[Khilafah Rasyidah] Penerapan Islam secara Revolusioner (Bahagian 3/3)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 2/3)
Pada hakikatnya, aspek praktikal kadangkala memakan waktu, khususnya ekonomi dan pendidikan, juga pembebasan dan penyatuan berbagai negeri. Akan tetapi, hal itu sama sekali tidak bermakna perlu mempertahankan realiti haram sebelumnya, melainkan wajib dihapus seraya tetap mempertahankan hal-hal yang tidak keluar dari perkara-perkara syarie.
Tidak boleh sama sekali mempertahankan perkara yang haram, semisal bank atau program-program pendidikan yang berhubungan dengan imperialis. Hal-hal itu dihentikan sedari awal bermulanya Daulah.
Pada hakikatnya, masalah persiapan praktikal dalam amalan atau tindakan penerapan itu di dalamnya wajib diperhatikan hal-hal berikut:
Pertama, penghentian segala hal yang berkaitan dengan keharaman, seperti bank-bank ribawi dan lainnya. Juga mempertahankan perkhidmatan (iaitu sesuatu yang mana keberadaan dan kelansungannya penting untuk masyarakat sebelum ini berkaitan dengan institusi kewangan dan institusi lainnya, sama ada kontrak, amanah, muamalah komersial, atau hal ehwal masyarakat yang lain) di dalam institusi-institusi tersebut hingga sempurna penghapusan secara total dan penggantiannya.
Kedua, syarikat swasta yang menguruskan aset awam, dari segi eksploitasi dan penyelenggaraan, akan terus beroperasi. Ini kerana keperluan orang ramai yang besar terhadap mereka. Walau bagaimanapun, aset yang dihasilkan atau diperoleh akan diagihkan dengan betul, sehinggalah ia dihapuskan sepenuhnya dan digantikan oleh institusi-institusi perkhidmatan yang ditubuhkan oleh Daulah.
Adapun perusahaan-perusahaan yang berdiri dengan peraturan yang berasaskan kapitalisme atau ribawi, maka program-program dan metode pembentukannya diubah dengan tetap mempertahankan aktivitinya. Hal itu kerana keperluan umat yang besar terhadapnya dalam keadaan semasa yang sedang terjadi.
Ketiga, aktiviti pendidikan dan kurikulum. Bahagian aktiviti pendidikan yang bersumberkan syariat Islam dikekalkan sementara sehingga ia digantikan sepenuhnya dengan sistem baru. Bagi perkara sivil dan saintifik dan teknologi pula, perkara yang tidak melanggar akidah dan undang-undang Islam dikekalkan. Adapun perkara-perkara selain yang menyalahi akidah dan syariat Islam sama ada dalam perkara tsaqafah atau madaniyah adalah dimansuhkan sama sekali.
Keempat, perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan institusi pengawal keselamatan akan dikekalkan secara sementara, kecuali yang terikat dengan sistem bakti dan taat setia terhadap yang lama, iaitu sesiapa sahaja yang mendatangkan bahaya kepada Daulah dan rakyat. Ini bagi mengelakkan pergolakan keselamatan di pelbagai wilayah.
Demikianlah semua perkara akan kami bincangkan dalam topik merombak realiti dalam rosak sistem lama. Kadang-kadang ada kepentingan untuk melarang orang ramai daripada bermusafir dalam masa yang singkat bagi mengawal hal ehwal masyarakat mengikut sistem baharu. Namun, kadangkala tidak semestinya mewajibkan larangan perjalanan dan penggantungan sementara kepentingan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila masyarakat, jiwa dan fikirannya dipenuhi dengan kecintaan kepada Islam serta menjaga serta mempertahankannya.
Intelektual dan pakar kerajaan dipekerjakan dalam Daulah sesuai dengan potensi yang ada, dari sisi mereka tidak melanggar perkara (ketentuan) syariah, dan tidak pula menerapkan hukum kufur.
Pada dasarnya, orang yang menjalankan tugas pemerintahan sesuai dengan Islam di Negara Khilafah Islamiyah dituntut memiliki kemampuan melaksanakan hal-hal revolusioner dengan penuh hikmah. Sebabnya, ia sebelum ini sudah bersedia untuk masalah itu. Ia juga wajib mempunyai perlembagaan yang komprehensif merangkumi semua undang-undang yang berkaitan dengan kerajaan.
Wajib juga di sisinya ada pemimpin yang menguasai teknik kepimpinan dan pengurusan masyarakat. Dengan izin Allah, masalah ini tidak akan menjadi sukar, lebih-lebih lagi orang ramai berkumpul di sekelilingnya dan akan menggembleng darah, harta dan segala potensi mereka demi menjayakan semua ini, insya-Allah.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.
#KhilafahRasyidah #DaulahIslam #IslamKaffah #CabaranTegakDaulah