APAKAH PERKARA YANG PERLU DIPERSIAPKAN BAGI MENYAMBUT BULAN SUCI RAMADHAN?
— يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [TMQ Al-Baqarah (2): 183].
Sahabat, para ulama banyak memberikan huraian tentang hikmah berpuasa, misalnya untuk mempertinggi budi pekerti, menimbulkan kesedaran dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin, orang-orang lemah yang tidak mampu memenuhi keperluan hidupnya, melatih jiwa dan jasmani, menambah baik tahap kesihatan tubuh badan dan sebagainya.
Huraian seperti di atas tentu ada benarnya, walaupun tidak mudah dirasakan oleh setiap orang. Kerana lapar, haus dan lain-lain akibat berpuasa tidak selalu mengingatkan kita kepada penderitaan orang lain, malah dapat mendorongnya untuk mencari dan mempersiapkan bermacam-macam jenis makanan pada siang hari untuk melepaskan rasa lapar dan dahaganya di kala berbuka pada malam harinya.
Begitu juga tidak akan mudah dirasakan oleh setiap orang berpuasa, bahawa puasa itu membantu meningkatkan tahap Kesihatan menjadi lebih baik, walaupun para doktor telah memberikan penjelasan secara ilmiah bahawa berpuasa memang benar-benar dapat menyembuhkan sebahagian penyakit, tetapi ada juga penyakit yang tidak membolehkan pesakit untuk berpuasa. Jika diperhatikan perintah berpuasa di bulan Ramadhan ini, maka pada permulaan ayat 183 secara langsung Allah menunjukkan perintah wajib itu kepada orang yang beriman.
Orang yang beriman akan patuh melaksanakan perintah berpuasa dengan sepenuh hati kerana dia percaya bahawa keperluan jasmani dan rohani adalah dua unsur yang utama bagi kehidupan manusia yang perlu dikembangkan dengan bermacam-macam latihan, agar dapat dimanfaatkan untuk ketenteraman hidup yang bahagia di dunia dan akhirat.
Pada ayat 183 ini Allah mewajibkan puasa kepada semua manusia yang beriman, sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat sebelum mereka agar mereka menjadi orang yang bertakwa. Jadi, puasa adalah penting bagi kehidupan orang yang beriman. Jika kita selidiki agama-agama lain dan kepercayaan lain yang ada pada masa sekarang ini, kita akan dapati bahawa puasa merupakan salah satu ajaran yang umum untuk menahan hawa nafsu dan sebagainya.
Perintah berpuasa diturunkan pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah, ketika Nabi Muhammad SAW mulai membangun pemerintahan yang berwibawa dan mengatur masyarakat baru, maka dapat dirasakan bahawa puasa itu sangat penting ertinya dalam membentuk manusia yang dapat menerima dan melaksanakan tugas-tugas besar dan suci.
Sahabat, menyambut bulan suci Ramadhan memerlukan persiapan fizikal, mental, dan spiritual agar ibadah dapat dijalankan dengan maksimal. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipersiapkan:
- Persiapan Spiritual
- Meningkatkan Ibadah: Perbanyakkan solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir, dan berdoa agar hati lebih bersedia menyambut Ramadhan.
- Bertaubat dan Memohon Ampunan: Bersihkan diri dari dosa dengan memperbanyak istighfar dan taubat nasuha.
- Menambah Ilmu Agama: Pelajari kembali tata cara puasa, keutamaan Ramadhan, serta amalan-amalan sunnah di bulan ini.
- Melatih Diri Berpuasa Sunat: Agar tubuh terbiasa, boleh berpuasa pada Isnin-Khamis atau puasa Ayyamul Bidh (puasa di pertengahan bulan hijriyah).
- Persiapan Fizikal dan Kesihatan
- Menjaga Pola Makan yang Sihat: Mengambil makanan bergizi agar tubuh kuat menjalani puasa sebulan penuh.
- Mengatur Pola Tidur: Biasakan bangun lebih awal untuk persiapan sahur dan tidur lebih awal (elak berjaga lewat malam).
- Berolahraga Secara Teratur: Lakukan olahraga ringan agar tubuh tetap segar sepanjang Ramadhan.
- Melakukan Pemeriksaan Kesihatan: Jika memiliki keadaan kesihatan tertentu, berkonsultasilah ke doktor mengenai persediaan berpuasa.
- Persiapan Mental dan Emosional
- Menata Niat dan Tekad: Yakinkan diri untuk menjadikan Ramadhan sebagai bulan peningkatan ibadah dan kebaikan.
- Melatih Kesabaran dan Pengendalian Diri: Hindari kebiasaan buruk seperti marah-marah, ghibah atau bermalas-malasan.
- Mempersiapkan Persekitaran yang Mendukung: Bergaul dengan orang-orang yang juga ingin meningkatkan ibadah.
- Persiapan Sosial dan Keluarga
- Memaafkan dan Menjalin Silaturahmi: Bersihkan hati dengan meminta maaf kepada keluarga, teman, dan kerabat.
- Mempersiapkan Aktiviti Bersama: Rencanakan aktiviti positif seperti tadarus bersama, berbahagi takjil (makanan untuk berbuka puasa), atau berbuka puasa bersama keluarga.
- Menyiapkan Sedekah dan Zakat: Kira dan simpan dana untuk bersedekah serta membayar zakat lebih awal.
- Persiapan Kewangan dan Logistik
- Membuat Bajet Ramadhan: Atur kewangan agar tidak boros dalam berbelanja keperluan berbuka dan sahur.
- Berbelanja Secukupnya: Belilah keperluan utama secukupnya agar tidak terjadi pemborosan dan mubazir.
- Menyiapkan Perlengkapan Ibadah: Pastikan telekung, sejadah, kain sarung, dan Al-Quran dalam keadaan baik untuk digunakan.
Dengan persiapan yang matang, Ramadhan dapat dijalani dengan penuh berkah dan manfaat. Semoga kita semua diberi kemudahan dalam beribadah di bulan suci ini
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan!
Dr. Nasrul Syarif M.Si.
Penulis Buku Gizi Spiritual
Pensyarah Pasca Sarjana UIT Lirboyo