[KENYATAAN MEDIA]
Bahagian Muslimah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir Melancarkan Kempen Global:
“Perang Sudan: Kisah Kolonialisme, Pengkhianatan, & Tipu Muslihat”
Konflik ganas di Sudan antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) yang dipimpin oleh Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang diketuai oleh Mohamed Hamdan Dagalo (“Hemedti”), yang sebelumnya adalah wakil al-Burhan di Dewan Kedaulatan, kini telah masuk tahun ketiga, meragut puluhan ribu nyawa orang awam yang tidak berdosa. Terdapat beberapa anggaran menyatakan jumlah kematian telah mencapai 150,000 orang, akibat kejahatan keji yang telah dilakukan oleh kedua belah pihak ini termasuk pembunuhan kejam, penyeksaan, dan pemerkosaan massa. Pembersihan etnik juga telah dilaporkan dengan pembunuhan massa/pembantaian terjadi di beberapa bandar, kampung, dan di kem-kem pelarian. Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk, menyatakan bahawa “Kengerian yang berlaku di Sudan tidak mengenal batas”.
Perang ini juga telah memicu krisis kemanusiaan global terbesar; krisis pelarian terbesar di dunia dengan lebih daripada 14 juta orang yang menjadi pelarian; dan krisis kelaparan terbesar di dunia dengan setengah daripada populasi 50 juta menghadapi kelaparan. Program Makanan Sedunia (WFP) mengesahkan adanya kelaparan di 10 lokasi, termasuk kem Zamzam, yang menjadi rumah bagi 400,000 pelarian, dan memperingatkan bahawa kelaparan tersebut dapat menyebar lebih jauh, sehingga jutaan orang berisiko menghadapi kelaparan, dan memicu “krisis kelaparan terbesar di dunia”. Kedua belah pihak menggunakan kelaparan sebagai senjata perang dengan menghalangi masuknya makanan ke wilayah yang dikuasai pihak lain. Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell mengatakan bencana kemanusiaan di Sudan “bukan hanya krisis, ini adalah polikrisis yang mempengaruhi setiap sektor, dari kesihatan dan gizi hingga air, pendidikan, dan perlindungan.”
Namun, pertumpahan darah dan bencana kemanusiaan akibat konflik ini belum mendapatkan perhatian global dan liputan media antarabangsa yang sepatutnya, dan upaya serius untuk mengakhiri pertumpahan darah juga belum dilakukan. Perang ini telah dipinggirkan, dilupakan, atau bahkan diabaikan kerana konflik di belahan dunia lain – dan digambarkan sebagai “krisis yang tak terlihat dan tersembunyi”.
Oleh kerana itu, Bahagian Muslimah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir telah melancarkan kempen global untuk menyoroti bencana kemanusiaan yang semakin memburuk dengan skala penderitaan, keganasan, dan penghinaan yang mengerikan yang menimpa rakyat Sudan. Kempen yang bertajuk: “Perang Sudan: Kisah Kolonialisme, Pengkhianatan, & Tipu Muslihat” juga akan membahas politik dan agenda tersembunyi di sebalik konflik yang sedang berlangsung ini, serta wilayah-wilayah dan negara antarabangsa yang terlibat dalam memicu dan mendukung perang ini demi kepentingan politik dan ekonomi mereka sendiri, dengan harapan mendapatkan keuntungan daripada kekayaan sumber daya alam dan kepentingan geopolitik Sudan yang besar. Kempen ini juga akan menjelaskan sejarah Sudan dan faktor-faktornya, termasuk campur tangan kolonial di wilayah tersebut dan pemerintahan oleh kediktatoran yang ditanamkan Barat, yang mendasari perpecahan suku, etnik, dan agama di antara rakyatnya dan memicu berbagai perang yang telah menghancurkan negara tersebut selama beberapa dekad, serta menyebabkan kegagalan ekonomi negara tersebut.
Dan akhirnya, kempen ini juga akan menyoroti bagaimana permasalahan politik, ekonomi, dan sosial Sudan, serta konflik yang sedang terjadi, tidak akan pernah dapat diselesaikan oleh sistem demokrasi yang terbukti gagal dalam memenuhi keperluan rakyat di berbagai belahan dunia, serta tidak bersuara atau bahkan terlibat dalam berbagai genosid, termasuk di Gaza, Kashmir, Myanmar, dan Syria. Sebaliknya, segala permasalahan yang dihadapi Sudan dan seluruh dunia Muslim hanya dapat diselesaikan di bawah perundangan, sistem, dan institusi Negara Khilafah yang telah terbukti melalui sejarah kemampuannya dalam menciptakan kemakmuran, kemajuan, dan sistem perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kelas satu, serta menjamin kerukunan antara kaum, etnik, dan kepercayaan agama yang berbeza untuk membangun negara yang maju dan stabil.
Ikuti kempen ini di laman rasmi berikut:
Facebook: Ht-cmo-ws
Instagram: WomenShariah5
X: @WSCMOHT1924
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَجِيبُواْ لِلّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُم لِمَا يُحْيِيكُمْ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Dia menyeru kamu kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepada kamu..” [TMQ Al-Anfal (8): 24]
Bahagian Muslimah
Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
#SudanCrisis #KrisisSudan
#AynalMuslimun