Doa Memohon Umur Panjang Hingga Bertemu Ramadhan
Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata, “Nabi Muhammad SAW apabila memasuki bulan Rejab, maka beliau berdoa,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ
“Allâhumma bârik lanâ fî Rajabin wa Sya’bân wa bârik lanâ fî Ramadhân”
“Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan berkahilah kami di bulan Ramadhan.” (HR. Ahmad no 2228)
Syeikh Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam karyanya Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Shagir memetik pendapat Ibn Rajab yang menjelaskan hikmah di sebalik doa di atas:
“Ibnu Rajab berkata: Di dalamnya terdapat dalil tentang disunnahkannya berdoa agar diberikan umur panjang hingga menjumpai waktu-waktu yang mulia (utama), agar dapat melakukan amal soleh di dalamnya. Kerana sesungguhnya, seorang mukmin tidaklah bertambah usianya melainkan bertambah pula kebaikannya.”
Memang menurut standard ahli hadis, riwayat di atas sebenarnya tergolong hadis dhaif atau lemah. Ini dijelaskan salah satunya oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Tabyin al-‘Ajb bi Ma Warada fi Syahr Rajab halaman 37-38.
Namun tidak bererti kita dilarang untuk berdoa memohon keberkahan Rejab, Syaaban dan meminta agar dipanjangkan umur hingga dapat beramal soleh pada bulan Ramadhan.
Hadis dhaif masih dapat dijadikan dalil untuk fadhail ‘amal (melaksanakan keutamaan).
Jadi, dapat kita fahami bahawa berdoa memohon keberkahan bulan Rejab, Syaaban, dan panjang umur agar dapat beramal soleh di bulan Ramadhan itu tidak ada masalah bahkan dianjurkan.
#doa #rejab #panjangumur