Sikap Kesateria Tentera Muslim
Wahai Pasukan Muslim,
adakah engkau mengetahui tentang “Al-Furusiyyah” (tradisi ketenteraan dalam Islam)?
Prinsip dasar tentera kaum muslimin adalah bahawa mereka mengemban akidah Islam; disebabkan itu, mereka tidak boleh melakukan sesuatu sebelum mereka mengetahui hukum Allah tentang hal itu. Akan tetapi, amat disayangkan bahawa mereka telah menyerahkan diri kepada para penguasa yang khianat dan sekutu-sekutunya, mentaati perintah mereka dan melaksanakan keputusan mereka, meskipun mereka dalam murka Allah.
Ini diabadikan di dalam kitab Al-Furusiyyah karya Ibnul Qayyim Al-Jawziyyah. Di dalamnya, dituliskan prinsip-prinsip kesateria dalam Islam dari Umar bin Khattab, yakni pelatihan fizikal supaya bekerja keras dan tidak hidup mewah dan bersenang-senang, memegang teguh ciri khas putera-putera kesateria dalam Islam. Lebih jauh lagi, teknik-teknik peperangan dalam Islam diinstitusikan dalam konteks lingkup yang lebih besar, yakni konteks kenegaraan. Termasuk metode-metode yang digunakan dalam sebuah konflik bersenjata, misalnya teknik-teknik bela diri dan pertempuran. Selain itu, turut diinstitusikan menjadi sebuah sistem yang terpola dengan baik. Pada masa-masa seperti ini, lahirlah sebuah istilah yang kita kenal dengan nama “Al-Furusiyyah”.