[Siri Sinar Syawal] Menyebarkan Kebaikan
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليهوسلم :مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ, فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Barangsiapa yang menunjukkan satu kebaikan kepada seseorang maka dia mendapat pahala sebagaimana pahala yang diperoleh oleh orang yang melakukannya.”
(HR Muslim)
Hadis ini berisi kandungan yang agung dan termasuk jawâmi’ al-kalim. Jawâmi’ al-kalim adalah istilah untuk ungkapan yang disampaikan dengan bahasa yang singkat, namunmemberi makna yang luas, padat dan berisi. Hadis ini menjelaskan bahawa orang yang menunjukkan kepada orang lain suatu kebaikan atau suatu jalan hidayah, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang melakukannya.
Ini merangkumi hal dakwah dengan perkataan, seperti mengajar, memberikan nasihat, berfatwa serta dakwah melalui perbuatan. Apabila seseorang menunjukkan teladan yang baik dengan mengerjakan atau meninggalkan sesuatu kerana perintah Allah SWT, sebenarnya dia sedang menyeru dan mendakwahi manusia yang menyaksikannya.
Selain itu, dengan membimbing orang lain menuju kebaikan, dia sedang melakukan amarma’ruf nahi munkar seperti yang telah disuruh oleh Allah SWT. Begitu juga dengan anjuranbekerjasama dalam kebaikan dan takwa dengan menyebarkan adab serta hukum syariat Islam di antara individu dalam masyarakat. Walaupun terdapat kemungkinan ajakan kebaikan kitadipandang sepi atau enteng oleh masyarakat, tetapi sebagai Muslim kita perlu percayabahawa hidayah adalah milik Allah SWT. Tugas kita sebagai muslim adalah berusaha untukmenyampaikan risalahNya kepada semua umat manusia. Semoga segala kebaikan yang kitaserukan kepada masyarakat akan menjadi hujah kita dihadapan Rabb ketika dihisab kelak.