[Kenyataan Media] Uyghur Juga Sebahagian daripada Umat Terbaik, Jangan Lupakan Mereka
Ketika kita menghampiri ulang tahun ke-104 kehancuran sistem Khilafah, umat Islam terus menerima berita tentang penindasan daripada musuh-musuhnya di mana-mana, dari Palestin hingga ke Syria, Sudan, Mesir, dan China, di mana umat Islam Uyghur mengalami penganiayaan dan sekatan yang teruk dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Walaupun media China mencegah siar secara sistematik mengenai kekejamannya di Turkestan Timur, beberapa berita tentang penderitaan orang Uyghur masih sampai kepada kita. Laporan-laporan ini menguatkan kepastian kita, hari demi hari, tentang urgensi kepada sebuah sistem Khilafah yang akan memulihkan maruah umat Islam dan melindungi mereka daripada segala bentuk pencerobohan.
Pada 20 haribulan ini, BBC menerbitkan laporan bertajuk “`Hell on earth’: China deportation looms for Uyghur held in Thailand” Laporan itu mengenal pasti 47 lelaki Muslim Uyghur yang ditahan oleh Thailand pada 2014 selepas melarikan diri dari penganiayaan di tanah air mereka. Salah seorang yang melarikan diri, seorang wanita Islam yang tinggal di Turki sejak 2015, dibenarkan meninggalkan Thailand bersama tiga anaknya tetapi tanpa suaminya. Sekarang, dia takut jika dia dihantar pulang ke China, dia tidak akan berjumpa dengannya lagi.
Perlu diingat bahawa pada 2015, Thailand telah menghantar pulang sekumpulan pelarian Uyghur secara paksa ke China. Mereka dirakam dengan bertutup kepala, dibelenggu, dan dikelilingi oleh sebilangan besar pegawai polis China. Nasib mereka masih tidak diketahui, dengan laporan menunjukkan bahawa mereka menghadapi perbicaraan rahsia dan hukuman penjara yang panjang.
Penjara jangka panjang adalah salah satu kaedah China untuk menindas orang Islam, mengada-adakan tuduhan seperti “membaca atau mengajar al-Quran” dan “mempelajari ajaran Islam.” Uyghur Muslim dilucutkan hak mereka di China, dan para wanita Muslim tidak mendapat perlindungan daripada apa yang dipanggil organisasi feminis atau konvensyen seperti CEDAW. Pada Jun tahun lalu, China menahan Selihan Rozi, seorang wanita Muslim berusia 49 tahun, kerana mengajar ayat al-Quran kepada anak-anak dan jirannya untuk solat. Dia dijatuhi hukuman penjara tujuh belas tahun! Seorang pegawai Parti Komunis tempatan memberitahu Radio Free Asia bahawa dia dipenjarakan kerana “aktiviti keagamaan haram.”
Wanita di China dipenjarakan selama bertahun-tahun hanya kerana membaca ayat al-Quran, walaupun ia merupakan hak asasi manusia yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa, undang-undang yang nampaknya hanya dikuatkuasakan apabila menyasarkan Islam dan umat Islam. Sementara itu, lelaki Muslim ditangkap dan dihantar pulang secara paksa ke neraka yang pernah mereka lari, semuanya terpapar jelas pada pandangan dunia sepenuhnya, namun tiada siapapun yang membantah pencabulan terang-terangan hak asasi mereka untuk mengamalkan agama mereka dengan bebas.
Pada masa yang sama, kita telah melihat bagaimana kerajaan Barat bertindak pantas untuk mempertahankan kumpulan etnik kecil di Syria apabila mujahidin berjaya menumbangkan rejim yang telah menyeksa rakyatnya selama beberapa dekad.
Demikianlah hal ini menjadi jelas kepada sesiapa sahaja yang mempunyai mata untuk melihat bahawa serangan antarabangsa terhadap umat Islam berada di kemuncaknya, dan bahawa slogan hak asasi manusia dan hak minoriti hanyalah berhala yang mereka sembah apabila ia memenuhi kepentingan mereka, hanya untuk menginjak-injaknya apabila hak yang sama bertentangan dengan agenda mereka.
Tetapi, bagaimana dengan kita sendiri sebagai umat Islam? Selepas menyaksikan permusuhan, kemunafikan, dan pengabaian terhadap hak dan maruah kita, adakah orang yang rasional masih mengharapkan keadilan daripada mereka (hak asasi Barat dan badan antarabangsa)?
Uyghur Muslim, seperti seluruh Ummah, tetap rentan dengan ketiadaan negara yang membela mereka dan pemimpin yang melindungi mereka. Perkataan “Ahad! Ahad!” yang dilaungkan oleh Bilal (semoga Allah meredhainya) tidak melindunginya daripada sebatan Umayyah ibn Khalaf, namun, yang membebaskannya ialah Perjanjian Aqabah Kedua, Takbir Badar, dan pedang para Mujahidin yang membawa panji-panji Islam di bawah perlindungan sebuah negara.
Penderitaan yang ditanggung oleh umat dan kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim terhadap umat ini pada akhirnya akan membuka jalan bagi pembentukan struktur agung Islam, yakni Khilafah Rasyidah (Khilafah yang mendapat petunjuk yang benar), cahaya yang akan membimbing orang-orang yang tertindas dan api yang memakan orang-orang yang zalim, mengutuk mereka hingga hari kiamat.
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هُوَ ۖ قُلْ عَسَىٰٓ أَن يَكُونَ قَرِيبًۭا
Katakanlah: “Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!” Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya?” Katakanlah: “Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!” (TMQ Al-Isra [17]:51)
Bahagian Muslimah
di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir