[Siri Adab Keluarga]
Ganjaran Thuba Bagi Anak Berbakti Pada Ibu Bapa
Dari Sahl bin Muadz, dari ayahnya bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Berbahagialah orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya kerana Allah akan menambah panjang umurnya.” (HR. Muslim)
Penjelasan:
Hadis ini menyatakan bahawa berbakti kepada orang tua merupakan sebab keberkatan dan dipanjangkan umur. Dari Rassyul Barad oleh Sheikh Dr Muhamad Luqman as Salafi menjelaskan bahawa keberuntungan itu turut membawa makna Thuba iaitu nama syurga atau sejenis pohon di syurga. Ini bermakna bahawa orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya berhak memasuki Thuba, iaitu syurga yang khusus untuk golongan tertentu.
#KeluargaMuslimIdeal
#AdabKeluarga
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat