Isyarat Politik dalam Kitab Maulid al-Barzanji
Oleh: KH Yasin Muthohhar
Kitab Al-Barzanji ditulis oleh Sayyid Ja‘far bin Hasan al-Barzanji (w. 1177 H / 1763 M). Beliau adalah seorang mufti Madinah daripada keluarga syarif keturunan Rasulullah SAW. Tujuan utama penulisan kitab ini adalah untuk menghidupkan kecintaan kepada Nabi SAW ; menanamkan rasa takzim dan penghormatan kepada baginda; mengajarkan umat tentang perjalanan hidup baginda dengan gaya naratif dan emosional.
Dalam rangka menunjukkan cinta kepada Nabi SAW dan menganggungkan baginda, Imam al-Barzanji mempersembahkan karya yang mendunia, yang beliau beri judul: Al-Aqdu al-Jawhar fî Mawlid[in] Nabiy al-Azhar. Beliau mempersembahkan rangkaian cerita tentang kehidupan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam format narasi bersajak dan nazham.
Tentang hal ini al-Barjanji menyatakan :
فَطُوْبَى لِمَنْ كَانَ تَعْظِيْمُهُ ﷺ غَايَةَ مَرَامِهِ وَمَرْمَاهُ
”Berbahagialah orang yang puncak tujuan (matlamat utama) dalam hidupnya adalah mengagungkan Nabi SAW”.
Daripada Al-Barzanji kita dapat belajar tentang mengagungkan dan memuliakan Nabi SAW. Tentunya setiap zaman akan berbeza fokus dan penekanannya. Namun, hakikat intipatinya tetap sama, iaitu mengangungkan baginda yang merupakan konsekuensi daripada keimanan kita.
Pada era ini, mengagungkan Nabi SAW tentu tidak cukup hanya dengan membaca kitab-kitab maulid atau menyanjung Nabi SAW. Mengagungkan Nabi SAW dan mencintai baginda hendaklah diwujudkan dalam bentuk menghidupkan syariah yang baginda bawa.
تَرَكْتُكُمْ عَلَى الْمَحَجَةِ الْبَيْضَاءِ لَيْلَهَا كَنَهَارِهَا لاَ يَزِيْغُ عَنْهَا إِلاَّ هَالِكٌ
”Aku tinggalkan kalian di atas jalan (syariah) yang putih bersih. Tidak ada yang menyimpang dari jalan itu kecuali orang yang celaka”.
Walaupun sering dianggap sebagai karya spiritual dan sastera pujian, kitab ini sebenarnya memuatkan isyarat atau petunjuk penting terkait aspek sosial-politik kenabian. Alasannya jelas. Kehidupan Nabi SAW tidak memisahkan antara aspek spiritual dan politik. Oleh sebab itu, telaah kritis terhadap aspek politik dalam kitab ini menjadi penting, terutama dalam rangka membangun kesedaran umat tentang misi perubahan total yang dibawa Rasulullah SAW.
Kitab Mawlid al-Barzanji bukan hanya narasi indah tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW, tetapi juga teks simbolik yang menyimpan isyarat perjuangan politik beliau. Di sebalik pujian dan kisah-kisah spiritual, tersimpan misi perubahan peradaban, runtuhnya kekuasaan batil, dan pendirian Daulah Islam.
Kejadian Luar Biasa Semasa Kelahiran: Isyarat Tumbangnya Kezaliman dan Lahirnya Kepemimpinan Baru.
