Mesir Membuka Gerbang Taba kepada Ribuan Yahudi adalah Bentuk Pengkhianatan
Jurucakap Hizbut Tahrir Mesir mengatakan, perang Amerika dan entiti Yahudi melawan Iran telah mengungkap pemandangan yang sangat mencolok yang mencerminkan posisi pemerintahan Mesir dan dominasi Amerika di kawasan tersebut.
“Ketika Gaza menjadi sempit bagi penduduknya disebabkan oleh pengeboman, pengepungan, dan kelaparan, penyeberangan Rafah tetap tertutup bagi penduduk Gaza. Namun, gerbang penyeberangan Taba sebaliknya dibuka kepada ribuan orang Yahudi yang datang berbondong-bondong ke Sinai melarikan diri dari perang,” jelasnya dalam laporan di laman Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir, Jumaat (6-3-2026).
Beliau menilai, apa yang sedang berlaku hari ini menunjukkan betapa parahnya kemerosotan para pemimpin di negeri-negeri muslim.
“Ini adalah pengkhianatan yang jelas! Bilamana sempadan tunduk pada kolonialisme. Akhirnya, hal itu menjadi garis yang memisahkan umat Islam dan mencegah dukungannya kepada kaum muslim. Di sisi lain sempadan tersebut tetap terbuka bagi musuh-musuh mereka yakni entiti Yahudi,” kritiknya tegas.
Menurutnya, rejim Mesir tidak memandang Palestin sebagai tanah yang ditindas yang mesti dibebaskan.
“Melainkan memperlakukan Palestin sebagai masalah keselamatan yang diurus sesuai dengan kesepakatan antarabangsa dan serantau. Dari sini jelas bahawa, pengepungan menjadi alat politik, dan menutup penyeberangan menjadi sarana tekanan terhadap Palestin. Berbanding memberikan dukungan, sebaliknya Mesir telah menutup rapat pintu sempadannya dengan Palestin,” ungkapnya.
Islam
Beliau menyampaikan, Islam tidak menjadikan nasionalisme sebagai penentu kedudukan umat Islam, tapi menjadikan ikatan akidah sebagai ikatan yang mempersatukan mereka.
“Kaum Muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, darahnya adalah darah kita, tanahnya adalah tanah kita, dan perjuangannya adalah perjuangan kita. Oleh kerana itu, pengepungan Gaza bukan hanya masalah rakyat Palestin; melainkan masalah seluruh umat Islam, yang menyentuh kehormatannya dan menguji kesetiaannya kepada agama dan akidahnya,” terangnya.
Umat Islam pada hari ini, ujarnya, tidak memerlukan pidato atau slogan, tapi memerlukan orang-orang yang menyedari bahawa kekuatan mereka adalah amanah yang dibebankan pada bahu mereka yang kelak akan diminta pertanggungjawaban atas amanah ini pada Hari (akhirat) ketika mereka berdiri di hadapan Allah.
“Maka jadilah seperti yang Allah kehendaki yakni perajurit Islam, pelindung umat Islam, dan pedang yang mematahkan penindasan dan mengembalikan kehormatan umat Islam di bawah Islam dan institusinya yakni kekhalifahan yang mendapat petunjuk yang benar sesuai dengan cara kenabian,” tegasnya.
#FreePalestin #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #PalestineNeedsJihad #WeNeedKhilafah