Apa yang menjadi ukuran kebiasaan di wilayahnya, itulah standard kelayakannya. Dari sisi pakaian, makan-minum, dan tempat tinggalnya.
Beberapa mekanisme itu antara lain ;
1. Melalui kewajipan bekerja. Ayah perlu mengusahakan nafkah keluarga dengan bekerja. Dengan standard kerja menurut hukum Islam adalah mengerahkan tenaga atau jasanya (khidmatnya). Di luar sana tidak semuanya termasuk bekerja. Misalnya terjun di dunia hiburan atau olahraga, hobi dan kesenangan. Misalnya menjadi penyanyi, pemain bola, pelawak dan sebagainya.
2. Melalui waris. Boleh jadi ayah tidak bekerja tetapi memiliki warisan yang besar. Maka harta waris ini juga boleh digunakan untuk memenuhi nafkah keluarganya
3. Melalu hadiah atau pemberian. Adakalanya seseorang mendapat hadiah atau pemberian dari orang lain, seperti orang tuanya, sanak saudaranya, kerabat jauhnya, ataupun dari teman sejawat, atasan, dan keluarga. Maka harta-harta yang dihasilkan daripada pemberian ini sah digunakan untuk memenuhi kewajipan ayah terhadap keluarganya
4. Melalui pemberian negara
Mekanisme ini ada dalam negara Islam. Ketika negara melihat bahawa tenaga sang ayah diperlukan oleh negara dan dia berhak mendapat santunan daripada negara, maka negara boleh memberikan sejumlah harta kepadanya. Misalnya seorang Khalifah, muawin tafwid, dan sebagainya.
Pemberian oleh negara ini juga boleh dilakukan ketika sang ayah tidak mampu memenuhi keperluan keluarga kerana sudah uzur, mengalami kecacatan, sakit yang parah, dan keadaan lain yang tidak memungkinkan bagi ayah untuk bekerja dan tidak ada penanggung nafkah selainnya.
Selain empat mekanisme di atas, tidak ada cara lain bagi ayah untuk memenuhi nafkah keluarga. Perlu dipastikan cara mendapatkan nafkah adalah sebab kepemilikan yang dibolehkan syarak. Bukan sesuatu yang dilarang semisal mencuri, menipu, korupsi, meminta-minta, atau menjual diri.
Selain memastikan cara mendapatkan nafkah yang halal, ayah juga perlu memastikan zat yang dikonsumsi keluarganya juga halal. Halal dalam proses mendapatkannya sehinggalah ke proses sedia dihidang. Misalnya ketika memakan daging haiwan tertentu. Maka ayah perlu memastikan dari mana cara mendapatkan, bagaimana proses penyembelihan, dan pemasakannya.
Kisah Penjagaan Ayah terhadap Nafkah Anak
Seorang sahabat nabi yang dikenal dengan nama Abu Dujanah, adalah seorang sahabat yang setiap kali selesai solat Subuh beliau akan terus terburu-buru kembali ke rumah. Hal itu dilakukan setiap hari hingga Rasulullah menegurnya. Rasulullah bertanya mengapa Abu Dujanah tidak pernah mengikuti zikir dan doa bersama Rasulullah, tetapi sebaliknya terburu-buru untuk kembali ke rumahnya.
Abu Dujanah menjelaskan jika di rumahnya ada pohon kurma milik tetangganya yang sebahagian pohonnya melengkung ke halaman rumahnya. Anak-anak Abu Dujanah setiap kali bangun tidur merasa kelaparan dan segera memunguti kurma yang berjatuhan dari pohon untuk dimakan. Abu Dujanah tidak mahu itu terjadi, kerana kurma itu milik tetangganya dan sesuatu yang haram untuk dimakan. Maka beliau bergegas pulang sebelum anak-anaknya bangun, mengumpulkan buah kurma yang berjatuhan dan mengembalikan pada pemiliknya.
Sedemikian besar perhatian Abu Dujanah terhadap nafkah berupa makanan kepada anak-anaknya. Bukan sekadar zatnya yang diperhatikan kehalalannya, tetapi juga cara memperolehnya. Hal ini sepatutnya menjadi teladan bagi para ayah untuk memenuhi nafkah keluarga dengan memperhatikan aspek kehalalan zat sekaligus cara memperolehnya. Wallahu’alam bi showab. []
Sumber: NarasiPost.Com