Syeikh Al-Barzanji menuturkan:
خَرَجَ مَعَهُ نُورٌ أَضَاءَتْ لَهُ قُصُورُ الشَّامِ الْقَيْصَرِيَّةِ * فَرَآهَا مَنْ بِبَطْنِ مَكَّةَ دَارُهُ وَمُغْنَاهُ * وَانْصَدَعَ الْإِيوَانُ بِالْمَدَائِنِ الْكِسْرَوِيَّةِ * الَّذِي رَفَعَ أَنْوَشِرْوَانُ سَقْفَهُ وَسَوَّاهُ * وَسَقَطَ مِنْهُ عَشْرَةٌ مِنْ شُرَفَاتِهِ الْعُلْوِيَّةِ * وَكَسَرَ مَلِكُ كِسْرَى لِهَوْلِ مَا أَصَابَهُ وَعَرَاهُ * وَخَمَدَتِ النِّيرَانُ الْمَعْبُودَةُ بِالْمَمَالِكِ الْفَارِسِيَّةِ * لِطُلُوعِ بَدْرِهِ الْمُنِيرِ وَاشْرَاقِ مَحْيَاهُ * وَغَاضَتْ بِبُحَيْرَةِ سَاوَةَ، وَكَانَتْ بَيْنَ هَمَذَانَ وَقُمٍّ مِنْ الْبِلَادِ الْعَجَمِيَّةِ * وَجَفَّتْ إِذْ كَفَّ وَاكِفُ مَوْجِهَا الثَّجَّاجِ * يَنَابِيعَ هَاتِيكَ الْمِيَاهِ * وَفَاضَ وَادِي سَمَاوَةَ، وَهِيَ مَفَازَةٌ فِي فَلَاةٍ وَبَرِّيَّةٍ * لَمْ يَكُنْ بِهَا قَبْلُ مَاءٌ يَنْفَعُ لِلظَّمَاءِ اللهَاةِ *
”Bersamanya muncul cahaya yang menerangi dunia hingga istana Rom di Syam pun bercahaya dengan kemuliaannya. Cahaya itu terlihat oleh penduduk Mekah hingga ke dalam rumah-rumah dan kediaman mereka. Retaklah tiang-tiang istana Kisra di Madain Parsi, tempat Anushirwan pernah meninggikan bumbungnya dengan megah dan sempurna. Sepuluh menara bahagian atasnya runtuh. Raja Kisra pun tergoncang akibat dahsyatnya peristiwa tersebut hingga tangannya gemetar dan wajahnya pucat ketakutan. Api sembahan yang dipuja di seluruh Empayar Parsi padam dengan sendirinya kerana munculnya bulan purnama yang terang dan wajah bersinar sang Nabi. Danau Sâwah surut airnya, padahal selama ini tak pernah kering dan selalu bergelombang deras. Danau itu terletak di antara Hamadan dan Qumm, dua wilayah dari negeri Parsi yang jauh. Airnya berhenti mengalir. Ombaknya tak lagi memukul daratan. Mata airnya membeku. Adapun di tempat lain—di Wadi Samâwah, sebuah padang tandus yang tak pernah mempunyai air—mengalirlah sungai deras yang belum pernah ada sebelumnya.”
Peristiwa tersebut merupakan isyarat politik besar bahawa kelahiran Nabi SAW adalah ancaman langsung kepada empayar Parsi dan Rom. Kelahiran beliau merupakan titik mula keruntuhan tatanan kufur dunia dan kelahiran pemimpin perubahan global. Jadi Maulid Nabi Muhammad SAW, dari sisi ini, sama dengan kelahiran benih sebuah bakal negara besar yang akan menggoncang dunia.
Semasa perjalanan dakwahnya, Rasulullah SAW menunjukkan rencana visi besar membangun peradaban dunia ini. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Thariq bin Abdillah al-Muharibi yang berkata: Aku melihat Rasulullah SAW melewati Pasar Dzil Majaz memakai jubah merah. Ketika itu baginda berkata:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قُوْلُوْا لاَ إِلَهَ إلَّا اللَّهُ تُفْلِحُوْا
”Wahai sekalian manusia! Ucapkanlah, “Tiada Tuhan selain Allah,” nescaya kalian akan beruntung (baca: menang).”
Dalam Musnad Imam Ahmad, Mushannaf Abi Syaibah, dan al-Hakim diriwayatkan bahawa Abu Talib jatuh sakit. Lalu datanglah orang-orang Quraisy. Rasulullah SAW turut datang menjenguk. Di sisi Abu Talib duduk para pembesar Quraisy. Abu Jahal berusaha menghalang Rasulullah SAW Mereka pun mengadukan hal ini kepada Abu Talib. Lalu Rasulullah SAW berkata, “Bapa saudaraku, aku hanya menginginkan satu kalimat daripada mereka. Jika mereka mengucapkannya, bangsa Arab akan tunduk kepada mereka, dan bangsa bukan Arab akan membayar jizyah kepada mereka.” Abu Talib berkata, “Satu kalimat saja?” Beliau menjawab, “Ya, satu kalimat.” Mereka bertanya, “Apa itu?” Beliau berkata, “Ucapkanlah: Lâ ilâha illalLâh (Tidak ada Tuhan selain Allah).” Mereka menjawab, “Apakah dia ingin menjadikan tuhan-tuhan kami hanya satu Tuhan? Sungguh ini perkara yang menghairankan.”
