Site icon MuslimahHTM News

Analisis Teologi dan Sejarah Khilafah: Penyatu Umat dan Penegak Syariat (Bahagian 2)

Analisis Teologi dan Sejarah Khilafah: Penyatu Umat dan Penegak Syariat (Bahagian 2)

 

Perspektif Sejarah: Realiti Persatuan dan Hujah Balas

 

Sejarah Islam, khususnya tempoh selepas runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924, merupakan bukti empirikal yang paling jelas tentang keperluan mendesak kepada persatuan institusi serta kesan kerosakan akibat perpecahan yang dirancang. Realiti sejarah ini mengukuhkan lagi hujah teologi dan normatif tentang kenescayaan institusi Khilafah.

 

Kesan Runtuhnya Khilafah

 

Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah bukanlah suatu peristiwa yang berlaku secara mendadak, sebaliknya merupakan kemuncak kepada perang pemikiran (ghazwul fikri) yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam selama ratusan tahun. Kesan langsung daripada keruntuhan institusi penyatu ini amat tragis dan masih dirasai hingga ke hari ini, antaranya:

 

 

 

 

Pembongkaran Mitos Perpecahan Sejarah

 

Hujah balas sering dibangkitkan melalui pembacaan sejarah yang tidak menyeluruh atau terpecah-pecah, dengan dakwaan bahawa sejarah Khilafah sendiri sarat dengan perpecahan. Namun demikian, analisis yang teliti terhadap perundangan politik Islam serta fakta sejarah yang sahih menafikan dakwaan tersebut.

 

 

 

 

Hakikat sejarah menunjukkan bahawa prinsip satu khalifah bagi seluruh umat Islam sentiasa dipelihara. Persoalan seterusnya adalah bagaimana institusi penyatu ini dapat dikembalikan semula berdasarkan manhaj kenabian?

 

Jalan Menuju Kebangkitan: Metode Dakwah Menegakkan Kembali Khilafah

 

Usaha untuk menegakkan kembali Khilafah (iqāmatul khilāfah) pada era moden bukanlah suatu perjuangan yang tidak berlandaskan metode. Ia menuntut suatu jalan dakwah yang tersusun, sistematik dan strategik, yang sepenuhnya diambil daripada sirah Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mendirikan negara Islam yang pertama di Madinah. Metode pemulihan ini, yang bertumpu kepada perjuangan pemikiran (shira’ul fikri) dan pembentukan kesedaran umum, merupakan gambaran berlawanan kepada metode penghancurannya, yang juga berasaskan perang pemikiran (ghazwul fikri) oleh kuasa-kuasa penjajah.

 

Tiga Tahap Metode Dakwah (Ṭharīqah Dakwah)

 

Metode kenabian ini terdiri daripada tiga tahap (marḥalah) yang perlu dilalui secara berperingkat dan berterusan:

 

  1. Marḥalah at-Tatsqīf (Tahap Pembinaan dan Pengkaderan): Tahap awal ini menumpukan kepada pembinaan intensif bagi melahirkan kader-kader dakwah yang mempunyai pemahaman ideologi, teguh dan mendalam tentang Islam. Tujuannya adalah untuk membentuk individu-individu yang bersedia memikul amanah dakwah dan menjadi tunjang utama perjuangan.

 

  1. Marhalah At-Tafa’ul ma’al Ummah (Tahap Interaksi dengan Umat): Selepas kader dibentuk, gerakan dakwah memasuki peringkat interaksi dengan masyarakat umum. Pada peringkat ini, para pendakwah cuba membina kesedaran umum (wa’yul ‘amm) dalam kalangan masyarakat mengenai keperluan mendesak untuk melaksanakan syariat Islam secara keseluruhan (kāffah) melalui institusi Khilafah. Aktiviti pada peringkat ini merangkumi perang pemikiran (ghazwul fikri) untuk menentang pemikiran sekular, serta membangkitkan dan menerima pakai masalah ummah (tabanni mashalih al-ummah) dengan menawarkan penyelesaian berdasarkan Islam.

 

  1. Marhalah Istilamul Hukmi (Tahap Penerimaan Kekuasaan): Ini merupakan peringkat kemuncak, apabila kesedaran umum dalam kalangan rakyat telah terbentuk dan sokongan semakin kukuh. Proses utamanya adalah thalabun nusrah (meminta bantuan), yang ditujukan kepada pihak yang mempunyai kuasa sebenar dalam masyarakat (ahlul quwwah), seperti pemimpin tentera atau tokoh berpengaruh, supaya mereka memberikan sokongan untuk penubuhan institusi sistem Islam.

 

Jalan perjuangan untuk menegakkan kembali Khilafah ini bukanlah suatu utopia, sebaliknya merupakan suatu kenescayaan yang berasaskan keyakinan yang teguh terhadap janji pertolongan Allah SWT (naṣrullāh) serta khabar gembira (bisyarah) yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.

 

Sumber: Ngaji Subuh (https://youtu.be/QEW8vrj01G4)

 

 

#SejarahKhilafah #AnalisisTeologi #KesatuanUmat #KhilafahPenyatuUmat #TegakKhilafah

Exit mobile version