Pujian Rasulullah SAW kepada Mukmin Pejuang di Akhir Zaman
Oleh: Ustaz Irfan Abu Naveed, M.Pd.I; (Peneliti Balaghah al- Quran & Hadis Nabawiyyah)]
Abu Said al-Khudri ra. menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
«طُوبَى لِمَنْ رآني وآمَنَ بِي، ثُمَّ طُوبَى ثُمَّ طُوبَى ثُمَّ طُوبَى لِمَنْ آمَنَ بِي وَلَمْ يَرَنِي»
“Kebaikan bagi orang yang bertemu dengan diriku dan beriman kepadaku. Kemudian kebaikan, kemudian kebaikan, kemudian kebaikan bagi orang yang beriman kepadaku, meskipun dia tidak pernah bertemu diriku.” (HR Ahmad dan Abu Ya’la).
Dalam hadis yang mulia ini, Rasulullah SAW memuji kedudukan mereka yang belum pernah bertemu dengan baginda, namun mengimani baginda. Kata thûbâ adalah pujian, bentuk fu’lâ dari ath-thayyib (kebaikan), secara kiasan bermakna meraih jannah-Nya (al-majâz al-mursal bi al-’alâqah as-sababiyyah). Makna lam yaranî dalam hadis ini mencakup kaum Mukmin pada zaman ini yang jelas tidak pernah bertemu dengan Nabi SAW.
Pujian ini bahkan diulang sebanyak tiga kali dan disisipi ’athf lafal ’tsumma’ (kemudian). Ini menunjukkan bahawa pujian tersebut adalah pujian yang besar berlipat ganda (jannah-Nya). Ini menegaskan (tawkîd) pujian bagi golongan yang tidak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW, namun mengimani baginda.
Pejuang Khilafah
Kaum Mukmin pada akhir zaman ini dipuji kerana keimanannya dibuktikan dengan konsistensinya pada sunnah (Dîn al-Islâm). Mereka aktif berdakwah dan aktif memperbaiki masyarakat yang jauh daripada—bahkan merosak—sunnah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda:
«فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِي مِنْ سُنَّتِي»
“Beruntunglah mereka yang terasing, yakni mereka yang memperbaiki sunnahku yang telah dirosak oleh manusia setelahku.” (HR at-Tirmidzi).
Kata kerja yushlihûna dengan subjek jamak memperjelas bahawa kelompok al-ghurabâ’ ini berjemaah dan berdakwah secara kolektif. Mereka melakukan aktiviti dakwah secara dinamik, berkesinambungan. Ini ditandai dengan lafaz yushlihûna yang merupakan al-fi’l al-mudhâri’ yang berfaedah al-hudûts (dinamik). Apa maknanya? Maknanya: mengembalikan sesuatu yang telah menyimpang ke,.. yakni pada Islam.
Menariknya, kata al-ghurabâ’ menunjukkan jumlah jamak (plural). Ini mengisyaratkan adanya golongan (jemaah) yang senantiasa membela Islam pada akhir zaman. Siapakah mereka? Al-Imam al-Munawi al-Qahiri (w. 1031 H) dalam Faydh al-Qadîr (VI/468) ketika menyebutkan sebahagian golongan al-ghurabâ’ menjelaskan:
«وَهُمْ الْقَابِضُوْنَ عَلَى دِيْنِهِم، عِنْدَ الْفِتَنِ كَالْقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ وَهُمْ النِّزَاعُ مِنَ الْقَبَائِلِ»
“Mereka adalah kaum yang berpegang pada din mereka tatkala tersebarnya fitnah, bagaikan orang yang memegang bara api, mereka adalah kaum yang terpisah dari suku-suku (kelompok-kelompok).”
Dalam kitab Min Muqawwimât al-Nafsiyyah al-Islâmiyyah (hlm. 188-189) dihuraikan bahawa hadis ini menunjukkan al-ghurabâ’ bukanlah para sahabat, melainkan mereka yang wujud membela Sunnah Rasulullah SAW pada masa tatkala manusia telah merosak Sunnah tersebut. Adapun para Sahabat ra. tidak pernah merosak Sunnah Rasulullah SAW. Sunnah tersebut belum rosak pada zaman para Sahabat. Ini menunjukkan bahawa al-ghurabâ’ tidak didapati pada era Sahabat. Hal ini sebagaimana ditegaskan para ulama seperti al-Hafizh Ibn al-Jauzi (w. 597 H) dalam Kasyf al-Musykil Min Hadîts ash-Shahîhayn (III/448) menjelaskan:
«وَكَذَلِكَ صَالِحُوْ الْمُتَأَخِّرين يَكُوْنُوْنَ غُرَبَاءً وَيُظْهِرُوْنَ مَا قَدْ صَار غَرِيْبًا»
“Begitu pula kaum soleh pada akhir masa (muta’akhkhirûn). Mereka akan menjadi kaum terasing (ghurabâ’) dan menampakkan (amalan Islam) yang telah terasing.”
