Board Of Peace: Cara Amerika Mengakhiri Palestin
Umat Islam kembali dikejutkan oleh manuver politik global Amerika atas Palestin. Muncul sebuah gagasan bernama “Board of Peace (BoP)” atau “Dewan Perdamaian”. Dewan ini dipromosikan sebagai “jalan damai” bagi konflik Gaza. BoP dimulakan dan dipimpin oleh jaguh penjajah, yakni Amerika Syarikat (AS), di bawah Donald Trump.
Nama dan pembungkusannya terdengar indah. “Peace”. Damai atau aman. Akan tetapi, sejarah mengajar kita bahawa istilah “perdamaian” tidak selalu menghadirkan keadilan. Banyak penjajahan sebaliknya dibungkus dengan istilah “perdamaian”, “penstabilan” dan “rekonstruksi atau pembinaan semula”. Inilah yang sesungguhnya yang sedang terjadi di Palestin.
Malangnya, Indonesia dilaporkan masuk sebagai anggota BoP ini. Ini bererti Indonesia ikut serta menjamin projek penjajahan gaya baru di Palestin. Kebercualian pseudo dan diplomasi tanpa prinsip ini hanya akan menambah penderitaan penduduk Palestin. Indonesia bahkan berisiko menjadi cop legitimasi bagi skema yang merugikan umat Islam sendiri.
Lima Bahaya BoP
Board of Peace (BoP) digagas dan dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS). Padahal AS memiliki rekod jejak yang panjang sebagai penjajah besar. AS melakukan sejumlah campur tangan, kudeta dan penghancuran negeri-negeri Muslim. Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Sudan dan banyak negeri Muslim lain menjadi korbannya.
Tujuan rasmi BoP didakwa untuk “mengelola transisi Gaza pasca konflik”, “menjaga kestabilan” dan “mencegah keganasan berulang”. Akan tetapi, struktur dan kekuasaannya sebaliknya mengarah pada pengambilalihan kawalan Gaza oleh kuasa asing.
Inilah ironi terbesar bagi Dunia Islam. Kaum penjajah tampil sebagai “pendamai” bagi umat Islam. Padahal Allah SWT telah mengingatkan:
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
“Allah sekali-kali tidak akan pernah memberikan jalan bagi kafir untuk menguasai kaum Mukmin” (TMQ an-Nisa’ [4]: 141).
BoP sejak awal dikendalikan oleh negara-negara penjajah. Amerika dan sekutunya menjadi pelaku utama. Negara-negara Muslim hanya dijadikan pelengkap legitimasi. Ini bukan pola baru. Dalam sejarah kolonialisme, penjajah selalu membentuk dewan, mandat atau autoriti antarabangsa. Semuanya mempunyai tujuan yang sama: menjamin kepentingan penjajah.
Sudah tentu, terdapat beberapa perkara penting mengenai BoP:
Pertama: BoP merampas hak rakyat Gaza.
Pembentukan Dewan Eksekutif Gaza bermakna urusan pemerintahan di wilayah ini bukan lagi di tangan rakyat Palestin. Apatah lagi di tangan Dunia Islam. Gaza akan diuruskan oleh struktur asing. Ini adalah bentuk penjajahan gaya baru.
Kedua: BoP mendorong pelucutan senjata penduduk Gaza, termasuk Hamas.
Dengan dalih penstabilan, rakyat yang dijajah diminta menyerahkan alat perlawanannya. Sebaliknya, Yahudi sang penjajah tetap bersenjata lengkap dan bersedia untuk membunuh rakyat Palestin pada bila-bila masa sahaja. Keselamatan Gaza turut diserahkan kepada pihak asing. Ini bermakna, keselamatan kaum Muslim berada di tangan musuhnya sendiri. Padahal Rasulullah SAW telah bersabda:
مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ أَوْ دُونَ دَمِهِ أَوْ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
“Siapa saja yang terbunuh kerana membela hartanya maka dia syahid. Siapa saja yang terbunuh kerana membela keluarganya, atau membela darah (jiwa)-nya atau membela agamanya maka dia syahid.” (HR at-Tirmidzi).
Hadis ini menunjukkan legitimasi syarie, bahkan penghargaan tinggi, untuk setiap tindakan membela diri daripada serangan dan penjajahan.
Ketiga: BoP tidak melibatkan rakyat Palestin.
Padahal merekalah mangsa penjajahan dan genosid. Ironinya, sang penjajah dan penyembelih Gaza, yakni Zionis Yahudi, malah masuk sebagai anggota dewan ini.
Keempat: BoP tetap mempertahankan keberadaan Israel.
