[Nafsiyah] PERSAUDARAAN SEJATI
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
ALLAH SWT berfirman (yang bermaksud): “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” [TMQ al-Hujurat (49):10].
Berdasarkan ayat di atas, setiap orang Mukmin itu adalah bersaudara, kerana dasar ukhuwah (persaudaraan) adalah persamaan akidah.Pengunaan kata ikhwah di dalam ayat ini mahu menyatakan bahawa ukhuwah antara kaum Muslim itu adalah lebih kuat daripada persahabatan atau kawan biasa. Selain itu, pengunaan kata innamâ di dalam ayat ini juga memberi maksud hasyr (pembatasan). Ia bermaksud tiada persaudaraan yang hakiki selain ikatan antara sesama Mukmin [Ash-Shabuni, Shafwah at-Tafâsir, III/217].
Ini mengisyaratkan bahawa ukhuwah Islamiyyah adalah lebih kuat daripada persaudaraan nasab. Persaudaraan nasab mampu terputus jika terdapat perbezaan agama. Sebaliknya, ukhuwah Islamiyyah tidak akan terputus dek kerana perbezaan nasab. Contohnya, hal ini nampak jelas dalam isu waris. Tidak ada hak waris antara Mukmin dan kafir atau sebaliknya. Dalam hal kekuasaan, umat Islam tidak boleh menjadikan orang kafir sebagai wali (pemimpin), sekalipun ia adalah bapa dan saudara mereka [TMQ at-Taubah (9): 2].
Rasulullah SAW juga bersabda, “Mukmin dengan Mukmin lain bagaikan satu bangunan; sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” [HR Bukhari, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ahmad].
Baginda juga bersabda, “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai…” [HR Muslim].
Wa mâ tawfîqî illâ billâh wa ’alaihi tawakkaltu wa ilaihi unîb.