[Nafsiyah] ILMU DAN KEMULIAAN
Penulis : Arief B. Iskandar
Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata, “Seseorang tidaklah cantik/kacak kerana perhiasan. Menjadi cantik/kacak adalah kerana ilmu dan adab/sopan.”
Oleh itu, berkata Hasan al-Basri, “Sekiranya bukan kerana peranan ulama, manusia akan menjadi seperti binatang. Maka, belajarlah ilmu kerana menuntut ilmu menimbulkan ketakutan. Menuntut ilmu adalah ibadah. Mengulang ilmu adalah tasbih. Berbahas mengenai ilmu adalah jihad. Mengajar orang yang tidak tahu adalah sedekah. Menyerahkan ilmu kepada yang berhak adalah taqarrub kepada Allah SWT. Ilmu adalah penghibur ketika bersendirian, teman dalam kesepian, petunjuk kepada kesempurnaan agama, kesabaran di kala duka, sahabat ketika tersesat dan penunjuk jalan ke syurga.”
Walau bagaimanapun, berkata Imam al-Ghazali (Ihyâ’ ‘Ulûmiddîn (I/7),
“Sesungguhnya keistimewaan yang membezakan manusia dengan makhluk lain ialah ilmu. Manusia dikatakan mulia kerana ilmu. Manusia mulia bukan kerana kekuatan mereka. Ini kerana, bukankah unta lebih kuat daripada manusia?Manusia mulia bukan kerana saiz tubuh badannya. Ini kerana, bukankah gajah lebih besar daripada manusia? Manusia mulia bukan kerana keberanian mereka. Ini kerana, bukankah binatang buas (seperti singa, e.g.) lebih berani daripada manusia. Manusia mulia bukan kerana kemampuan makannya. Ini kerana, bukankah lembu lebih besar perutnya berbanding manusia?\
Kesimpulannya, marilah kita meraih kemuliaan dan kegemilangan dengan ilmu.
Wa maa tawfiiqii illaa billaahi ‘alaihi tawakkaltu wa ilaihi uniib.