Tidak ada tuntutan pembubaran negara penjajah tersebut. Tidak ada pengembalian semula tanah Palestin yang telah dirampas oleh Yahudi. Dengan kata lain, akar masalah Palestin tidak disentuh sama sekali.
Kelima: Keterlibatan para pemimpin Muslim dalam BoP merupakan pengkhianatan terhadap Palestin.
Tambahan pula, mereka duduk bersama Yahudi, sang penjajah dan penyembelih Palestin. Para pemimpin Muslim itu sebaliknya mengambil bahagian dalam skema yang menjamin penjajahan. Padahal Allah SWT telah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin” (TMQ al-Maidah [5]: 51).
Palestin Perlukan Pembebasan
Penjajahan di mana pun, termasuk di Palestin, sesungguhnya tidak akan pernah berakhir di meja rundingan yang tempang. Palestin yang sudah lama terjajah sama sekali tidak akan dibebaskan oleh dewan-dewan antarabangsa buatan kafir penjajah.
Solusi untuk membebaskan Gaza dan Palestin bukanlah dengan rundingan. Solusi satu-satunya adalah dengan mengusir Zionis Yahudi dari Palestin dengan jihad. Jihad inilah yang telah Allah SWT perintahkan:
وَٱقۡتُلُوهُمۡ حَيۡثُ ثَقِفۡتُمُوهُمۡ وَأَخۡرِجُوهُم مِّنۡ حَيۡثُ أَخۡرَجُوكُمۡ ۚ
“Perangilah kaum kafir itu di mana saja kalian temui mereka dan usirlah mereka dari tempat mana saja mereka telah mengusir kalian…” (TMQ al-Baqarah [2]: 191).
Pada hujung ayat ini Allah SWT lalu menegaskan:
فَإِن قَٰتَلُوكُمۡ فَٱقۡتُلُوهُمۡ ۗ كَذَٰلِكَ جَزَآءُ ٱلۡكَٰفِرِينَ
“Jika mereka memerangi kalian maka perangilah mereka. Demikianlah balasan setimpal bagi kaum kafir.” (TMQ al-Baqarah [2]: 191).
Cukup dengan mengerahkan ratusan ribu tentera Muslim dari negara-negara Arab saja, sudah tentu sangat mudah berjihad untuk menumpaskan sekaligus mengusir Zionis Yahudi dari bumi Palestin.
Malangnya, pada masa kini umat tidak memiliki institusi global sebagai pemersatu mereka. Itulah Khilafah. Khilafah inilah—sebagaimana dulu—yang dapat menghimpunkan seluruh potensi, sumber daya dan kekuatan umat—termasuk ketenteraan—di seluruh dunia. Dengan itulah Khilafah mampu menjadi satu-satunya institusi pembela dan pelindung umat sedunia. Termasuklah Palestin.
Khilafah: Keperluan Mendesak Umat Sedunia
Kerana itu umat Islam sedunia sangat memerlukan Khilafah. Sebabnya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ
“Imam (Khalifah) adalah perisai (pelindung)…” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Maknanya, menurut Imam an-Nawawi rahimahulLâh:
أَيْ: كَالسِّتْرِ؛ لِأَنَّهُ يَمْنَعُ الْعَدُوَّ مِنْ أَذَى الْمُسْلِمِينَ…وَيَحْمِي بَيْضَةَ الْإِسْلَامِ
“(Imam/Khalifah itu) seperti pelindung. Kerana, dia menghalang musuh daripada menyakiti kaum Muslim…serta melindungi kemuliaan Islam.” (An-Nawawi, Syarh an-Nawawi ‘alâ Muslim, 6/315).
Faktanya, sepanjang sejarah, hanya pada era Khilafahlah kemuliaan Islam serta darah dan kehormatan kaum Muslim benar-benar terjaga. Contohnya pada masa Khalifah Harun ar-Rasyid. Sang Khalifah dikenal sebagai pemerintah Muslim yang sangat tegas. Ketika Kaisar Romawi Timur (Byzantine) ketika itu, Nikephoros I, mengirim surat dengan nada yang meremehkan dan menolak membayar ufti (jizyah), Khalifah Harun ar-Rasyid segera membalas dengan surat bernada keras, “Daripada Harun, Amirul Mukminin, kepada Nikephoros, Anjing Romawi! Aku telah membaca suratmu. Jawapannya adalah apa yang akan segera kamu lihat! Bukan apa yang akan kamu dengar.” Segera setelah itu, sang Khalifah bersama pasukannya menyerang dan mengalahkan Romawi. Akhirnya, Romawi kembali tunduk pada Khilafah (Al-Khathib al-Baghdadi, Târîkh Baghdâd, 8/364; Ibnu Katsir, Al-Bidâyah wa an-Nihâyah, 10/184).
Seterusnya ialah kisah kepahlawanan Khalifah al-Mu‘tashim Billah. Pada zamannya, pernah ada seorang Muslimah ditawan dan dilecehkan oleh tentera Romawi di Amuriyah (wilayah Turki bahagian tengah). Dalam penderitaannya, dia berteriak memanggil-manggil sang Khalifah. Berita itu pun sampai kepada Khalifah al-Mu‘tashim Billah. Tanpa diplomasi, juga tanpa dewan antarabangsa, beliau segera menyambut seruan Muslimah tersebut, “Aku penuhi panggilanmu!” Lalu beliau segera mengerahkan pasukan besar dan menyerbu Amuriyah. Akhirnya, wilayah yang dikuasai Romawi itu jatuh ke tangan kaum Muslim. Disebutkan, ketika itu 30 ribu pasukan Romawi tewas dan 30 ribu lainnya berjaya ditawan (Ath-Thabari, Târîkh al-Umam wa al-Mulûk, 8/631–634; Ibnu Katsir, Al-Bidâyah wa an-Nihâyah, 10/325).
Tidak kurang menarik adalah kisah keteguhan Sultan Abdul Hamid II, pemimpin Khilafah Uthmaniyah. Ketika itu, Theodor Herzl, tokoh Zionis Yahudi, pernah menawarkan harta dalam jumlah sangat besar kepada sang Khalifah agar Yahudi diberi hak ke atas tanah Palestin. Jawapan Khalifah sangat tegas, “Aku tidak akan menyerahkan walau sejengkal tanah itu! Ia bukan milikku. Ia adalah milik umat Islam!” (Muhammad Harb, Abdul Hamid II, Akhir as-Salâthîn al-Utsmâniyyîn al-Kibâr, hlm. 123–125).
Pada masa Khilafah Uthmaniyah juga, Perancis pernah diancam oleh Sultan Abdul Hamid II agar segera menghentikan rencana pementasan drama berjudul “Mahomet” karya Henri de Bornier di Perancis. Ini kerana, drama tersebut menghina kemuliaan Baginda Nabi SAW. Isi ancaman tersebut tegas: Jika penghinaan terhadap Rasulullah SAW tetap dilakukan, pilihan militer (jihad) sangat terbuka. Perancis pun ketakutan. Akhirnya, Perancis membatalkan rencana pementasan drama tersebut (Stanford J. Shaw, History of the Ottoman Empire and Modern Turkey, 1/287).
Bahkan semasa era Khilafah jugalah, pemimpin Muslim pernah dengan gagah menghadapi Amerika. Pada abad ke-18, Amerika pernah terpaksa membayar ufti (jizyah) kepada Khilafah Uthmaniyah agar kapal-kapal mereka dapat melintasi Afrika Utaran dengan aman (Algeria, Tripoli, Tunisia). Amerika mengakui perkara ini secara rasmi dalam perjanjian antarabangsa (Treaty of Tripoli [1796], Pasal 10) (Frank Lambert, The Barbary Wars, hlm. 45–52).
Penutup
Fakta-fakta ini membuktikan satu perkara: Khilafah bukan sekadar simbol. Ia adalah institusi pemerintahan Islam global. Sepanjang sejarahnya, Khilafah mampu memelihara kemuliaan Islam serta melindungi kehormatan dan darah kaum Muslim.
Oleh yang demikian, di tengah ancaman global AS dan Barat yang makin meningkat ke atas Dunia Islam saat ini, juga di tengah-tengah kegagalan para pemimpin Muslim selama 78 tahun untuk membebaskan Palestin hingga ke hari ini, cita-cita untuk mendirikan kembali Khilafah adalah pilihan yang rasional. Lebih-lebih lagi, Khilafah adalah bahagian penting daripada syariah Islam. WalLâhu a’lam. []
–*—
Hikmah:
Imam al-Mawardi rahimahulLâh berkata:
الإِمَامَةُ مَوْضُوعَةٌ لِخِلَافَةِ النُّبُوَّةِ فِي حِرَاسَةِ الدِّينِ وَسِيَاسَةِ الدُّنْيَا
“Imamah (Khilafah) ditegakkan untuk menggantikan fungsi kenabian dalam menjaga agama (Islam) dan mengatur urusan dunia ini”. (Al-Mawardi, Al-Ahkaam as-Sulthaaniyyah, hlm. 5).
Sumber: Buletin Dakwah Kaffah – Edisi 430
#Palestin #Gaza #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #FreePalestine #SpeakUpforPalestine #KhilafahSistemIslam #KhilafahPemersatuUmmah #OneUmmah #1Umat1Perjuangan

