Nikah Muhallil (Perkahwinan Dengan Tujuan Menghalalkan Isteri yang Telah Ditalak Tiga)
Oleh: Ustaz M Taufik NT
Soalan: Apakah hukum bernikah dengan niat untuk membantu pasangan suami isteri yang telah bercerai dengan talak tiga, kemudian menceraikannya semula supaya wanita itu dapat kembali kepada suami pertamanya?
Jawapan:
Apabila seorang suami telah menceraikan isterinya dengan talak tiga, maka dia tidak boleh merujuk kembali kepada isterinya melainkan wanita itu telah berkahwin dengan lelaki lain dan telah melakukan hubungan suami isteri dengannya.
Firman Allah SWT:
فَإِنْ طَلَّقَهَا فَلاَ تَحِل لَهُ مِنْ بَعْدُ حَتَّى تَنْكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ
“Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain.” [TMQ al-Baqarah (2):230]
Diriwayatkan daripada Aisyah RA, bahawa seorang lelaki menceraikan isterinya dengan talak tiga. Kemudian wanita itu berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan juga [1]. Lalu Nabi SAW ditanya sama ada wanita tersebut sudah halal kembali untuk suami pertamanya. Baginda menjawab:
لَا، حَتَّى يَذُوقَ عُسَيْلَتَهَا كَمَا ذَاقَ الْأَوَّلُ
“Tidak, sehingga suami kedua itu merasai kemanisannya sebagaimana suami pertama telah merasainya.” [HR al-Bukhari]
Seorang wanita yang telah ditalak tiga tidak boleh dinikahi semula oleh suami pertamanya melainkan setelah memenuhi lima syarat berikut [2]:
- Tempoh iddah dari suami pertama telah tamat.
- Wanita itu telah berkahwin dengan lelaki lain dalam perkahwinan yang sah.
- Suami baru telah melakukan hubungan kelamin yang sebenar dengan isteri tersebut.
- Suami baru tersebut menceraikannya secara sah.
- Tempoh iddah isteri dari suami kedua telah tamat.
Nikah Muhallil dan Hukumnya
Nikah Muhallil atau juga disebut sebagai Nikah Tahlil, ialah perkahwinan yang bertujuan menghalalkan wanita yang telah ditalak tiga untuk kembali kepada suami terdahulu.
Perkahwinan seperti ini boleh menjadi haram atau tidak sah dalam beberapa keadaan:
- Disyaratkan dalam akad bahawa suami baru tidak akan menyetubuhi isteri tersebut.
- Ditentukan tempoh masa akad, menjadikan ia seperti nikah kontrak atau nikah mut’ah, yang diharamkan.
- Dalam akad ditakliq atau disebut: “Jika aku menyetubuhi kamu, maka kamu tertalak tiga”, menjadikan dia talak automatik [3].
- Dalam akad disebutkan bahawa tujuan nikah adalah untuk menghalalkan isteri tersebut kepada suami pertama.
Berkaitan dengan ini, Imam at-Tirmizi meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA.:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُحِلَّ وَالْمُحَلَّلَ لَهُ- قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menjadi muhallil (suami kedua) dan lelaki yang meminta agar dihalalkan isterinya (suami pertama).” [4]
Abu Isa (Imam at Tirmidzi) berkata; “Ini merupakan hadis hasan sahih”
Sekiranya tidak disebut dalam akad, tetapi hanya diniatkan dalam hati bahawa suami kedua akan menceraikan isteri tersebut agar boleh kembali kepada suami pertama, maka menurut mazhab Hanafi dan Syafie, nikah tersebut sah. Menurut mazhab Syafie, hukumnya adalah makruh kerana dalam muamalah, niat tidak membatalkan akad selagi tidak dizahirkan [5].
Dalam I’anatuth Thalibin [penjelasan kitab Fathul Mu’in, (3/321)] dinyatakan:
)قوله: ولا مع تأقيت) معطوف على مع تعليق: أي ولا يصح النكاح
مع توقيته.
قال ع ش: أي حيث وقع ذلك في صلب العقد، أما لو توافقا عليه قبل ولم يتعرضا له في العقد لم يضر، لكن ينبغي كراهته
(perkataannya: wa laa ma’a ta-qît), di athafkan kepada ma’a ta’lîq: maksudnya dan tidak sah nikah dengan penyebutan jangka waktu berlakunya nikah.