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa ketika menggali parit, Nabi SAW mengambil cangkul dan memukul batu tiga kali. Setiap kali pukulan, keluar cahaya yang menerangi:
Pukulan pertama, Nabi SAW berkata:
اللهُ أَكْبَرُ! أُعْطِيتُ مَفَاتِيحَ الشَّامِ، وَاللهِ إِنِّي لَأُبْصِرُ قُصُورَهَا الْحُمْرَ السَّاعَةَ
“Allahu Akbar! Aku diberi kunci-kunci negeri Syam! Demi Allah, aku benar-benar dapat melihat istana-istana merahnya (Bizantium/Rom) saat ini!”
Pukulan kedua, Nabi SAW berkata :
اللهُ أَكْبَرُ! أُعْطِيتُ مَفَاتِيحَ فَارِسَ، وَاللهِ إِنِّي لَأُبْصِرُ الْمَدَائِنَ وَقُصُورَهَا الْبَيْضَاءَ
“Allahu Akbar! Aku diberi kunci-kunci Parsi! Demi Allah, aku benar-benar melihat Kota Mada’in dan istana putihnya (Istana Kisra)!”
Pukulan ketiga, Nabi SAW berkata:
اللهُ أَكْبَرُ! أُعْطِيتُ مَفَاتِيحَ الْيَمَنِ، وَاللهِ إِنِّي لَأُبْصِرُ أَبْوَابَ صَنْعَاءَ
“Allâhu Akbar! Aku diberi kunci-kunci Yaman! Demi Allah, aku benar-benar dapat melihat pintu-pintu Sana’a!”
Sejarah kemudian mencatat pada masa Khalifah Umar bin Khattab ra., ketika Daulah Islamiyah semakin kuat, terjadilah penaklukan Parsi dan Rom di Syam. Singgahsana mereka pun runtuh. Islam menerangi negeri-negeri yang dikuasai oleh dua empayar dunia itu.
Fasa Awal Pembentukan Parti Dakwah
Dalam sebahagian daripada kitab, disebut:
وأول من آمن به من الرجال أبو بكر صاحب الغار والصدّيقية # ومن الصبيان علي، ومن النساء خديجة التي ثبت الله بها قلبه ووفّاه # ومن الموالي زيد بن حارثة، ومن الأرقاء بلال الذي عذّبه في الله أميّة # وأولاء موالاه أبو بكر من العتق ما أولاه # ثم أسلم عثمان وسعد وسعيد وطلحة وابن عوف وابن عمّه صفيّة # وغيرهم ممن أَهّله الصدّيقُ رفيقُ التصدّيقِ وسقاه # وما زالت عبادته ﷺ وأصحابه مخفيّة حتى أُنزِلت عليه: {فاصدع بما تؤمر}، فجهَر بدعاء الخلق إلى الله، ولم يُبعدْ منه قومُه حتى عاب آلهتهم، وأمر برفض ما سوى الوحدانية #
”Orang pertama yang mengimani baginda dari kalangan lelaki adalah: Abu Bakar Ash-Shiddiq, sahabat di gua dan penyandang gelar kesetiaan tertinggi. Dari kalangan anak-anak: Ali bin Abi Talib. Dari kalangan wanita: Khadijah binti Khuwailid, yang dengan cintanya, Allah menguatkan hati Rasul, dan dengan jiwanya, dia mendampingi perjuangan kenabian. Dari kalangan budak yang dimerdekakan: Zaid bin Haritsah. Dari para hamba sahaya: Bilal bin Rabah, yang diseksa oleh Umayah kerana mempertahankan keimanannya kepada Allah. Mereka adalah orang-orang yang dimerdekakan oleh Abu Bakar, sebagai bentuk pembelaan dan kecintaannya pada Islam dan ahlinya.
Setelah itu masuk Islamlah: Uthman bin ‘Affan, Saad bin Abi Waqqash, Said bin Zaid, Thalhah bin Ubaidillah, Abdurrahman bin ‘Auf, anak daripada saudara perempuannya yang bernama Shafiyyah, serta orang-orang lain yang dibimbing dan diasuh oleh Abu Bakar ash-Shiddiq, sang penebus dalam barisan kebenaran.
Rasulullah SAW dan para Sahabatnya menjalankan ibadah secara sembunyi-sembunyi, sehinggalah turun perintah Allah dalam firman-Nya (yang bermaksud): “Sampaikanlah secara terbuka apa yang diperintahkan kepada kamu!” (TMQ al-Hijr [15]: 94).
Lalu Rasul pun mula menyeru manusia kepada Allah secara terbuka, dan tidak menjauhi kaumnya—hingga baginda mencela berhala-berhala mereka dan menyeru pada tauhid yang murni.
Dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah bukan sekadar mengajak orang kepada agama Allah. Bahkan, lebih daripada itu, Rasulullah di awal dakwahnya membangun kelompok kuat yang akan memimpin umat di sekitar untuk melakukan perubahan. Kerana itu setiap orang yang sudah beriman pasti mereka akan mendakwahkan iman-nya kepada yang lain. Kemudian dari kumpulan orang-orang beriman itu terbentuklah Parti politik dakwah yang menyerukan Islam secara terang-terangan. Hingga akhirnya terjadi benturan antara haq dan batil.
Dari sinilah kita belajar: perubahan ideologi bermula daripada pembentukan manusia-manusia kuat yang terhubung dengan akidah dan projek dakwah. Bukan daripada suara majoriti atau tekanan orang ramai.
Thalabun-Nusrah, Baiat dan Hijrah: Pendirian Daulah Islam
ثُمَّ عَرَضَ نَفْسَهُ عَلَى الْقَبَائِلِ، بِأَنَّهُ رَسُوْلُ اللهِ، فِي الْأَيَّامِ الْمَوْسِمِيَّةِ # فَآمَنَ بِهِ نَفَرٌ مِنَ الْأَنْصَارِ اخْتَصَّهُمُ اللهُ بِرِضَاهُ # وَحَجَّ مِنْهُمْ فِي الْقَابِلِ اثْنَا عَشَرَ رَجُلًا، وَبَايَعُوهُ بَيْعَةَ الْعَقَبَةِ الْأُوْلَى، ثُمَّ انْصَرَفُوا، فَظَهَرَ الْإِسْلَامُ بِالْمَدِيْنَةِ، فَكَانَتْ مَعْقِلَهُ وَمَأْوَاهُ #
”Kemudian Nabi SAW menawarkan dirinya kepada berbagai kabilah sebagai utusan Allah, pada hari-hari musim haji. Lalu sekelompok dari kaum Ansar mengimani beliau, yang Allah pilih dan khususkan dengan keredhaan-Nya. Daripada mereka, sebanyak dua belas orang datang berhaji pada tahun berikutnya dan membaiat beliau dalam Baiat al-‘Aqabah Pertama.
Setelah itu mereka kembali. Islam pun mula tampak dan menyebar di Kota Madinah sehingga kota itu menjadi benteng dan tempat berlindung (markas) Islam.”
Rasulullah SAW `menawarkan diri kepada kabilah’, ini dimaksudkan oleh para ulama sebagai usaha baginda melakukan thalabun-nusrah (mencari perlindungan dan pertolongan terhadap dakwah) agar Islam semakin kuat dan menang.
Syeikh an-Nawawi al-Bantani dalam Syarh Mawlid al-Barzanji, Madarij as- Su’uud, menyebutkan peristiwa ini :
Ketika Allah berkehendak untuk menampilkan (baca; memenangkan) agamaNya, memuliakan Nabi-Nya, serta memenuhi janji-Nya, Rasulullah keluar memperkenalkan diri kepada kabilah-kabilah Arab bahawa baginda adalah utusan Allah. Rasulullah melakukan perkara ini pada hari-hari musim haji, tepatnya di saat orang ramai berkumpul untuk melaksanakan haji. Usaha Nabi SAW membuat enam orang dari kalangan Ansar beriman. Mereka disebut “Ansar’” kerana mereka menolong (nashara) Rasulullah SAW dan kalangan Muhajirin. Keenam orang itu adalah Abu Umamah Asad bin Zurarah, Auf bin Harits bin Rafa’ah bin Afra’, Rafi’ bin Malik bin ‘Ajlan, Quthbah bin Amir bin Hadidah, Uqbah bin Amir bin Nabi, dan Jabir bin Abdullah bin Rayab.
Rasulullah SAW bergerak secara strategik dalam momen perdagangan dan musim haji yang menjadi tempat berkumpulnya suku-suku, dengan rencana dakwah yang bersifat politik, memiliki visi yang jelas dan tujuan yang terarah. Baginda ditemani Abu Bakar Ash-Shiddiq, seorang yang sangat mengenal silsilah dan sejarah suku-suku Arab, dan mereka pun fokus mendekati para tokoh penting dan para pemimpin kabilah. Abu Bakar biasa bertanya kepada para pemimpin suku: “Bagaimana kekuatan jumlah kalian? Bagaimana ketahanan kalian? Bagaimana kemampuan kalian dalam perang?” Kemudian barulah Rasulullah SAW menyampaikan dakwah dan misinya.
