[Opini Muslimah Ideal] Pendidikan Melahirkan Generasi Berkeperibadian Islam
Dalam Islam tujuan pendidikan itu adalah untuk melahirkan individu individu yang berkeperibadian Islam, dan sekaligus menjadikan anak-anak kita ni adalah pelapis kepada generasi pemimpin yang akan datang. Dan kita tahu dalam Islam juga menjadikan qudwah hasanah (teladan yang baik) sebagai salah satu bentuk pendidikan dalam mendidik anak-anak, maka kita jadikan sirah dan juga sejarah sebagai rujukan dalam mendidik anak-anak. Dalam satu buku yang ditulis oleh Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, berjudul at-Tafkir, beliau menyatakan bahawa berfikir tidak akan wujud kecuali dengan adanya maklumat terdahulu. So, maklumat terdahulu itu (salah satunya) adalah sejarah. Sejarah adalah satu bentuk informasi dan ia boleh mempengaruhi siapa sahaja yang membacanya.
Puan Siti Zaidah
(Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak)
Forum Muslimah Ideal: Seni Membentuk Generasi Pemimpin