Salah satu sunnah Rasulullah SAW yang telah rosak bahkan dianggap asing adalah sunnah dalam urusan kepemimpinan. Sunnah ini disebut oleh Nabi SAW dengan istilah Khilâfah ’alâ minhâj al-nubuwwah dalam sabdanya:
«ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ»
“Kemudian akan tegak Khilafah di atas manhaj Kenabian.” (HR Ahmad dan al-Bazzar).
Tidaklah Khilafah disifati dengan sifat ’alâ minhâj al-nubuwwah (ber-manhaj Kenabian), melainkan ia tegak di atas Sunnah Rasulullah SAW. Memperjuangkan Khilafah adalah bahagian daripada pembuktian keimanan pada sunnah baginda. Bahkan ia menjadi salah satu sunnah yang paling agung. Keagungannya ditunjukkan oleh kedudukannya sebagai perisai (junnah) bagi umat. Rasulullah SAW bersabda:
«إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ»
“Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu perisai; orang-orang akan berperang mendukung dirinya dan berlindung (daripada musuh) dengan (kekuasaan)-nya.” (HR Muttafaqun ’alayhi).
Khilafah menjadi tiang (rukn) tegaknya Islam. Al-Hafizh al-Qurthubi (w. 671 H) dalam Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân (I/265) menegaskan:
«وَأَنَّهَا رُكْنٌ مِنْ أَرْكَانِ الدِّيْنِ الَّذِيْ بِهِ قَوَّامُ الْمُسْلِمِيْنَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ»
“Sesungguhnya Imamah (Khilafah) merupakan tiang bagi tiang-tiang agama ini yang dengannya tegak tiang kaum Muslim. Segala puji milik Allah.”
Mengapa? Kerana Khilafah menjadi institusi yang disyariatkan untuk menegakkan syariah Islam secara kaffah (menyeluruh). Oleh sebab itu, relevan jika Khilafah dijuluki sebagai tâj al-furûdh (mahkota kefardhuan). Memperjuangkan tegaknya kembali Khilafah, dan berpegang teguh pada Khilafah setelah ia berdiri, tercakup dalam keumuman perintah Rasulullah SAW yang bersabda:
«فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي، وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ»
“Hendaklah kamu berdiri di atas Sunnahku dan Sunnah para Khalifah ar-Râsyidîn al-Mahdiyyîn. Gigitlah oleh kamu sunnah itu dengan gigi-gigi geraham.” (HR Ibn Majah, at-Tirmidzi, Ahmad dan al-Hakim).
Realitinya penerapan Islam secara menyeluruh dalam naungan sistem kepemimpinan Islam ini telah dicontohkan Rasulullah SAW dan Khulafaur-Rasyidun pada era Kekhilafahan. Ia menjadi teladan terbaik bagi umat hari ini yang ditimpa berbagai bencana, penghinaan dan genosid kafir harbi fi’lan akibat mengabaikan penerapan Islam dalam kehidupan. Inilah dampak daripada runtuhnya sistem Khilafah, hilangnya persatuan dan umat terpecah-belah. Padahal Allah SWT telah memperingatkan:
﴿وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ﴾
“Dan taatlah pada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkanmu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (TMQ al-Anfal [8]: 46).
Kewujudan Golongan Pejuang Islam
Menariknya, Allah SWT mengisyaratkan kewujudan golongan pejuang Islam dalam firman-Nya:
﴿وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ﴾
“Dan di antara orang yang telah Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan haq (kebenaran), dan dengan yang haq itu (pula) mereka berlaku adil.” (TMQ al-A’raf [7]: 181).
Mereka, menurut para ulama, adalah golongan yang juga disabdakan oleh Rasulullah SAW:
«ولا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ»
“Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku yang tegak di atas kebenaran. Tidak membahayakan mereka siapapun yang mencela atau menyelisihi mereka hingga tiba keputusan Allah dan mereka senantiasa dalam keadaan demikian.” (HR Muttafaqun ’alayhi).
Apa ganjaran bagi mereka yang beriman di akhir zaman, yang keimanannya dibuktikan dengan memperjuangkan sunnah Rasulullah SAW sunnah Khilâfah ’alâ minhâj al-nubuwwah?
Allah SWT berfirman:
﴿الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ طُوبَىٰ لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ﴾
“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.” (TMQ ar-Ra’d [13]: 29).
Syaikh Ahmad al-Maraghi (w. 1371 H) dalam Tafsîr al-Marâghî (XIII/101) menghuraikan:
“Ertinya, mereka yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan penyejuk mata di sisi Tuhan mereka, dan baiknya tempat pulang dan kembalinya.”
Persoalannya, adakah kita telah melayakkan diri menjadi golongan istimewa ini?
WalLâhu a’lam.
#muhasbah #pejuangkhilafah #dakwahislamkaffah #TegakKhilafah #RefleksiDiri