Site icon MuslimahHTM News

ENAM RAHSIA ALLAH SWT

[Nafsiyah] ENAM RAHSIA ALLAH SWT

 

Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar

 

Di dalam salah satu kitabnya yang terkenal, Nashâ’ih al-‘Ibâd, Imam an-Nawawi al-Bantani mengutip kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab RA yang berkata, “Allah SWT sesungguhnya merahsiakan enam perkara di dalam enam perkara yang lain”:

 

(1) Merahsiakan keredhaanNya dalam ragam ketaatan hamba kepadaNya;

(2) Merahsiakan murkaNya dalam ragam kemaksiatan hambaNya;

(3) Merahsiakan Lailatul Qadar di bulan Ramadhan;

(4) Merahsiakan para waliNya di antara manusia;

(5) Merahsiakan kematian dalam umur-umur manusia;

(6) Merahsiakan ‘as-salah al-wushtha’ (solat yang paling utama) dalam solat lima waktu.

 

Mengapa Allah SWT merahsiakan enam perkara tersebut di dalam enam perkara lainnya?

 

Tidak lain tidak bukan adalah agar manusia selalu:

 

Pertama: Bersungguh-sungguh dalam menjalankan ketaatan kepadaNya. Oleh kerana itu, tidak sepatutnya manusia meremehkan ketaatan walau sekecil apapun kerana boleh jadi di situlah letaknya redha Allah SWT.

Kedua: Menjauhi segala bentuk dosa dan takut akan terjerumus ke dalamnya. Oleh kerana itu, tidak selayaknya manusia meremehkan sebarang dosa kecil kerana boleh jadi murka Allah SWT ada di situ.

Ketiga: Bersungguh-sungguh dalam menghidupkan seluruh malam  pada bulan Ramadan.

Keempat: Selalu menghormati setiap orang dan tidak meremehkannya kerana boleh jadi orang yang diremehkan itu adalah wali Allah SWT.

Kelima: Selalu mempersiapkan diri untuk menyambut kematiannya, samada dia sudah tua mahupun masih muda.

Keenam: Selalu berusaha memelihara seluruh solat wajibnya yang lima waktu.

 

Wa mâ tawfîqî illâ billâh wa ’alaihi tawakkaltu wa ilaihi unîb.

 

 

Exit mobile version