Berkata (yakni Syaikh ‘Ali bin Asy-Syibromalisy, wafat 1087 H): maksudnya ketika terjadi hal tersebut (penyebutan jangka waktu) pada ijab qabul (shalbul ‘aqd), adapun jika mereka berdua sepakat atas jangka waktu tersebut sebelum terjadinya akad dan tidak menyebutkannya dalam akad maka tidaklah membahayakan (merosakkan) kesahihan nikah, akan tetapi hendaklah dibenci hal tersebut (makruh).
Oleh itu, jika niat tahlil hanya disimpan dalam hati, tanpa disebut dalam akad, dan tiada syarat atau takliq tahlil, maka hukumnya seperti nikah biasa, dan jika suami kedua tidak mahu menceraikannya, perkahwinan itu kekal sah.
Namun, menurut mazhab Maliki dan Hanbali, nikah tahlil adalah batal, walaupun hanya diniatkan, jika pasangan telah berpakat sebelum akad. Mereka berpegang kepada prinsip “saddu adz-dzaroi” (menutup pintu kepada kerosakan) [6]. Wallaahu a’lam.
[1] Dalam riwayat muslim disebutkan, قَبْلَ أَنْ يَدْخُلَ بِهَا (sebelum wanita tersebut ‘dicampurinya’)
[2] Mausu’ah fiqhiyyah, merukuk ke:
كِفَايَة الأَْخْيَار 2 / 109، وَالْحَاوِي الْكَبِير للماوردي 11 / 455، وَالْمُغْنِي لاِبْن قُدَامَة 6 / 646، وَالشَّرْح الصَّغِير 2 / 415 وَمَا بَعْدَهَا، وَابْن عَابِدِينَ 2 / 537 وَمَا بَعْدَهَا
[3] Ini pandangan Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah, serta Abu Yusuf dari Hanafiyyah. Madzhab hanafi memandang nikahnya sah, hanya saja syaratnya tidak berlaku.
[4] وَقَدْ أَوَّل الْحَنَفِيَّةُ اللَّعْنَ الْوَارِدَ فِي شَأْنِ الْمُحَلِّل بِتَأْوِيلاَتٍ أُخْرَى مِنْهَا: أَنَّ اللَّعْنَ عَلَى مَنْ شَرَطَ الأَْجْرَ عَلَى التَّحْلِيل، وَقَال ابْنُ عَابِدِينَ: وَاللَّعْنُ عَلَى هَذَا الْحَمْل أَظْهَرُ، لأَِنَّهُ كَأَخْذِ الأُْجْرَةِ عَلَى عَسْبِ التَّيْسِ وَهُوَ حَرَامٌ، وَيُقَرِّبُهُ أَنَّهُ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ سَمَّى الْمُحَلِّل بِالتَّيْسِ الْمُسْتَعَارِ.
[5] الزَّوَاجُ بِقَصْدِ التَّحْلِيل:
11 – ذَهَبَ الْحَنَفِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ إِلَى أَنَّ الزَّوَاجَ بِقَصْدِ التَّحْلِيل – مِنْ غَيْرِ شَرْطٍ فِي الْعَقْدِ – صَحِيحٌ مَعَ الْكَرَاهَةِ عِنْدَ الشَّافِعِيَّةِ، وَتَحِل الْمَرْأَةُ بِوَطْءِ الزَّوْجِ الثَّانِي لِلأَْوَّل؛ لأَِنَّ النِّيَّةَ بِمُجَرَّدِهَا فِي الْمُعَامَلاَتِ غَيْرُ مُعْتَبَرَةٍ، فَوَقَعَ الزَّوَاجُ صَحِيحًا لِتَوَافُرِ شَرَائِطِ الصِّحَّةِ فِي الْعَقْدِ، وَتَحِل لِلأَْوَّل، كَمَا لَوْ نَوَيَا التَّأْقِيتَ وَسَائِرَ الْمَعَانِي الْفَاسِدَةِ.
[6] وَذَهَبَ الْمَالِكِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ إِلَى أَنَّ الزَّوَاجَ بِقَصْدِ التَّحْلِيل – وَلَوْ بِدُونِ شَرْطٍ فِي الْعَقْدِ – بَاطِلٌ، وَذَلِكَ بِأَنْ تَوَاطَأَ الْعَاقِدَانِ عَلَى شَيْءٍ مِمَّا ذُكِرَ قَبْل الْعَقْدِ، ثُمَّ عُقِدَ الزَّوَاجُ بِذَلِكَ الْقَصْدِ، وَلاَ تَحِل الْمَرْأَةُ بِهِ لِزَوْجِهَا الأَْوَّل، عَمَلاً بِقَاعِدَةِ سَدِّ الذَّرَائِعِ. وَلِحَدِيثِ: لَعَنَ اللَّهُ الْمُحَلِّل وَالْمُحَلَّل لَهُ