[Kenyataan Media]
Hari Ini Gaza dan Yaman, Manakala Esok Seluruh Negeri Umat Islam, Melainkan Jika Tentera Mereka Mengisytiharkan Mobilisasi
(Terjemahan)
Pusat Pemerintahan Tentera A.S. (CENTCOM) mengumumkan bahawa pada petang Sabtu, 15 Mac 2025, mereka telah melancarkan siri serangan udara ke atas sasaran Houthi di Yaman. Mereka mendakwa telah menjalankan serangan udara yang menyasarkan Houthi di Yaman. Ia mendakwa telah melakukan serangan tepat terhadap sasaran Kumpulan itu di seluruh Yaman, dengan alasan untuk mempertahankan kepentingan Amerika, menghalang musuh, dan memulihkan kebebasan maritim, menurut kenyataannya. Menjelang petang Khamis, 20 Mac, puluhan serangan udara AS ke atas Yaman telah dilaporkan, mengakibatkan kematian 53 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain — kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Dijangkakan operasi ini akan berterusan selama beberapa minggu. Ini merupakan serangan pertama ke atas Yaman sejak perjanjian gencatan senjata antara entiti Yahudi dan Hamas di Gaza pada Januari lalu, susulan janji Trump untuk “menghapuskan mereka sepenuhnya.”
Amerika mengamuk di seluruh negeri umat Islam, mengugut, menakut-nakutkan dan membunuh sesuka hati, akibat ketundukan para penguasa Muslim yang pengecut yang bersekongkol, yang memakai jubah kehinaan dan keaiban. Merekalah yang bertanggungjawab atas bencana yang menimpa umat ini — merampas maruahnya, menjatuhkan martabatnya, dan merendahkan kedudukannya hingga tidak lagi ditakuti, tidak dipedulikan oleh kuffar yang melakukan pelbagai bentuk penyeksaan, pemindahan secara paksa, penderaan, pembunuhan dan genosid terhadapnya.
Wahai Muslimin: Amerika melaksanakan dasar penindasan untuk memaksakan rancangannya ke atas kalian — sama ada tunduk dan menyerah, atau diseksa dengan perang dan pembunuhan besar-besaran. Rentetan peristiwa yang berlaku dengan pantas, penderitaan yang semakin parah ke atas saudara kita di Gaza, dan hukuman Amerika terhadap sesiapa yang mengancam kepentingannya atau entiti Yahudi hanyalah usaha untuk menanamkan mentaliti kekalahan dan keputusasaan, agar tiada siapa berani mengubah realiti masa kini. Apa yang berlaku di Gaza dan Yaman hanyalah permulaan kepada apa yang mungkin menimpa negeri-negeri kalian yang lain, sekiranya kalian tidak bersatu dan menangkis serangan ini.
Wahai Tentera Muslimin: Bencana ini amat dahsyat. Tidak ada ketaatan kepada para penguasa yang tidak mempunyai legitimasi; sebaliknya mereka perlu disingkirkan, dan mobilisasi umum mesti diisytiharkan untuk membebaskan bumi Palestin yang diberkati dan seluruh wilayah umat Islam, demi mengakhiri keangkuhan dan jenayah Amerika, entiti Yahudi dan semua yang mengisytiharkan perang terhadap umat Islam, menumpahkan darah mereka, mencabuli kehormatan mereka, membunuh para wanita dan anak-anak mereka tanpa belas kasihan atas kelemahan mereka, serta menodai tempat-tempat suci mereka.
Jadilah tentera Allah yang melaluinya agama ini ditegakkan, bahaya musuh dijauhkan, kekuatan Islam dipelihara dan kesucian iman dilindungi. Berkorbanlahi kalian demi meninggikan kalimah Allah agar agama ini menjadi milik-Nya sepenuhnya. Janganlah kalian mencampakkan diri ke dalam kebinasaan dengan meninggalkan jihad, kerana tidak bergerak ketika diperlukan adalah antara dosa besar yang mendatangkan azab paling berat.
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنْ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلا قَلِيلٌ * إِلا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَاباً أَلِيماً وَيَسْتَبْدِلْ قَوْماً غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئاً وَاللهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu..”
[TMQ At-Taubah (9): 38–39]
Bahagian Muslimah
di Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir