[Khilafah Rasyidah] Metode Menghadapi Perang Fizikal dan Bersikap Teguh di Dalamnya (Bahagian 1/6)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
Kami telah menyebutkan bahawa perang fizikal yang dikobarkan oleh negara-negara kafir melawan Khilafah Islamiah yang telah dijanjikan akan terfokus pada tiga perkara utama:
Pertama, provokasi atau pengerahan kekuatan-kekuatan para penguasa kaki tangan Barat, khususnya yang bertetangga dengan Daulah.
Kedua, pemanfaatan pangkalan-pangkalan tentera yang berhampiran dengan Daulah, seperti pangkalan tentera Dahran, Khafjah, Naqab, atau pangkalan-pangkalan rahsia yang tidak kita ketahui.
Ketiga, pembentukan koalisi ketenteraan antarabangsa melalui provokasi dan pengerahan kekuatan kaum kafir menggunakan organisasi antarabangsa seperti PBB.
Tiga perkara inilah yang paling banyak akan dimanfaatkan negara-negara kafir untuk melawan Daulah Islamiah pada saat awal berdirinya daulah. Negara-negara kafir dalam perang tersebut akan melakukan penyesatan dengan jalan apa pun yang boleh mereka tempuhi, kepada bangsa-bangsa kafir atau bangsa-bangsa di dunia Islam. Sebabnya, peperangan secara frontal kemungkinan akan mendatangkan pengaruh negatif bagi negara-negara kafir, khususnya di negeri-negeri Islam.
Adapun metode untuk menghadapi dan bersikap teguh dalam menghadapi bahaya yang brutal dan zalim itu boleh dijelaskan dalam poin-poin berikut:
- Mobilisasi Umum secara Fizikal dan Maknawi
Yang dimaksud mobilisasi umum adalah keadaan atau situasi yang bersamanya atau dengannya, umat sedia menghadapi bahaya apa pun yang hadir. Mobilisasi umum ini adalah aktiviti membangkitkan semangat, potensi, dan segala kemampuan, serta kekuatan yang dimiliki umat, baik secara fizikal mahupun maknawi, untuk menghadapi bahaya dan bersikap teguh dalam menghadapinya.
Perkara pertama dalam masalah mobilisasi adalah memahamkan majoriti masyarakat di dalam Daulah terhadap dua perkara penting. Pertama, memahamkan masyarakat tentang hakikat Daulah yang telah berdiri, tujuan-tujuannya, dan pentingnya pengorbanan apa saja demi kelangsungannya. Semua itu perlu dikaitkan dengan pemahaman tentang pahala dan seksaan.
Kedua, memahamkan masyarakat tentang apa yang diinginkan oleh kaum kafir dalam perang fizikal melawan Daulah. Hal ini perlu dikaitkan dengan ayat-ayat dan hadis-hadis yang membicarakan tentang hakikat-hakikat ini. Ia juga hendaklah dikaitkan dengan sirah Rasulullah SAW, serta usaha-usaha kaum kafir untuk menghancurkan Daulah Islamiah yang pertama.
Untuk perkara kedua, para pelaksana urusan negara wajib menjelaskan makna permasalahan utama (qadhiyah mashiriyah). Juga wajib menjelaskan bahawa Daulah Islamiah dan mempertahankannya merupakan permasalahan utama yang wajib diadopsi umat dengan sikap hidup atau mati.
Dengan semua itu, umat akan memahami bahawa hanya Daulah Islamiah yang akan mengangkat mereka dari keadaan rendah dan mundur yang mereka alami. Umat akan memahami bahawa hanya Daulah Islamiah yang akan mengeluarkan mereka dari kemiskinan serius dan ketundukan kepada negara-negara imperialis. Umat akan memahami bahawa Daulah Islamiah yang akan mempertahankan seluruh potensi dan kekayaan mereka, baik fizikal mahupun maknawi.
Umat juga memahami bahawa hanya Daulah Islamiah yang akan melindungi akidah dan hukum-hukum agama. Oleh itu, melindungi Daulah Islamiah hakikatnya adalah melindungi akidah dan agama Islam, melindungi kehormatan umat, serta segala potensi, kekayaan, tempat-tempat suci, dan cara hidup mereka. Perkara ini wajib menjadi permulaan bagi aktiviti mobilisasi umum.
Hal-hal yang akan dilakukan oleh khalifah dan para pembantunya boleh diringkaskan dalam perkara-perkara berikut:
Pertama, membangkitkan semangat dalam diri seluruh rakyat melawan kekufuran, pemahaman-pemahaman kufur, dan negara-negara pengusungnya. Dalam rangka mewujudkan tujuan ini, segala bentuk sarana media dan komunikasi dengan masyarakat mesti digunakan, melalui pidato-pidato atau khutbah yang penuh semangat, pelbagai pertemuan dan diskusi secara berterusan, siang dan malam, sepanjang masa persiapan dan mobilisasi umum.
Aktiviti yang terorganisasi dengan baik ini difokuskan untuk menanamkan pemahaman-pemahaman takwa dalam diri umat, menanamkan pemahaman kebergantungan penuh keyakinan dengan Allah SWT, dan tawakal yang baik kepada-Nya. Ia juga memfokuskan untuk memahamkan umat cara mengaitkan sebab-akibat dengan tawakal kepada Allah Ta’ala.
Begitu juga seluruh umat, baik yang berada di bawah kekuasaan Daulah Islamiah, atau yang berada di luar wilayah kekuasaan daulah, diseru kepada ketakwaan yang terus menerus dan memanjatkan doa. Ini kerana doa orang yang teraniaya adalah mustajab. Generasi muslim awal, jika ditimpa suatu perkara, mereka segera kembali kepada Allah SWT dengan banyak melaksanakan ketaatan, doa, puasa, dan bermunajat secara terus menerus.
Ketika Salahuddin rahimahullah ingin membebaskan masjid Al-Aqsa daripada najis kaum Salibis, dia menyeru pasukannya untuk menunaikan solat malam, banyak berdoa, dan bermunajat kepada Allah, disertai dengan tetap mengambil sebab-sebab pembebasan itu secara sempurna. Ketika Muhammad al-Fatih rahimahullah hendak membebaskan Konstantinopel, dia memerintahkan bala tenteranya untuk berpuasa tiga hari sebelum melakukan serangan, disertai solat dan takbir sepanjang malam dan siang hari hingga Allah meneguhkannya dengan memberikan pertolongan yang nyata.
Satu hal mendasar untuk melaksanakan tugas penting ini mestilah dipilih orang-orang yang paling utama (mahir/pakar). Mereka adalah orang-orang yang telah mendapatkan pengetahuan secara pemikiran dan menguasai seni menyampaikan pemikiran dengan metode yang paling baik, seperti para orator (para khatib), para penulis, dan insan-insan media yang ikhlas, tokoh-tokoh masyarakat, dan orang-orang yang memiliki kedudukan terhormat.
Kedua, menyeru masyarakat umum dengan perancangan yang baik untuk menghimpunkan segala potensi fizikal di bawah pengelolaan Daulah. Keadaan ini merupakan keadaan yang menjadi kepentingan setiap individu rakyat. Pada dasarnya, seperti yang telah kami sebutkan, keadaan ini harus disikapi sebagai perkara hidup atau mati. Maksudnya, setiap individu harus mengorbankan diri dan hartanya.
Hukum asal bagi setiap Muslim dalam keadaan ini, sepatutnya dia mencurahkan segala potensi fizikal yang ada padanya di atas keperluan asas dalam rangka mobilisasi umum ini. Orang yang mampu mengerahkan hartanya, hendaklah dia mengerahkan hartanya. Orang yang mampu menyumbangkan persenjataan dan sokongan logistik, hendaklah dia menyumbangkan persenjataan dan sokongan logistik. Para petani boleh menyumbangkan hasil pertanian yang mungkin mereka boleh sumbangkan. Para penternak boleh menyumbangkan haiwan ternakan mereka, kelebihan dari keperluan asas mereka. Wanita yang memiliki perhiasan emas, maka ketentuan asalnya adalah dia hendaklah menyumbangkan perhiasan tersebut demi mobilisasi umum ini.
Orang-orang yang menjalankan urusan ini mencatat segala potensi fizikal yang disumbangkan, bersama dengan nama mereka yang menyumbangkan. Hal ini supaya pada masa hadapan, Daulah boleh memberikan ganti kepada sesiapa sahaja yang meminta penggantian hartanya.
Ketiga, menyeru semua orang yang memiliki kemampuan untuk turut serta dalam usaha pertahanan dan peperangan, baik mereka yang termasuk anggota pasukan regular mahupun pasukan cadangan, atau pun selain mereka yang menguasai teknik berperang. Mereka semua diseru untuk bergabung dalam mobilisasi masyarakat dan melatihnya agar menguasai teknik-teknik perlawanan dan peperangan.
Siapa yang mampu melatih ketenteraan, hendaklah dia melatih ketenteraan. Siapa yang boleh melakukan mobilisasi secara maknawi, hendaklah dia melakukannya. Siapa sahaja yang mampu memberikan pengarahan dan nasihat untuk menghadapi krisis-krisis yang berlaku, hendaklah dia melakukannya. Begitulah seterusnya.
Keempat, mengaktifkan semua potensi umat dengan segala bentuk dan lapangannya, baik pertanian mahupun industri. Sebabnya, perang memerlukan sokongan, peralatan, dan logistik yang berterusan. Peperangan juga memerlukan umat secara umum untuk menyediakan pelbagai keperluan penting, khususnya keperluan asas. Dalam hal ini, fokuskan usaha untuk membangkitkan aspek keyakinan dalam beraktiviti dan dalam menggelorakan kerinduan umat Islam untuk meraih kemuliaan dan kehormatan di dunia, serta syurga dan Negeri Akhirat.
Kelima, menyebarkan dan menumbuhkan semangat persaudaraan di antara masyarakat. Hal ini adalah sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam menghadapi serangan brutal dari pihak Quraisy dan kabilah-kabilah Arab. Sesungguhnya persaudaraan akan banyak meringankan beban Daulah dalam memenuhi keperluan masyarakat.
Inilah secara ringkas pelbagai perkara dalam mobilisasi umum di dalam negara yang mungkin dilakukan oleh para pemegang urusan umat untuk menghadapi pelbagai bahaya dan mewujudkan persiapan sebaik-baiknya.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.