[Khilafah Rasyidah] Embargo Politik, Ekonomi, dan Intelektual (Bahagian 1/3)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
Jenis ketiga dari cabaran luar negeri adalah embargo dalam tiga bentuk, iaitu ekonomi, politik, mahupun intelektual.
Jenis cabaran ini merupakan sebahagian dari bentuk peperangan kejam yang akan diumumkan oleh negara-negara kafir terhadap Daulah Islamiah yang telah dijanjikan. Embargo itu bermaksud untuk menghancurkan Daulah Islam dan menghalanginya agar tidak bertambah kuat, tegar, dan meluas kekuasaannya.
“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.” (TMQ At-Taubah: 32).
Jenis cabaran luar negeri ini akan beriringan dengan perang fizikal, serta politik penyesatan dan pengaburan. Embargo ini akan menjadi pendahuluan atau sebaliknya sebagai akhir kedua bentuk perang tersebut. Hal itu tergantung pada rancangan politik penuh kedengkian yang difikirkan dan disusun strateginya oleh Barat.
Akan tetapi pada lazimnya ketiga jenis tersebut berlangsung pada waktu yang sama. Hal itu untuk mempercepat hancurnya cahaya baru yang mulai bersinar (Daulah Islamiah) menurut angan-angan dan perhitungan mereka.
Dalam apa jua keadaan, sama ada jenis embargo ini berjalan seiring dengan jenis yang lain atau menjadi pendahuluan atau susulan, perlu disusun deskripsi yang sahih mengenai pelbagai langkah, saluran, dan cara yang mungkin digunakan oleh Barat dalam hal tersebut. Juga perlu ditetapkan penyelesaian syarie, strategi, dan cara-cara menghadapinya.
Namun, sebelum kita membicarakan masalah embargo yang mungkin berlaku ini, hendaklah ada pemahaman mengenai fakta embargo, serta perlu disebutkan beberapa bentuknya berdasarkan pengalaman masa lalu.
Embargo (al-hishar) menurut bahasa Arab, di dalam Ash-Shihah oleh Al-Jawhari dinyatakan, hasharahu yahshuruhu, ertinya adalah dhayyaqa ‘alayh (menimpakan kesempitan ke atasnya). Al-hashir ialah adh-dhayyiq al-bakhil (yang sempit dan bakhil). Al-hashir juga ialah al-milk kerana ia terhijab. Al-hashir juga bermakna al-mahbas (penjara/tahanan).
Allah SWT berfirman, “Dan Kami jadikan Neraka Jahanam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman.” (TMQ Al-Isra’: 8).
Al-hasharu bermaksud dhayyiqu ash-shadr (sempit dada). Dikatakan, hasharat shudûruhum, yakni dhâqat (dada mereka sempit). Juga bermakna al-man’u (halangan). Allah SWT berfirman, “Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau kerana sakit).” (TMQ Al-Baqarah: 196).
Jika kalian terhalang dari menunaikan haji kerana suatu halangan berupa sakit, musuh, atau yang lain. Makna al-hishar (embargo) ini menuntun kita untuk menjelaskan fakta embargo yang mungkin berlaku secara nyata.
Halangan, penyempitan dan penahanan mesti menggunakan kaedah yang digunakan oleh negara kafir untuk ia berlaku secara nyata.
Berikut ini sarana dan cara yang digunakan dalam masalah embargo:
- Undang-undang antarabangsa. Ini adalah pembuatan ketetapan antarabangsa yang mengikat negara-negara anggota PBB. Dengan demikian, negara-negara imperialis besar yang memusuhi Islam dan seluruh negara Arab mahupun non-Arab yang ada di dunia Islam menjadi terikat untuk melaksanakan embargo antarabangsa terhadap sesebuah negara yang keluar dari keinginan mereka, iaitu Daulah Islamiah.
Hal itu dilakukan dengan penetapan langkah-langkah praktikal untuk memantau embargo dan penetapan sanksi atau hukuman berupa sekatan terhadap negara yang melanggarnya. Piagam PBB telah menyatakan perkara ini dalam Perkara 4. Dalam Perkara tersebut dinyatakan, “Majlis Keselamatan mempunyai hak menjatuhkan sanksi udara dan darat terhadap mana-mana negara yang mengancam keamanan antarabangsa.” Perkara 16 pula menyatakan, “Majlis Keselamatan mempunyai kuasa untuk menetapkan polisi-polisi yang bersifat mengikat bagi negara-negara anggota PBB untuk menghentikan hubungan ekonomi, pengangkutan darat, udara, pos, telegram, dan secara total, sama ada keseluruhan atau sebahagian, terhadap pihak yang mengancam keamanan atau melakukan pencerobohan” (Avo Wahab al-Kayali, al-mawsu’ah as-siyasiyah, iv/135).
Contoh sanksi yang dijatuhkan melalui badan antarabangsa ialah sanksi terhadap Itali pada 1935 melalui ketetapan PBB dan sanksi terhadap Rhodesia pada 1968 melalui ketetapan Majlis Keselamatan. Begitu juga sanksi yang dijatuhkan oleh Amerika Syarikat melalui PBB terhadap Libya pada 1992 disebabkan tuduhan terhadap rakyat Libya atas letupan pesawat Pan Am di atas Lockerbie di Scotland pada 1988.
Demikian juga sanksi yang dijatuhkan oleh Amerika Syarikat dan Eropah terhadap Libya pada 1986 atas tuduhan bahawa Libya mendukung kumpulan-kumpulan pengganas. Juga sanksi yang dijatuhkan Amerika Syarikat melalui PBB terhadap Iraq dalam satu embargo yang terkenal pada 1990–1991, iaitu setelah berakhirnya perang teluk pertama.
Dalam situasi ketika dijalankan aktiviti antarabangsa itu untuk menentang Daulah Islamiah, maka negara-negara jiran Daulah Islamiah atau negara-negara yang jauh, dilarang melakukan transaksi atau hubungan perdagangan, pertukaran, bantuan, dan dukungan tertentu mahupun tidak tertentu. Semua negara tersebut dilarang memberikan semua itu kepada Daulah Islamiah, baik secara terang-terangan mahupun rahsia.
- Melalui negara-negara kaki tangan penjajah, khususnya negara-negara jiran dan yang ada di sekeliling Daulah Islamiah. Tindakan ini akan diambil dengan cepat tanpa perlu merujuk kepada ketetapan PBB. Akan tetapi cukup dengan isyarat dari negara-negara besar, seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan lainnya. Jenis ini merupakan jenis embargo yang paling berbahaya dan paling banyak mendatangkan bahaya terhadap Daulah Islamiah.
- Melalui jalan paksaan tindakan penggunaan kekuatan militer. Hal itu seperti yang dilakukan oleh beberapa negara pada Perang Dunia II, seperti Jerman melawan Rusia dalam embargo Leningrad pada Perang Dunia II. Embargo itu berlangsung selama 872 hari. Sebanyak sejuta orang mati selama embargo tersebut.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.