Site icon MuslimahHTM News

APAKAH PERKARA YANG PERLU DIPERSIAPKAN BAGI MENYAMBUT BULAN SUCI RAMADHAN?

APAKAH PERKARA YANG PERLU DIPERSIAPKAN BAGI MENYAMBUT BULAN SUCI RAMADHAN?

 

— يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [TMQ Al-Baqarah (2): 183].

 

Sahabat, para ulama banyak memberikan huraian tentang hikmah berpuasa, misalnya untuk mempertinggi budi pekerti, menimbulkan kesedaran dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin, orang-orang lemah yang tidak mampu memenuhi keperluan hidupnya, melatih jiwa dan jasmani, menambah baik tahap kesihatan tubuh badan dan sebagainya.

 

Huraian seperti di atas tentu ada benarnya, walaupun tidak mudah dirasakan oleh setiap orang. Kerana lapar, haus dan lain-lain akibat berpuasa tidak selalu mengingatkan kita kepada penderitaan orang lain, malah dapat mendorongnya untuk mencari dan mempersiapkan bermacam-macam jenis makanan pada siang hari untuk melepaskan rasa lapar dan dahaganya di kala berbuka pada malam harinya.

 

Begitu juga tidak akan mudah dirasakan oleh setiap orang berpuasa, bahawa puasa itu membantu meningkatkan tahap Kesihatan menjadi lebih baik, walaupun para doktor telah memberikan penjelasan secara ilmiah bahawa berpuasa memang benar-benar dapat menyembuhkan sebahagian penyakit, tetapi ada juga penyakit yang tidak membolehkan pesakit untuk berpuasa. Jika diperhatikan perintah berpuasa di bulan Ramadhan ini, maka pada permulaan ayat 183 secara langsung Allah menunjukkan perintah wajib itu kepada orang yang beriman.

 

Orang yang beriman akan patuh melaksanakan perintah berpuasa dengan sepenuh hati kerana dia percaya bahawa keperluan jasmani dan rohani adalah dua unsur yang utama bagi kehidupan manusia yang perlu dikembangkan dengan bermacam-macam latihan, agar dapat dimanfaatkan untuk ketenteraman hidup yang bahagia di dunia dan akhirat.

 

Pada ayat 183 ini Allah mewajibkan puasa kepada semua manusia yang beriman, sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat sebelum mereka agar mereka menjadi orang yang bertakwa. Jadi, puasa adalah penting bagi kehidupan orang yang beriman. Jika kita selidiki agama-agama lain dan kepercayaan lain yang ada pada masa sekarang ini, kita akan dapati bahawa puasa merupakan salah satu ajaran yang umum untuk menahan hawa nafsu dan sebagainya.

 

Perintah berpuasa diturunkan pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah, ketika Nabi Muhammad SAW mulai membangun pemerintahan yang berwibawa dan mengatur masyarakat baru, maka dapat dirasakan bahawa puasa itu sangat penting ertinya dalam membentuk manusia yang dapat menerima dan melaksanakan tugas-tugas besar dan suci.

 

Sahabat, menyambut bulan suci Ramadhan memerlukan persiapan fizikal, mental, dan spiritual agar ibadah dapat dijalankan dengan maksimal. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipersiapkan:

 

  1. Persiapan Spiritual

 

  1. Persiapan Fizikal dan Kesihatan

 

  1. Persiapan Mental dan Emosional

 

  1. Persiapan Sosial dan Keluarga

 

  1. Persiapan Kewangan dan Logistik

 

Dengan persiapan yang matang, Ramadhan dapat dijalani dengan penuh berkah dan manfaat. Semoga kita semua diberi kemudahan dalam beribadah di bulan suci ini

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan!

 

Dr. Nasrul Syarif M.Si.

Penulis Buku Gizi Spiritual

Pensyarah Pasca Sarjana UIT Lirboyo

 

Exit mobile version