Membentuk Generasi Kuat dengan Al-Quran
Oleh: Hidayah Muhammad
Pemerhati Keluarga dan Generasi Ustazah Dedeh Wahidah menyatakan, ketika ingin membentuk generasi yang kuat dan tangguh, maka dekatkanlah anak-anak dengan al-Quran.
“Biasakan mereka untuk membaca al-Quran, untuk menghafal al-Quran dan tentu sahaja untuk mengamalkan al-Quran dan paling penting mereka dekat dengan al-Quran bukan untuk dipertandingkan, bukan sebagai kebanggaan, bukan sebagai prestasi di dunia tetapi mereka dekat dengan al-Quran agar al-Quran menjadi hujah bagi mereka, al-Quran menjadi saksi bagi mereka, bagi anak-anak kita,” ujarnya dalam saluran Youtube Muslimah Media Hub, bertajuk Rahasia Ketangguhan Anak Palestina, 12/5/2025 (Isnin).
Beliau menambah, ini yang dilihat daripada anak-anak Palestin bagaimana al-Quran itu menjadi rahsia membentuk kekuatan mereka.
“Satu rahsia dari anak-anak Palestin ini iaitu, mereka sentiasa dekat dengan al-Quran, mereka dari kecil sudah dibentuk, sudah dibiasakan untuk sentiasa menghafal al-Quran, belajar al-Quran dan tidak sedikit dari mereka yang masih di usia belia sudah hafal 30 juz Al-Quran. Bayangkan di tengah berkeceramuknya serangan Zionis, di tengah penderitaan, di tengah mungkin kesedihan kerana kehilangan orang-orang yang dicintainya, mereka tetap fokus, mereka tetap semangat untuk menghafalkan al-Quran, mempelajari al-Quran sehingga ini yang menjadi kekuatan mereka,” tambahnya.
Beliau menjelaskan, ini merupakan janji Allah SWT bagaimana keistimewaan akan diberikan kepada orang-orang yang sentiasa membaca al-Quran, mempelajari al-Quran dan tentu sahaja nanti akan mengamalkan al-Quran. Allah SWT berfirman dalam surah Fatir ayat 27 yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa membaca kitab Allah (al-Quran) dan menegakkan solat dan mereka menginfakkan dari harta mereka yang direzeki oleh Allah kepada mereka baik secara rahsia maupun secara terang-terangan mereka itu berharap perniagaan yang tidak pernah akan rugi.”
Beliau menyatakan, apabila seseorang melakukan sesuatu dengan harapan perniagaan tidak akan rugi, ini adalah dorongan yang luar biasa.
“Anak-anak Palestin merasakan apa yang mereka hilang, ibunya, bapanya, mungkin juga badan mereka dipotong, ada yang kehilangan kaki, ada yang rosak muka. Menurut orang lain, ini mungkin satu bentuk kerugian, itu bentuk kesia-siaan tetapi anak-anak Palestin begitu yakin bahawa apa yang menimpa mereka akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran pahala yang luar biasa, orang lain menganggap itu penderitaan, orang lain menganggap itu kerugian, tetapi anak-anak Palestin merasakan itu adalah harapan bahawa nanti mereka akan dibalas dengan keuntungan yang luar biasa iattu pahala dari sisi Allah,” ujarnya.
Beliau menyatakan, semangat dan harapan luar biasa ini perlu ada dalam diri anak-anak kita.
“Semangat dan harapan tentang pahala yang luar biasa ini perlu ada pada anak-anak kita, maka mereka akan terdorong untuk melakukan amal soleh, mereka akan terdorong untuk melakukan kebaikan, dorongannya bukan untuk mendapatkan reward daripada ibu bapanya, bukan kerana dia akan mendapat keuntungan material, tetapi kerana dia akan mendapat gelaran ‘Tijaratan Lan Tabur’ sebuah perniagaan yang tidak akan rugi. Yang dinamakan berniaga di dunia mungkin ada untung tetapi tidak sedikit ada kerugiannya. Tetapi apabila perniagaan itu berniaga dengan Allah, maka perniagaan itu tidak akan rugi,” ujarnya.
Beliau mengingatkan agar orang yang membaca al-Quran, memahami dan beriman kepada al-Quran, tidak boleh menghina al-Quran.
“Salah satu pelecehan al-Quran adalah mengingkari ayat yang memerintahkan kita berperang dengan orang kafir. Al-Quran memerintah kita mengusir penjajah, mengusir orang yang telah merampas harta milik kita, orang kafir yang telah membunuh orang Muslim. Al-Quran memerintahkan kita untuk ‘Faqtuluhum’ bunuhlah mereka di mana sahaja mereka membunuh kalian, jadi tidak ada istilah pendamaian. Yahudi Zionis wajib diusir, wajib diperangi sampai ke titisan darah terakhir kerana al-Quran memerintahkan demikian,” tegasnya.
Beliau menyimpulkan bahawa dekat dengan al-Quran adalah salah satu kunci untuk menjadi generasi yang kuat dan tangguh seperti kanak-kanak Palestin.
“Semangat anak-anak Palestin terus berkobar-kobar, semangat untuk memperjuangkan pembebasan Palestin terus wujud dalam diri mereka kerana mereka sentiasa bersama al-Quran. Kita harap anak-anak kita, termasuk kita apabila dekat dengan al-Quran, mempunyai semangat dan keberanian untuk memperjuangkan Islam secara menyeluruh, sebagaimana semangat saudara-saudara kita di Palestin,” simpulnya. []
Sumber: https://youtu.be/lsEy10Cn5Qc?si=F0hNZumosxzATEc5