[Nafsiyah] ENAM RAHSIA ALLAH SWT
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Di dalam salah satu kitabnya yang terkenal, Nashâ’ih al-‘Ibâd, Imam an-Nawawi al-Bantani mengutip kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab RA yang berkata, “Allah SWT sesungguhnya merahsiakan enam perkara di dalam enam perkara yang lain”:
(1) Merahsiakan keredhaanNya dalam ragam ketaatan hamba kepadaNya;
(2) Merahsiakan murkaNya dalam ragam kemaksiatan hambaNya;
(3) Merahsiakan Lailatul Qadar di bulan Ramadhan;
(4) Merahsiakan para waliNya di antara manusia;
(5) Merahsiakan kematian dalam umur-umur manusia;
(6) Merahsiakan ‘as-salah al-wushtha’ (solat yang paling utama) dalam solat lima waktu.
Mengapa Allah SWT merahsiakan enam perkara tersebut di dalam enam perkara lainnya?
Tidak lain tidak bukan adalah agar manusia selalu:
Pertama: Bersungguh-sungguh dalam menjalankan ketaatan kepadaNya. Oleh kerana itu, tidak sepatutnya manusia meremehkan ketaatan walau sekecil apapun kerana boleh jadi di situlah letaknya redha Allah SWT.
Kedua: Menjauhi segala bentuk dosa dan takut akan terjerumus ke dalamnya. Oleh kerana itu, tidak selayaknya manusia meremehkan sebarang dosa kecil kerana boleh jadi murka Allah SWT ada di situ.
Ketiga: Bersungguh-sungguh dalam menghidupkan seluruh malam pada bulan Ramadan.
Keempat: Selalu menghormati setiap orang dan tidak meremehkannya kerana boleh jadi orang yang diremehkan itu adalah wali Allah SWT.
Kelima: Selalu mempersiapkan diri untuk menyambut kematiannya, samada dia sudah tua mahupun masih muda.
Keenam: Selalu berusaha memelihara seluruh solat wajibnya yang lima waktu.
Wa mâ tawfîqî illâ billâh wa ’alaihi tawakkaltu wa ilaihi unîb.