[Aktiviti] Bersempena kempen Masyarakat Muslim Ideal (MMI), MHTM Cawangan Seremban telah menganjurkan program Open Circle bulanan secara atas talian, yang bertajuk “Muslimah sebagai Agen Transformasi Masyarakat.”
Perbincangan menelusuri sumbangan para sahabiyah pada zaman Rasulullah SAW kepada masyarakat, di samping mengupas peranan dan tanggungjawab muslimah, serta cabaran yang dihadapi oleh muslimah masa kini.
Alhamdulillah, para peserta memberikan maklum balas yang positif dan menunjukkan komitmen yang istiqamah dalam acara. Semua muslimah turut dialu-alukan untuk menyertai Open Circle kami pada sesi akan datang.
#OpenCircleMuslimah #MasyarakatMuslimIdeal #MuslimahEjenPerubahan #TransformasiMenujuIslamKaffah
