TAHUN BARU: MERANCANG KEBIASAAN BARU
Oleh: Arief B. Iskandar
Tidak terasa, kita kembali menyambut Tahun Baru Masihi. Kali ini tahun baru 2025.
Bermaksud, usia kita semakin berkurang setahun. Entah tinggal tersisa berapa lama lagi. Esok atau lusa boleh saja ajal datang menjemput. Kematian makin segera menghampiri.
Terkait kematian, ada orang meninggal dalam keadaan taat kepada Allah SWT. Meninggal saat solat berjemaah di masjid, saat membaca Al-Quran, saat berzikir atau bertaubat kepada Allah SWT, saat menghadiri majlis ilmu atau mengajarkan ilmu, saat berdakwah atau berjihad di jalan Allah SWT dan lain-lain.
Sebaliknya, ramai orang yang mati dalam keadaan sedang bermaksiat kepada Allah. Mati di kelab malam, di meja judi atau di tempat pelacuran. Mati saat sedang mabuk atau mati kerana dadah. Mati saat menikmati wang rasuah atau riba’. Mati dalam keadaan mempamerkan aurat, menyakiti orang tua, mengabaikan hak-hak suami/isteri atau menzalimi orang lain dan sebagainya.
Ramai juga yang mati dalam keadaan menunda-nunda bahkan meninggalkan solat, lalai dari zikir dan jarang sekali membaca Al-Quran.
Semuanya tergantung pada kebiasaan masing-masing saat hidup. Demikian sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibnu Katsir dan Imam as-Sa’adi serta ulama lainnya rahimahumulLaah:
*أنه من عاش على شيئ فمات عليه*
“Sungguh siapa saja yang hidup di atas suatu kebiasaan tertentu, ia pun akan dimatikan di atas kebiasaan tersebut” (Ibnu Katsir, Tafsiir al-Qur’aan al-’Azhiim, 2/101).
Alhasil, kita boleh saja berharap mati dalam keadaan husnul khatimah. Namun, pada akhirnya, kita akan mati sesuai dengan kebiasaan kita saat hidup. Adakah saat hidup kita biasa taat kepada Allah SWT? Atau adakah saat hidup kita biasa berbuat dosa dan bermaksiat kepada-Nya?
Di sinilah pentingnya kita berhijrah, iaitu dengan meninggalkan segala kebiasaan buruk, yang mendatangkan dosa. Dalam bahasa Baginda Nabi Muhammad SAW dikatakan:
*المهاجر من هجر ما نهى الله عنه*
“Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa saja yang Allah larang” (HR al-Bukhari).
Maka, kita perlu memperbanyakkan kebiasaan yang baik, yang mendatangkan pahala. Apakah itu? Tidak lain semua kebiasaan yang bermuara pada ketaatan kepada Allah SWT.
Tentang taat kepada Allah SWT, Malik bin Dinar rahimahulLaah berkata:
*إتخذ طاعة الله تجارة تأتيك الأرباح من غير بضاعة*
“Jadikanlah ketaatan kepada Allah sebagai ‘perniagaan (perniagaan)’ yang mendatangkan laba (keuntungan) tanpa (perlu menjual) barang dagangan) (Ibnu Hibban, Rawdhah al-’Uqalaa, hlm. 63)
Laba/keuntungan dari “perniagaan” dalam bentuk ketaatan kepada Allah SWT ini tidak lain berupa syurga yang luasnya seluas langit dan bumi [lihat: QS Ali Imraan (3): 133]
“Perniagaan” dalam bentuk ketaatan kepada Allah SWT inilah yang merupakan “perniagaan” yang tidak akan pernah rugi sekaligus bakal menyelamatkan pelakunya dari azab yang pedih di akhirat [Lihat: QS ash-Shaff (61): 10]
Saat seorang Muslim menjadikan taat kepada Allah SWT sebagai kebiasaan baiknya, ia tak akan disibukkan dengan maksiat. Kalaupun dia—sebagai manusia—tak lepas dari dosa, ia selalu berusaha untuk banyak bertaubat. Tak pernah menunda-nunda. Maka dari itu, banyak bertaubat juga menjadi salah satu kebiasaan baiknya.
