[Kenyataan Media] Larangan Hijab Azerbaijan Membuktikan bahawa Sistem Sekular ialah Musuh Islam
(Terjemahan)
Protes meluas telah tercetus di Azerbaijan terhadap penguatkuasaan kerajaan ke atas larangan hijab di sekolah, yang telah menghalang pelajar dan guru yang memakai hijab daripada menghadiri kelas. Video yang beredar dalam talian menunjukkan murid-murid memeluk guru mereka dan menangis apabila mereka dihalang memasuki sekolah. Ramai pelajar memboikot kelas sebagai bantahan terhadap sekatan ini, sambil menuntut agar rakan sekelas mereka yang memakai hijab dibenarkan kembali meneruskan pengajian.
Pada 12 Oktober, menurut Kementerian Dalam Negeri, 37 orang yang terlibat dalam protes ini telah ditahan di Baku sahaja, manakala para aktivis melaporkan lebih 200 penahanan selainnya. Antara mereka yang ditangkap ialah Shahizyar Huseynova, seorang ibu yang ditahan selepas membantah di luar sebuah sekolah di Baku setelah anak perempuannya tidak dibenarkan masuk. Menurut suaminya, beliau telah ditahan selama empat bulan dan pertuduhan terhadapnya masih belum dinyatakan.
Ilkin Huseynov, seorang aktivis yang melancarkan sebuah platform dalam talian percuma yang menghubungkan guru sukarelawan dengan kanak-kanak yang disisihkan daripada sekolah, termasuk kerana memakai hijab, dilaporkan hilang pada 14 Oktober dan dipercayai telah ditahan oleh rejim.
Pada September tahun ini, Kabinet Menteri meluluskan Resolusi No. 309 yang meminda Perihal Pakaian Seragam bagi Pelajar Institusi Pendidikan Awam Negeri. Pindaan itu melarang pakaian di sekolah yang bercanggah dengan prinsip sekular pendidikan awam, selaras dengan asas sekular negara. Pada 9 Oktober, Jabatan Pendidikan Bandar Baku mengumumkan bahawa pihaknya akan mula memantau pematuhan sekolah awam terhadap kod pakaian sekular tersebut.
Wahai umat Islam! Tidakkah sudah jelas bahawa kepercayaan dan sistem sekular tidak mewakili kepercayaan kita? Sebaliknya, ia berulang kali menunjukkan permusuhannya terhadap agama kita, bercanggah secara asas dengan prinsip-prinsip dan hukum-hakam Islam, serta tidak mempunyai hak untuk memerintah bumi umat Islam.
Ia adalah suatu sistem yang mengusir kanak-kanak perempuan dan wanita daripada sekolah dan pekerjaan mereka hanya kerana mereka berpakaian dalam ketaatan kepada perintah Rabb mereka, dan memenjarakan umat Islam kerana mempertahankan agama mereka.
Ia adalah suatu sistem yang membenarkan segala jenis kemungkaran dalam masyarakat, termasuk arak dan hubungan terlarang, tetapi mengharamkan perkara yang baik dan mulia seperti memakai hijab.
Ia adalah suatu sistem yang percaya bahawa manusia, dengan akal mereka yang lemah dan tidak tetap, lebih berhak menentukan undang-undang bagi manusia berbanding Pencipta manusia, Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Ia adalah suatu sistem yang menyatakan bahawa agama tidak sepatutnya mempunyai tempat di sekolah, tempat kerja atau institusi awam, sedangkan Allah SWT telah menurunkan suatu agama yang hukum-hakamnya membentuk setiap aspek kehidupan — politik, ekonomi, kehakiman, sosial dan pendidikan — sehingga tidak boleh wujud pemisahan antara agama dengan negara:
“… dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.”
[TMQ An-Nahl (16): 89]
Sistem sekular gagal menjamin bahkan hak-hak asas wanita dan kanak-kanak perempuan Muslim. Sebaliknya, ia menafikan mereka pendidikan, pekerjaan dan bahkan kebebasan bergerak sekiranya mereka berpegang kepada pakaian Islam mereka.
Hal ini jelas kelihatan di negara-negara seperti Perancis, Belgium, Austria, Denmark, Azerbaijan dan negara-negara sekular lain yang telah melaksanakan larangan hijab dan niqab.
Bagaimanakah suatu ideologi atau sistem yang merampas hak-hak manusia yang dikurniakan Tuhan, memperlakukan mereka sebagai warga kelas kedua kerana kepercayaan agama mereka, serta mengetepikan prinsip dan kebebasannya sendiri demi kepentingan politik pihak yang memerintah, boleh digambarkan sebagai moden, bertamadun dan progresif?
Sebaliknya, semua ini menjadi bukti kepada ekstremisme sekularisme!
Sesungguhnya, sistem Islamlah yang mencerminkan dan mewakili kepercayaan rakyat Azerbaijan, yang 96% daripadanya adalah Muslim, dan sistem itulah yang akan melindungi agma mereka, menggalakkan ketaatan mereka kepada Allah SWT serta membantu mereka menunaikan semua kewajipan Islam mereka.
Sesungguhnya, hanya sistem inilah yang layak memerintah bumi ini dan seluruh bumi umat Islam!
Oleh itu, kami menyeru umat Islam Azerbaijan agar menolak sistem dan rejim sekular yang menindas ini, yang merosakkan kehidupan mereka, serta memberikan sokongan kepada penubuhan kepimpinan, sistem dan pemerintahan Islam di bawah Khilafah, berdasarkan manhaj Kenabian, yang akan menjadi penjaga agama mereka.
Bahagian Muslimah
Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
#Hijab #HijabisOurPride #Azerbaijan