بسم الله الرحمن الرحيم
Ucapan Takziah dan Belasungkawa,
Saudari Ghamze Gürsoy (Zehra Malik)
(Jumaat, 27 Mac 2026)
﴿وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقًا﴾
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).”
[An-Nisa: 69]
Dengan penuh keimanan dan ketundukan kepada kehendak Allah SWT Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, Bahagian Muslimah di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir berdukacita atas pemergian seorang pengemban dakwah yang luar biasa dan seorang saudari yang solehah, yang sangat disayangi oleh semua yang mengenalinya: Saudari Ghamze Gürsoy (Zehra Malik), yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, Jumaat, 27 Mac 2026.
﴿وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ﴾
“ Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’”
[Al-Baqarah: 155–156]
Saudari Ghamze meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap orang yang ditemuinya. Beliau mendedikasikan hidupnya untuk menyeru manusia kepada ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya SAW, serta berusaha menegakkan agama dan sistem Islam di muka bumi ini dengan kefahaman yang jelas dan keteguhan di atas kebenaran. Beliau tidak tunduk kepada badai ujian, tidak melemah azamnya, dan tidak luntur semangatnya, meskipun menghadapi pelbagai kesukaran dan ujian.
Beliau adalah obor yang menjulang tinggi, tidak gentar terhadap celaan demi Allah SWT, bersabar dan redha dengan ketentuan-Nya sehingga datang kepastian (ajal), dan kami tidak memuji sesiapa di sisi Allah. Kehidupan serta usaha beliau untuk agama Islam mengingatkan kita kepada firman Allah:
﴿مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ فَمِنهُمْ مَن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنهُمْ مَن يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً﴾
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”
[Al-Ahzab: 23]
Semoga Allah merahmati saudari kita yang telah pergi serta seluruh kaum Muslimin yang telah kembali kepada-Nya. Semoga Dia Yang Maha Agung menghimpunkannya bersama para nabi, orang-orang yang benar, para syuhada dan orang-orang soleh—dan alangkah baiknya para sahabat itu! Kami memohon kepada Allah agar mengilhamkan kesabaran kepada kami, melipatgandakan ganjaran, serta mengurniakan kepada keluarganya dan orang-orang yang dikasihi dengan kesabaran yang indah dan penerimaan yang baik.
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Sesungguhnya kami amat berdukacita atas pemergianmu, wahai saudari kami Ghamze yang dikasihi. Namun, kita semua adalah milik Allah SWT, dan kepada-Nya kita akan kembali.