Pentingnya Nilai dan Pemikiran Islam Dalam Ruang-Ruang Kehidupan
Oleh: Rahmah
Direktor Institut Muslimah Negarawan, Dr. Fika Komara menyatakan bahawa pentingnya ruang-ruang kehidupan diisi dengan nilai, standard, pemikiran dan Islam agar dapat mewujudkan sebuah peradaban.
“Kita cuba mengisi ruang-ruang yang kosong dalam kehidupan dengan nilai, standard, pemikiran, dan Islam. Ini yang akan mengubah mindset, pelaburan besar bagi sebuah peradaban,” ujarnya dalam saluran YouTube Institut Muslimah Negarawan yang bertajuk Kesihatan Mental Masyarakat Urban Dalam Tekanan Ruang Kehidupan, Sabtu (23/11/2024).
Menanggapi teori third places berkaitan ruang kehidupan sosialisasi, beliau menjelaskan hal berkaitan ruang peribadi dan ruang umum dalam sistem sekular.
“Ruang pertama itu adalah rumah sebagai ruang peribadi (hayatul khas), ruang kedua (tempat kerja dan sekolah), ruang ketiga (kafe dan mal), serta ruang keempat (internet dan media sosal) adalah ruang umum (hayatul aam),” katanya.
Beliau menerangkan, dalam ruang pertama (rumah), banyak masalah terjadi berkaitan peranan ibu, isteri atau suami. “Sedangkan Islam begitu teliti mengatur sebuah keluarga,” jelasnya.
“Ketika mengelola keluarga, ramai yang tidak faham bagaimana memainkan peranan menjadi seorang ibu atau suami. Tidak tahu bagaimana mengelola rumah. Rumah hanya sebagai bangunan fizikal,” ujarnya.
“Islam sangat detail mengatur bagaimana peranan lelaki, peranan wanita, bagaimana membangun keluarga termasuk mendidik anak tanpa kemudian melupakan ruang untuk perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi,” ujarnya lagi.
Berkaitan ruang umum, beliau juga menjelaskan berbagai permasalahan terjadi dari ruang kedua hingga ruang keempat.
“Ruang kedua, penyebab stresnya tinggi. Jalan sesak ke tempat kerja, bos yang toksik, pekerjaan yang membosankan. Ruang ketiga, kafe, mall, atau gym. Healing zone banyak tetapi stres dan kemurungan, bukan semakin berkurang,” katanya.
Beliau pun menyatakan bahawa ruang keempat juga mempunyai peranan yang luar biasa pada penyebaran berita-berita domestik. “Sekarang yang viral berita yang toksik kerana kita dibuat menjadi masyarakat yang lebih peduli dengan urusan domestik, urusan ranjang rumahtangga orang. Jadi urusan umum kita tidak pedulikan,” tuturnya.
Beliau menegaskan pentingnya peraturan dan peranan Muslim dalam penyelesaian terkait persoalan-persoalan umum. “Banyak urusan umum seperti isu ketidakseimbangan, persekitaran, banjir, keserakahan, dasar yang zalim, kalau bercakap politik ada oligarki. Justeru pentingnya peraturan dan peranan setiap Muslim dalam penyelesaian berhubung persoalan-persoalan umum,” tuturnya.
Beliau melanjutkan dengan memberikan contoh pengaturan kota Islam di kota Madinah, iaitu seperti tungku yang melebur (melting pot). Dengan diterapkan akidah dan syariat Islam, ruang kehidupan diisi dengan nilai-nilai Islam.
“Madinah itu sebenarnya, dengan diterapkan akidah dan syariat Islam akan melebur, kerana bicara value. Jadi, kota itu disebut melting pot, dia akan meleburkan kita ibaratnya kita dengan kitaran hidup; ruang satu, ruang dua, ruang tiga, dan ruang empat akhirnya dengan value yang ada itu bukan ruang yang hampa. Dalam ruang-ruang itu ada nilai, ada kejayaan, standard kebahagiaan yang diyakini,” katanya.
Sebagai perbandingan, beliau menyebut hancurnya peradaban terdahulu kerana terjadinya fasad (kerusakan) dalam ruang-ruang kehidupan.
“Al-Quran itu mengajarkan kita daripada tiga kaum, iaitu kaum ‘Ad, kaum Tsamud, dan kaum Firaun, ada kota dan peradaban. Yang menghancurkan kota dan peradaban mereka, bukan kota atau teknologi mereka yang canggih, tetapi adalah kerana perilaku (behaviour) mereka. Ada fasad, kerosakan, kemaksiatan, kesewenangan, dan kesombongan,” akhirinya.
Sumber: https://youtube.com/playlist?list=PLBpHiqvexaxCsDmzB5reNkYMN4Aaq28D8&si=3goRjJdG3OYCzyfC