Mereka yang didatangi antara lain: Bani Amir, Ghassan, Bani Fazarah, Bani Murrah, Bani Hanifah, Bani Sulaim, Bani ‘Abs, Bani Nashr, Tsa‘labah bin ‘Ukabah, Kindah, Kalb, Bani al-Harith bin Ka‘b, Bani ‘Udzrah, Qais bin al-Khatim, dan Abu al-Yasar Anas bin Abi Rafi‘.
Ketika menjelaskan tujuan dari thalabun-nusrah yang dilakukan Nabi SAW, As-Salabi menjelaskan: “Tampak jelas dalam Sirah Nabi SAW, terkait permintaan beliau terhadap nusrah (dukungan kekuasaan), bahawa baginda meminta perkara itu kerana dua alasan utama: (1) Baginda meminta nusrah untuk melindungi proses penyampaian dakwah, yang dengan demikian dakwah baginda dapat berjalan di tengah-tengah manusia dalam keadaan aman, tidak diserang, dan tidak dicemarkan kehormatannya mahupun kehormatan para pengikutnya; (2) Baginda meminta nusrah sekaligus agar dapat menerima kawalan pemerintahan dan kekuasaan atas dasar dakwah tersebut. Ini merupakan urutan yang wajar dan logik dalam membangun perubahan yang hakiki.
Hijrah Nabi SAW dan Pendirian Daulah Islam
وَأَذِنَ لَهُ ﷺ فِي الْهِجْرَةِ، فَرَصَدَهُ الْمُشْرِكُونَ لِيُورِدُوهُ بِزَعْمِهِمْ حَيَاضَ الْمَنِيَّةِ # فَخَرَجَ عَلَيْهِمْ وَنَثَرَ عَلَى رُؤُوسِهِمُ التُّرَابَ وَحَتَّاهُ # وَآوَى غَارَ ثُوْرٍ، وَفَازَ الصِّدِّيقُ فِيهِ بِالْمُعِيَّةِ # وَأَقَامَا فِيهِ ثَلَاثًا، تَحْمِي الْحَمَائِمُ وَالْعَنْكَبُ حِمَاهُ # ثُمَّ خَرَجَا مِنْهُ لَيْلَةَ الْإِثْنَيْنِ، وَهُوَ ﷺ عَلَى خَيْرِ مَطِيَّةٍ #
”Lalu Allah SWT mengizinkan baginda untuk hijrah. Kemudian kaum musyrik mengintai baginda untuk—menurut sangkaan mereka—menyeret baginda ke liang kematian. Namun, Nabi SAW keluar dari rumah mereka dan menaburkan debu ke atas kepala mereka sambil mengejek mereka, lalu berlindung ke Gua Tsur.
Abu Bakar Ash-Shiddiq juga berhasil memperoleh kehormatan untuk menemani baginda dalam gua tersebut. Mereka berdua tinggal di dalamnya selama tiga hari. Burung-burung merpati dan labah-labah pun menjaga dan melindungi gua tersebut. Kemudian mereka keluar dari gua itu pada malam Isnin. Nabi SAW pada saat itu menunggang kenderaan terbaik.”
Hijrah Nabi SAW adalah buah daripada thalabun-nusrah yang baginda peroleh dalam peristiwa Baiat Aqabah. Ketika baginda tiba di Madinah, baginda terus bertindak sebagai ketua negara dengan membuat tiga program utama sebagai tiang negara Madinah iaitu: (1) Membangun masjid sebagai pusat pemerintahan; (2) Mempersatukan antara kaum Mujahirin dan Ansar sebagai kekuatan Rakyat Daulah Madinah yang baru berdiri; (3) Membuat perlembagaan “ Piagam Madinah” untuk mengatur pentadbiran negara dan hubungan antara rakyat Daulah Madinah dengan umat lain yang ada di Madinah.
Khatimah
Kitab Mawlid al-Barzanji bukan hanya kisah keagamaan. Ia adalah manifestasi politik yang menyamarkan pesan perjuangan Rasulullah SAW dalam balutan pujian dan cinta. Daripada kelahiran hingga hijrah, daripada mukjizat hingga strategi. Semuanya membentuk satu benang merah: Rasulullah SAW adalah pemimpin peradaban. Bukan sekadar guru kerohanian.
Alhasil, memahami Al-Barzanji secara sempurna bermakna menghidupkan kembali semangat perubahan dan politik Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
#Afkar #MaulidNabi #CintaRasul #KitabBarzanji #Barzanji