[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]
Shu’ubiyah (Sentimen Kebangsaan)
Sentimen anti-Arab telah dipicu oleh orang-orang penganut agama Zoroaster di Parsi sepanjang pemerintahan Umayyah dan Abbasiyyah. Sentimen seperti ini pada hakikatnya bersifat kebangsaan, sekalipun mereka tidak membangkitkan nasionalisme Arab. Mereka menumbuhkan semangat anti-Arab berdasarkan pada superioriti kelompok etnik yang lain. Sentimen-sentimen anti-Arab ini sangat dikutuk oleh para ulama salaf kerana sentimen ini bersifat kebangsaan.
Sentimen ini ditiup oleh kaum Zoroaster. Mereka memandang Islam sebagai kekuatan yang telah menghancurkan imperium mereka, berikut budaya dan warisan leluhur mereka. Mereka mula membangkitkan pesan-pesan kebencian melawan orang-orang Arab (muslim). Akhirnya hal ini menimbulkan persoalan pula di kalangan kaum muslim.
Hal ini merupakan sebuah peristiwa sejarah yang perlu menjadi pelajaran bagi orang Islam. Orang Arab perlu berhenti membisikkan semangat nasionalisme kerana hal ini diharamkan. Pada masa yang bersamaan, umat Islam yang lain juga tidak boleh bersikap secara emosional dan menghindari mengolok-olokkan bahasa Arab.
Sepanjang masa perang, London (British) telah memujuk Hussein, seorang bangsawan Mekah untuk memimpin revolusi melawan Turki. Dalam menjalankan kegiatannya yang dimulai pada 1916 ini, Syarif Hussein dibantu oleh banyak orang Inggeris, di antaranya yang paling terkenal adalah TE Lawrence, Lawrence of Arabia. Sebagai imbalannya, Hussein dan anaknya dinobatkan sebagai orang yang memiliki autoriti (berkuasa dan berjawatan tinggi, pen) dalam pelbagai badan berperlembagaan di Turki. Faisal, anaknya yang ketiga, adalah yang paling cekap di antara yang lainnya.
Pihak British meletakkan Faisal di atas singgahsana yang baru dibentuk, iaitu Syria. Syria merupakan negara merdeka yang berasal dari pecahan Turki. Akan tetapi beberapa waktu kemudian, ketika Syria berada di bawah kawalan Perancis, Faisal dengan serta merta didesak keluar dari Damascus.
Dia kemudian muncul di stesen kereta api di Palestin. Di situlah dia menerima upacara sambutan daripada British. Setelah upacara tersebut, dia pun duduk di atas bagasinya, menunggu kedatangan saudaranya. Akan tetapi, kerjayanya sebagai raja tidak berakhir sampai di sini.
British merasa perlu untuk membentuk kerajaan di Iraq, negara bentukan baru. Negara ini dibentuk di luar ketiga-tiga wilayah terdahulu dari pemerintah Turki. British tidak ingin memerintah wilayah ini secara langsung kerana hal itu akan memakan biaya terlalu tinggi.
British lebih tertarik untuk mengikuti keinginan Churchill, yang kemudian menjadi Ketua Pejabat Kolonial, agar membentuk pemerintahan Arab dengan berbentuk kerajaan yang akan didukung oleh British di bawah mandat Liga Bangsa-Bangsa. Ini tentu lebih murah.
Akhirnya Churchill memilih Faisal yang baru bersara dari jawatan raja sebagai calonnya. Setelah dipanggil dari pengasingannya, Faisal pun dinobatkan sebagai raja Iraq di Baghdad pada Ogos 1921. Saudara Faisal, iaitu Abdullah, yang awalnya dicalonkan sebagai raja di Iraq, akhirnya dijadikan sebagai raja di tanah kosong oleh British yang kemudian diberi nama Emiriah Transjordan.
Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam