Keberadaan Bank di Negara Khilafah
(Telaah Kitab Muqaddimah ad-Dustuur Perkara 169)
Oleh: Gus Syams
Seperti yang diketahui umum, dalam masyarakat kapitalis, kewujudan bank-bank ribawi dianggap sebagai salah satu tunjang utama ekonomi negara. Kewujudannya sangat penting dan mendesak. Hampir semua transaksi kewangan dijalankan melalui pengantara bank. Perniagaan perbankan dalam sistem ekonomi kapitalis telah memberikan keuntungan yang sangat besar. Kebanyakan keuntungan ini diperoleh daripada transaksi ribawi.
Di dalam Islam, riba termasuk dosa besar. Negara berhak memerangi siapa saja yang tidak mahu meninggalkan amalan riba, setelah datang larangan dan penjelasan atas larangan dan keharaman riba. Kerana itu, tidak ada bank-bank ribawi di dalam Negara Khilafah. Lalu, bagaimana keberadaan bank-bank non ribawi di dalam Negara Khilafah?
Telaah Kitab edisi kali ini membahas Perkara yang menjelaskan peraturan yang berhubungan dengan keberadaan dan aktiviti bank-bank. Di dalam Perkara 169 dinyatakan:
يُمْنَعُ فَتْحُ الْمَصَارِفِ مَنْعًا بَاتًا، وَلاَ يَكُوْنُ إِلاَّ مَصْرِفُ الدَّوْلَةِ، وَلاَ يَتَعَامَلُ بِالرِّبَا وَ يَكُوْنُ دَائِرَة مِنْ دَوَائِر بَيْتِ الْمَال. وَيَقُوْمُ بِإِقْرَاضِ اْلأَمْوَال حَسْب أَحْكَامِ الشَّرْعِ، وَ بِتَسْهِيْلِ الْمُعَامَلاَتِ الْمَالِيَّةِ والنَّقْدِيَّةِ
Dilarang sama sekali membuka bank-bank. Tidak ada bank kecuali Bank Negara dan tidak berurus niaga dengan riba. Bank Negara menjadi salah satu jabatan dari jabatan Baitul Mal. Bank Negara ditubuhkan untuk menyediakan pinjaman harta mengikut undang-undang Islam dan memudahkan transaksi harta dan kewangan.
Secara umumnya, bank menjalankan tiga aktiviti utama: (1) transaksi riba, seperti bon dan kredit; (2) transaksi pemindahan hutang, seperti cek; dan (3) transaksi penyimpanan.
Jika dinisbahkan pada transaksi-transaksi hiwaalah (pemindahan hutang), maka hal itu dibolehkan oleh syariah. Dalilnya adalah dalil hiwaalah (pemindahan hutang) dan dalil amanah. Seorang muslim boleh membuka sebuah bank yang menyibukkan diri dengan transaksi-transaksi hiwaalah (pemindahan), amanah-amanah (titipan), dan transaksi-transaksi lain yang dibolehkan menurut syariah seperti transaksi-transaksi pertukaran (sharf). Dengan demikian pembukaan bank seperti ini tidak haram. Hanya saja, transaksi-transaksi seperti ini tidak mendatangkan keuntungan yang besar. Keuntungan dari transaksi-transaksi tersebut hanya cukup untuk membuka seperti juruwang saja. Tidak mungkin digunakan untuk membuka bank, seperti bank-bank yang ada sekarang, kerana keuntungannya yang tidak sepadan. Keuntungan-keuntungan yang diperoleh dari transaksi hiwaalah (pemindahan), amanah-amanah (titipan-titipan) dan pertukaran sangatlah kecil dibandingkan dengan keuntungan pada transaksi-transaksi ribawi.
Keuntungan-keuntungan besar pada perniagaan perbankan pada umumnya didapatkan dari transaksi-transaksi ribawi.
Oleh kerana itu, keuntungan-keuntungan dari transaksi-transaksi hiwaalah (pemindahan hutang), amanah-amanah (titipan) dan transaksi pertukaran tidak akan cukup untuk membuka bank, iaitu bank seperti realiti yang ada sekarang.
Keuntungan-keuntungan tersebut hanya cukup untuk menampung tempat dengan operasi terhad, seperti juruwang. Bagi tempat yang berfungsi seperti juruwang, ia tidak boleh digunakan untuk fakta bank yang sudah dikenali secara umum. Atas dasar itu, sangat tidak mungkin terdapat bank swasta yang hanya menumpukan kepada tiga transaksi ini,
Aktiviti memberikan pinjaman dibolehkan secara mutlak berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
مَا مِنْ مُسْلِم يُقْرِضُ مُسْلِمًا قَرْضًا مَرَّتَيْنِ إِلاَّ كَانَ كَصَدَقَتِهَا مَرَّة
“Tidaklah seorang muslim memberikan pinjaman kepada seorang muslim dua kali kecuali seperti dia bersedekah sekali.” (HR Ibnu Majah dari jalan ‘Abdullah bin Mas’ud ra.).
Dari Anas diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رَأَيْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ مَكْتُوبا الصَّدَقَة بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَة عَشَرَ فَقُلْتُ يَاجِبْرِيلُ مَا بَالُ الْقَرْضِ أَفْضَلُ مِنْ الصَّدَقَةِ قَالَ لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَا يَسْتَقْرِضُ إِلَّا مِنْ حَاجَةٍ
“Aku menyaksikan waktu malam aku di-israkkan, di atas pintu syurga tertulis: Sedekah akan dibalas sepuluh kali ganda. Pinjaman dibalas 18 kali ganda. Aku bertanya kepada Jibril, “Jibril, apa sebabnya pinjaman lebih utama daripada sedekah?” Jibril menjawab, “Sebab, orang yang meminta, kadang-kadang masih memiliki harta; sedangkan orang yang meminjam tidaklah dia meminta pinjaman kecuali kerana ada keperluan.” (HR Ibnu Majah).
Begitu juga titipan-titipan (wadii’ah) dibolehkan berdasarkan Firman Allah SWT:
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا ٥٨
“Sungguh Allah menyuruh kalian agar menyampaikan amanah kepada yang berhak menerima amanah tersebut” [TMQ an-Nisaa‘ (4): 58]
فَإِنۡ أَمِنَ بَعۡضُكُم بَعۡضٗا فَلۡيُؤَدِّ ٱلَّذِي ٱؤۡتُمِنَ أَمَٰنَتَهُۥ ٢٨٣
“Sungguh jika sebahagian kalian mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanah (hutang)-Nya.” [TMQ al-Baqarah (2): 283]
Juga berdasarkan sabda Nabi SAW:
أَدِّ اْلأَمَانَة إِلَى مَنِ ائْتَمَنَكَ، وَلا تَخُنْ مَنْ خَانَكَ
“Tunaikanlah amanah kepada orang yang engkau percaya (untuk menunaikan amanah kepada dia) dan jangan engkau mengkhianati orang yang telah mengkhianati dirimu.” (HR at-Tirmidzi dari jalan Abu Hurairah ra.).
Diriwayatkan juga dari Nabi SAW:
أَنَّهُ كَانَ عِنْدَهُ وَدَائِعُ فَلَمَّا أَرَادَ الْهِجْرَةَ أَوْدَعَهَا عِنْدَ أُمُّ أَيْمَنَ وَ أَمَرَ عَلِيَّا أَنْ يَرُدَّهَا إِلَى أَهْلِهَا
“Sungguh di sisi beliau ada titipan-titipan. Ketika beliau hendak hijrah, beliau menitipkan titipan-titipan itu kepada Ummu Aiman. Beliau lalu memerintahkan Ali untuk mengembalikan titipan-titipan tersebut kepada pemilik nya.” (Dinukil oleh Imam Ibnu Qudamah di dalam Kitab Al-Mughni).
Transaksi hiwaalah (pemindahan hutang) juga mubah berdasarkan sabda Nabi SAW:
مَطْلُ الْغَنِىِّ ظُلْمٌ، فَإِذَا أُتْبِعَ أَحَدُكُمْ عَلَى مَلِىٍّ فَلْيَتْبَعْ
“Menunda-nunda pembayaran hutang oleh orang kaya merupakan kezaliman. Jika salah seorang di antara kalian dialihkan (hutangnya) kepada orang kaya maka hendaklah dia terima.” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Di dalam riwayat Imam Ahmad dengan digunakan lafaz:
وَمَنْ أُحِيْلَ عَلَى مَلِيْئٍ فَليَحْتَلْ
“Siapa saja yang dialihkan (hutangnya) kepada orang kaya, hendaknya dia alihkan (hutangnya).” (HR Ahmad).
Tiga transaksi di atas boleh yang dilakukan. Yang diharamkan adalah mengambil riba dari qardh (hutang-hutang).
Oleh itu, sekiranya bank-bank di Negara Khilafah tidak dibenarkan membuka dan menyibukkan diri dengan transaksi riba, maka perlu ada bank yang dapat melaksanakan ketiga-tiga aktiviti tersebut untuk memenuhi kepentingan rakyat tanpa riba. Hal ini kerana perkhidmatan untuk ketiga-tiga transaksi di atas (pinjaman, amanah dan deposit) adalah sebahagian daripada kepentingan awam.
Alhasil, Negara Khilafah wajib membuka bank sebagai salah satu cabang dari cabang-cabang Baitul Mal yang melakukan tiga transaksi tersebut sesuai dengan pendapat Khalifah dan ijtihadnya. Ini dapat difahami kerana transaksi-transaksi tersebut termasuk bahagian dari hal-hal mubah yang pengaturan urusannya dilangsungkan sesuai dengan pendapat dan ijtihad Khalifah. Inilah dalil yang menunjukkan wajibnya negara membuka bank yang akan mewujudkan kepentingan-kepentingan masyarakat dalam transaksi-transaksi kewangan.
WalLaahu a’lam.