[Kenyataan Media] Rayuan kepada Umat Islam dari Gaza yang Sedang Bergelut dengan Kehausan
Wahai Umat Islam dan para tentera! Gaza dahaga, tetapi tiada siapa yang memberinya air.
Wahai Umat Islam dan para tentera! Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, bulan di mana Al-Quran diturunkan dan kebenaran dipisahkan dari kebatilan. Gaza kehausan, tetapi tiada sesiapa yang memberikan air kepadanya.
Wahai Umat Islam dan para tentera! Penduduk Gaza sanggup mengabaikan kelaparan mereka! Hari ini, mereka yang berpuasa berdiri dalam barisan panjang di bawah terik matahari hanya untuk seteguk air. Mereka sedang menghadapi kematian akibat kehausan, tetapi tiada siapa yang dapat memberi mereka air.
Wahai Umat Islam dan para tentera! Bayi, warga emas, balu, ibu yang menderita kerana kehilangan anak-anak mereka, dan anak-anak yatim di Gaza tidak mempunyai air! Tetapi tiada sesiapa yang memberi mereka air!
Wahai Umat Islam dan para tentera! Setitis air pun tidak boleh diperoleh kerana semua sumber berada di bawah kawalan musuh. Penduduk tidak boleh mendapatkan air kerana bekalan bahan api telah diputuskan; mereka tidak boleh mengakses air kerana saluran air telah ditutup. Gaza dahaga, tetapi tiada siapa yang memberikan air kepadanya.
Wahai Umat Islam dan para tentera! Musuh telah menutup sepenuhnya sempadan Gaza; tiada siapa yang boleh masuk ke Gaza tanpa izin mereka. Sempadan Mesir juga telah disekat, sehingga air dan makanan tidak boleh melalui jalan tersebut. Akibatnya, Gaza dibiarkan tanpa air, tetapi tiada siapa yang membantu!
Wahai Umat Islam dan para tentera! Jika seorang wanita Muslim meminta seteguk air atas nama Allah dan demi persaudaraan sesama Islam, adakah kamu tidak akan menyeberangi gunung dan lautan untuk membantunya? Lalu bagaimana sekarang? Seluruh Gaza kehausan, tetapi tiada sesiapa yang memberinya air!
Wahai Umat Islam dan para tentera! Barang siapa yang tidur lena sementara jirannya kelaparan, dia telah jauh dari perlindungan Allah. Tetapi di manakah perlindungan Allah? Gaza kehausan, tetapi tiada siapa yang memberinya walau setitis air!
Wahai Umat Islam dan para tentera! Tangisan seorang anak kecil di Gaza, ketakutan seorang wanita miskin di sana, atau jeritan kebebasan yang bergema dari bumi suci itu sepatutnya cukup untuk menggerakkan kalian! Namun bagaimana sekarang? Gaza sedang dahaga, tetapi tiada siapa yang memberinya air!
Wahai Umat Islam dan para tentera! Yahud1 telah merampas Tanah Suci dan menyerang Gaza setelah menindas saudara-saudaramu. Membebaskan negara ini, membantu yang tertindas, dan menghentikan pertumpahan darah adalah kewajipanmu! Apakah tindakanmu sekarang? Gaza sedang kehausan, tetapi tiada siapa yang memberinya walau setitis air!
Wahai Umat Islam dan para tentera! Taat kepada pemimpin yang menghalang pembebasan Palestin dan mengabaikan bantuan adalah satu bentuk pemberontakan terhadap Allah yang memerlukan taubat. Apakah tindakanmu sekarang? Gaza tidak mempunyai air, tetapi tiada siapa yang menghulurkan bantuan!
Wahai Umat Islam dan para tentera! Jika seorang Muslim kehilangan nyawanya sedangkan kamu berada dalam kedudukan untuk membantu, kamu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Bagaimana dengan sekarang? Gaza kehausan, tetapi tiada siapa yang memberinya air!
Wahai Umat Islam dan para tentera! Jika kamu tidak bertindak hari ini, jika kamu tidak bangkit menjawab seruan Allah dan Rasul-Nya, jika kamu tidak menggulingkan para penguasa yang zalim dan tidak menuntut bela sebagaimana kamu menuntut bela terhadap entiti Yahud1, bagaimana kamu akan berhadapan dengan Allah kelak? Kamu telah meninggalkan Gaza tanpa air. Gaza dahaga, tetapi tiada siapa yang memberinya air!
Memberikan air dan bantuan kepada Gaza hari ini bukan dengan konvoi bantuan yang tertahan di sempadan menunggu izin musuh, tetapi dengan seorang pemimpin seperti Mutasim, Qutuz atau Salahuddin yang berkata:
“Kami telah tiba! Demi Allah, kami tidak akan meletakkan senjata sehingga kamu mendapat air dan tentera kami tiba di Masjid Al-Aqsa!”
Dengan pasukan tentera yang besar yang berkata, “Kami akan bertindak!” Barulah Gaza akan mendapat air. Jika tidak, Gaza akan terus kehausan, dan tiada siapa yang akan membantu!
“أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ
“Bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh, barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya.” [HR Bukhari No 6437]
#HizbutTahrir
Tanah Suci #Palestin
Pejabat Media
Diterjemah dari : hizb-ut-tahrir.info