Dalam hal ini, tentu benar apa yang dinyatakan oleh Imam Ibnu Rajab rahimahulLaah:
*تأخير التوبة في حال الشباب قبيح، ففي حال المشيب أقبح و اقبح*
Menunda-nunda taubat saat usia muda itu sangat buruk. Jauh lebih buruk lagi menunda-nunda taubat saat usia sudah tua (Ibnu Rajab, Lathaa’if al-Ma’aarif, 737).
Taubat adalah salah satu dari usaha untuk menyedari banyaknya kekurangan diri; merasa diri banyak dosa. Hal ini tentu amat penting agar setiap hari seorang Muslim berusaha untuk memperbaiki diri.
Jangan sampai, seperti kata Imam Ibnu al-Mubarak rahimahulLaah “Di antara musibah terbesar bagi seseorang adalah dia tahu kekurangan (aib) dirinya, lalu dia tidak peduli dan tidak bersedih atas kekurangan (aib) dirinya tersebut.” (Al-Baihaqi, Syu’ab al-Iimaan, hlm. 867).
aRmai orang yang sedar atas kekurangan (aib) dirinya, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mengubah keadaannya. Sedar banyak dosa, tetapi tidak segera bertaubat. Sedar memiliki sedikit pahala, tetapi tidak segera melakukan amal soleh. Inilah di antara musibah terbesar yang menimpa seseorang.
Dengan demikian yang diperlukan seseorang bukan sekadar menyedari segala kekurangan (aib) dirinya, tetapi usahanya untuk memperbaiki diri dengan cara: meninggalkan dosa dan maksiat, memperbanyakkan amal soleh, disertai dengan terus meningkatkan pemahaman tentang agamanya (tafaqquh fii ad-diin).
Penting juga untuk memiliki kebiasan baik lainnya, iaitu tidak menunda-nunda dalam melakukan amal kebaikan. Demikian sebagaimana yang dikatakan oleh Khalid bin Ma’dan rahimahulLaah, “Saat pintu kebaikan telah terbuka di hadapan salah seorang di antara kalian, segera masuki, kerana dia tidak tahu bila pintu kebaikan tersebut tertutup kembali.” (Adz-Dzahabi, Siyar A’laam an-Nubalaa’, 4/540).
Kerana itu jangan sekali-kali menunda-nunda untuk beramal soleh kerana merasa masih banyak kesempatan. Kesempatan itu boleh berupa masa lapang, masa muda, kesihatan, kecukupan harta dan lain-lain. Semua kesempatan itu boleh saja hilang dan tak akan kembali lagi. Saat demikian kesempatan untuk beramal soleh berkurang bahkan mungkin hilang sama sekali.
Maka dari itu, penting untuk mengingat salah satu pesan Rasulullah SAW, “Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara: masa muda (kekuatan)-mu sebelum datang masa tua (kelemahan)-mu; masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu; masa kaya (kecukupan)-mu sebelum datang masa kefakiran (kekurangan)-mu; waktu lapangmu sebelum datang masa sempitmu.” (Al-Mundziri, At-Targhiib wa at-Tarhiib, 2/203).
Sebaliknya, segera akhiri segala kebiasaan buruk, termasuk yang sia-sia (tak berguna). Dalam hal ini, kita perlu sedar bahawa, “Di antara tanda Allah berpaling dari hamba-Nya adalah Dia menjadikan dirinya sibuk dalam hal-hal yang tak berguna (sia-sia).” (Ibnu Abdil Barr, At-Tamhiid, hlm. 200).
Hal-hal yang tak berguna (sia-sia) adalah semua perkara yang tidak mendatangkan manfaat di dunia dan pahala di akhirat.
Alhasil, agar Allah SWT tidak berpaling dari diri kita, semua kesia-siaan itu, juga semua perkara yang di dalamnya terkandung unsur dosa dan kemaksiatan, perlu benar-benar kita tinggalkan. Sekarang juga, tanpa menunda-nunda. Mari kita isi tahun baru dengan pelbagai kebiasaan baru. Pastinya kebiasaan yang sarat dengan pelbagai ketaatan kepada Allah SWT.
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah ‘alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib