Perang Iran dalam Pandangan Fikih Jihad
Penulis: Wardah Abeedah
Dalam merespons perang AS-Zionis melawan Iran, sebahagian tokoh Islam, bahkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), menyeru agar peperangan dihentikan. MUI mengeluarkan 10 Taujihat sebagai respons terhadap isu ini. Walaupun menyatakan kecaman keras terhadap segala bentuk serangan dan pencerobohan ketenteraan, MUI tidak secara jelas menyebut nama Amerika Syarikat dan Zionis. Dalam Taujihat tersebut juga terdapat seruan kepada semua pihak agar menahan diri (stop war). (mui.or.id, 22 April 2026).
Seiring dengan Taujihat MUI, beberapa tokoh Islam turut menegaskan bahawa perang pada dasarnya merupakan sebahagian daripada kezaliman yang perlu dihentikan. Mereka mendorong penyelesaian melalui dialog, serta menyifatkan perang—secara umum—sebagai bentuk kekerasan. Ketua Umum PBNU, Gus Yahya, dalam satu kesempatan bahkan mencadangkan gencatan senjata secara kekal. (nu.or.id, 10 April 2026).
Selain itu, terdapat juga seruan daripada beberapa tokoh Islam agar umat Islam bersikap neutral. Ketua MUI Bidang Hubungan Luar Negeri, Bunyan Saptomo, mengingatkan agar masyarakat Indonesia tidak terperangkap dalam polarisasi dengan membela pihak-pihak tertentu secara emosional. “Tidak perlu kita terikut-ikut membela negara tertentu, sama ada Amerika, Iran, atau Israel. Itu hanya akan mengeruhkan keadaan,” tegasnya. Dalam kesempatan yang lain, Ketua Umum PBNU Gus Yahya, menyatakan fenomena di media sosial dan pelbagai peluang untuk perbualan masyarakat, di mana orang melihat peperangan seperti menonton perlawanan bola yang pro ke sana dan ke sini.
Beberapa pernyataan seperti ini kerap kita dengar kebelakangan ini daripada tokoh Islam lain. Namun, bagaimanakah Perang AS-Zionis vs Iran ini dalam pandangan fikih jihad? Adakah dialog dan gencatan senjata kekal dibenarkan dalam Islam? Dan apakah sikap yang dituntut oleh syariat daripada seorang Muslim?
Kewajipan Jihad Difa’iy (Mempertahankan Diri)
Iran yang ada saat ini berdiri di atas tanah Parsi. Sebuah empayar besar pada zaman sebelum Islam sehingga pada zaman sahabat. Kerajaan Parsi yang menganut agama majusi ditakluk pada zaman Khalifah Umar bin Khattab dalam Perang Qadisiyah yang dipimpin oleh Sa’ad bin Abi Waqash pada tahun 636 M/15H. Ini bermakna, tanah Iran ialah milik kaum Muslim. Sikap muslim yang dituntut oleh Asy-Syari’ apabila tanah kaum Muslim diserang ialah berjihad fisabilillah. Ini sebagaimana perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah: 190,
وَقَاتِلُوۡا فِىۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ الَّذِيۡنَ يُقَاتِلُوۡنَكُمۡ
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu.…”
Para ulama mengkategorikan jihad melawan serangan atau pendudukan kafir seperti ini sebagai jihad difa’iy yang hukumnya adalah fardhu ain. Dalam kitab Hasyiyah al-Bajuri disebutkan,
من يدخل الكفار بلدة من بلاد المسلمين أو ينزل قريبا منها فالجهاد حينئذ فرض عين عليهم، فيلزم أهل ذلك البلد حتى الصبيان والنساء والعبيد والمدين، ولو بلا إذن من الأولياء، والأزواج، والسادة ورب المال الدفع للكفار بما يمكن منهم ولو بضرب بأحجار ونحوها (حاشية البيجوري الشافعي ٢/ ٤٩١)
“Jika orang-orang kafir memasuki suatu kota di negeri kaum Muslim atau menetap berhampirannya, maka jihad adalah wajib ain bagi mereka. Wajib bagi penduduk kota itu, bahkan anak-anak, perempuan, hamba, dan orang yang berhutang, walaupun tanpa izin dari wali, pasangan, majikan, dan pemilik wang, untuk mengusir orang-orang kafir dengan segala cara yang mereka mampu, bahkan jika itu dengan melempar batu dan sejenisnya.” (Ibrahim al-Bajuri, Hasyiyah al-Bajuri 2/491).
Begitu pula dalam kitab Al-Iqna’ Syarah Matan Abi Syuja’ disebutkan,
الحال الثاني من حال الكفار أن يدخلوا بلدة لنا فيلزم أهلها الدفع بالممكن منهم، ويكون الجهاد حينئذ فرض عين سواء أمكن تأهيلهم لقتال أم لم يمكن، ومن هو دون مسافة القصر من البلدة التي دخلها الكفار حكمه كأهلها وإن كان في أهلها كفاية؛ لأنه كالحاضر معهم، فيجب على كل من ذكر حتى على فقير وولد ومدين ورقيق بلا إذن، ويلزم الذين على مسافة القصر المضي إليهم عند الحاجة بقدر الكفاية دفعا لهم فيصير فرض عين في حق من قرب وفرض كفاية في حق من بعد (الإقناع)
“Situasi kedua mengenai orang-orang kafir adalah ketika mereka memasuki kota kita, maka wajib bagi penduduk kota tersebut untuk mengusir mereka dengan segala cara yang mereka miliki. Jihad kemudian menjadi fardhu ain, baik mereka terlatih untuk berperang atau tidak. Sesiapa pun yang berada dalam jarak di bawah jarak dibolehkannya solat qasar dari kota yang dimasuki orang-orang kafir hukumnya disamakan seperti penduduknya, walaupun jumlah mereka cukup banyak, kerana ia seperti orang yang berada di tengah-tengah mereka. Maka wajib bagi semua orang yang disebutkan, bahkan orang miskin, anak-anak, orang yang berhutang, dan hamba tanpa izin. Dan mereka yang berada dalam jarak di bawah jarak qasar solat wajib mendatangi mereka sejauh yang diperlukan untuk mengusir mereka. Maka menjadi kewajipan individu bagi mereka yang hampir dan kewajipan kolektif bagi mereka yang jauh.” (Muhammad Al-Khathib asy-Syirbini, Al-Iqna’ fi Halli Alfazhi Abi Syuja’ juz 2).
Maksudnya, dalam kes Iran, jihad mengusir orang-orang kafir yang memasuki tanah kaum Muslim hukumnya fardhu ain bagi warga Iran yang daerahnya diserang hingga kaum Muslim di sekitarnya dalam jarak ”duuna musafatil qashri” (tidak sampai dibolehkannya solat qasar). Sesiapa pun kaum Muslim yang berjarak dua marhalah/16 farsakh (sekitar 160 km atau lebih sedikit) dia wajib berjihad mengusir penjajah. Kewajipan ini terus berlaku sehingga orang-orang kafir keluar dari negeri mereka atau menghentikan perang.
Imam Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab Asy-Syakhshiyah al-Islamiyah Jilid II hlm. 252 menjelaskan jika musuh menyerang, menjadi fardhu ain bagi orang yang diserang, dan fardhu kifayah bagi orang lain. Fardhu tersebut tidak akan gugur sehingga musuh dapat diusir, dan tanah Islam dapat dibersihkan dari kekejian musuh.
Dalil pendapat ini adalah firman Allah,
فَاِنِ انْتَهَوْا فَاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ ١٩٢
“Namun, jika mereka berhenti (memerangimu), sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 193).
Seruan untuk menghentikan perang kepada semua pihak secara mutlak adalah seruan batil. Sepatutnya kecaman, kutukan keras, dan seruan menghentikan perang disertai dengan kata yang mentaqyid, iaitu tegas ditujukan secara jelas kepada Amerika dan Zionis sebagai kafir harbi penjajah dan musuh kaum Muslim. Bukan seruan yang bersifat mutlak kepada semua pihak, termasuk Iran, untuk menghentikan perang. Iran wajib mempertahankan tanah dan kaum Muslim dengan berperang.
Bolehkah Berpihak kepada Iran?
Dalam Islam, berpihak, rasa cinta, dan kesetiaan mestilah kerana Allah. Begitu juga rasa benci dan permusuhan mestilah kerana Allah semata-mata. Rasulullah SAW bersabda,
أَوْثَقُ عُرَى اْلإِيْمَانِ:الْمُوَالاَةُ فِي اللهِ، وَالْمُعَادَاةُ فِي اللهِ، وَالْحُبُّ فِي اللهِ، وَالبُغْضُ فِي اللهِ
“Ikatan iman yang paling kuat adalah kesetiaan kerana Allah dan permusuhan kerana Allah, mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah.” (HR Ath-Thabrani dalam Mu’jamul Kabir [no.11537], lihat Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah [IV/306, no. 1728])
Maka, apabila umat Islam melihat fakta perang yang berlaku antara AS-Zionis dengan Iran, sudah tentu akidah yang benar akan mendorong untuk berpihak. AS dan Zionis terlebih dahulu menyerang Iran. Bukan sahaja Iran, AS adalah negara kafir yang berulang kali menyerang dan memerangi negeri Muslim. Afghanistan, Iraq, Pakistan, Somalia, Yaman, Libya, dan Syria ada dalam senarai panjang negeri Muslim yang pernah menjadi sasaran bom dan peluru berpandunya yang menewaskan puluhan ribu nyawa. AS juga menjadi pembekal senjata kepada Zionis untuk menjajah Palestin.
Mengenai Zionis, entiti penjajah yang merampas tanah suci Palestin ini sudah dikenali umum kebiadabannya terhadap umat Islam. Kedua-dua negara ini dalam fikih termasuk dalam kategori ad-dawlah al-kafirah al-harbiyah al-muhâribah bi al-fi’li. Iaitu negara kafir harbi yang benar-benar sedang memerangi umat Islam secara nyata, atau biasa disebut sebagai kafir harbi fi’lan. Asas interaksi dengan negara kafir harbi fi’lan adalah interaksi perang. Tidak boleh ada perjanjian apa pun dengan negara kafir seperti ini. Maka membenci, marah, dan memusuhi kedua-duanya adalah kewajipan bara’ yang dituntut syarak. Bukan sahaja umat Islam, malah banyak media Barat mengecam serangan AS-Zionis terhadap Iran, termasuk rakyat AS sendiri juga terus memprotes mengecamnya.
Sedangkan Iran, walau apapun mazhab dan kecenderungan keagamaannya, mereka tetap kaum Muslim. Status tanah yang diserang oleh kafir AS-Zionis adalah tanah kaum Muslim. Maka mencintai, setia, dan membelanya adalah kewajipan wala’ yang dituntut syarak. Berpihak dan kesetiaan ini bukan kerana bangsa atau ras Iran, tetapi kesetiaan kepada sesama muslim yang diserang oleh kafir harbi. Justeru aneh, apabila ada tokoh Islam yang menyeru untuk bersikap neutral dan tidak berpihak.
Hukum Perundingan dan Gencatan Senjata
Hukum melakukan perundingan, perjanjian damai, termasuk gencatan senjata dengan negara kafir adalah mubah. Dalam kitab Asy-Syakhsiyah Al-Islamiyah Jilid II disebutkan, “Negara Islam boleh melakukan perjanjian-perjanjian damai, gencatan senjata, berjiran dengan baik, perjanjian kebudayaan, perjanjian dagang dan ekonomi, dan sebagainya berbentuk perjanjian-perjanjian yang mendukung kepentingan penyebaran dakwah Islam dengan syarat-syarat yang diakui oleh Islam.” (Taqiyuddin an-Nabhani, Asy-Syakhshiyah al-Islamiyah Jilid II, hlm. 363).
Dalam kitab yang sama pada Bab “Gencatan Senjata” juga disebutkan, “Melakukan gencatan senjata antara kaum Muslim dan orang kafir hukumnya adalah boleh, kerana Rasulullah SAW pernah melakukan itu terhadap orang Quraisy pada tahun Hudaibiyah. Namun, dibolehkan gencatan senjata mestilah berlandaskan kemaslahatan yang berkaitan dengan jihad atau penyebaran dakwah.” (Taqiyuddin an-Nabhani, Asy-Syakhshiyah al-Islamiyah Jilid II, hlm. 355).
Rasulullah SAW pernah melakukan perdamaian dengan Bani Mudlij dan Bani Dhamrah untuk mengamankan jalan yang dilalui oleh tentera Islam ketika menyerang musuh-musuhnya. Begitu juga baginda pernah berdamai dengan Yohanes bin Ru’yat dalam perang Tabuk untuk mengamankan sempadan negara dari arah Rom atas sempadan wilayah Syam.
Allah SWT berfirman, “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya.” (TMQ Al-Anfâl [8]: 61).
Namun, gencatan senjata dengan negara kafir yang sedang berperang dengan kaum Muslim tidak boleh bersifat kekal. Apatah lagi dengan Zionis yang sejak 1947 terus melakukan pendudukan, pengusiran, dan genosid di Palestin. Imam Taqiyuddin an-Nabhani dalam Asy-Syakhshiyah al-Islamiyah Jilid II menyebutkan, “Apabila sudah dipastikan ada unsur kemaslahatan dari gencatan senjata itu, maka hendaklah ditentukan tempoh masa gencatan senjata. Tidak boleh ada gencatan senjata tanpa menentukan tempoh masa. Kerana gencatan senjata sifatnya sementara. Maka, tanpa menyebutkan tempoh masa, gencatan senjata dianggap tidak sah, dengan itu bermaksud memelihara gencatan senjata. Dan itu tidak boleh berlaku, sebab akan menghalang jihad yang bersifat wajib. Penetapan jangka waktu termasuk syarat sah gencatan senjata. Jika tidak ada, maka perjanjian itu menjadi rosak (fasad). kerana dalam perjanjian Hudaibiyah juga telah ditentukan tempoh waktunya.” (Taqiyuddin an-Nabhani, Asy-Syakhshiyah al-Islamiyah Jilid II, hlm. 356).
Para ulama sepakat tentang kewajipan jihad berupa futuhat untuk menyebarkan Islam ke negeri kafir. Dalam mazhab Syafie, kewajipan jihad seperti ini hukumnya fardhu kifayah dilakukan minimum setahun sekali.
وكان الأمر به في عهد رسول الله بعد الهجرة فرض كفاية، وأما بعده فللكفار حالان، أحدهما: أن يكونوا ببلادهم فالجهاد فرض كفاية على المسلمين في كل سنة فإذا فعله من فيه كفاية سقط الحرج عن الباقين
“Hukum jihad pada zaman Rasulullah SAW selepas hijrah adalah fardhu kifayah. Sedangkan selepas zaman baginda, maka kaum kafir memiliki dua keadaan. Salah satunya adalah mereka (kaum kafir) berada di daerahnya sendiri. Maka hukum jihad adalah fardhu kifayah bagi kaum Muslim dalam setiap tahun. Sehingga ketika sudah ada orang yang melakukannya dan boleh mencukupi, maka hukum dosa gugur dari yang lainnya.” (Ibnu Qasim al-Ghazzi, Fath al-Qarib al-Mujib hlm. 294).
Maksud kewujudan jihad sebagai fardhu kifayah untuk memulakan jihad adalah bahawa kita mestilah memulakan menyerang musuh, walaupun musuh tidak memulakannya. Jika tidak ada seorang pun di antara kaum Muslim yang memulakan peperangan pada masa tertentu, maka semuanya berdosa kerana meninggalkan jihad. Hal ini kerana jihad adalah salah satu metode penyebaran Islam, iaitu menciptakan keadaan untuk membolehkan menerapkan hukum Islam di wilayah yang telah ditakluk, agar seluruh penduduk dunia boleh merasakan Islam sebagai rahmatan lil alamin. Bukan untuk menjajah, menduduki, membina empayar atau menganiayai, melainkan untuk membina kebahagiaan dan keberkatan.
Maksud memulakan jihad bukan bererti bahawa kita mesti memerangi musuh secara langsung. Tetapi musuh hendaklah diseru terlebih dahulu kepada Islam. Tidak halal bagi kaum Muslim untuk memerangi mereka yang dakwah belum sampai kepadanya. Namun, orang-orang kafir mestilah diseru kepada Islam. Jika mereka menolak, maka mereka diwajibkan membayar jizyah. Dan jika mereka menolak, maka kita memerangi mereka. (Asy-Syakhshiyah al-Islamiyah Jilid II Bab “Jihad”).
Seruan gencatan senjata kekal bagi solusi perang Iran adalah seruan yang bertentangan dengan syariat. Begitu juga seruan perundingan untuk menyelesaikan serangan AS-Zionis. Belajar dari jejak AS dan Zionis sama ada dalam isu Palestin mahupun Perang Iran kali ini, bahasa yang AS dan Zionis kenal ialah perang. Lebih-lebih lagi Zionis, sudah tidak terhitung banyaknya perundingan damai Zionis-Palestin dilakukan, tetapi tidak ada hasilnya sama sekali, semuanya dilanggar.
Urgensi Kewujudan Khilafah dalam Penerapan Fikih Jihad
Jihad, baik yang hukumnya fardhu ain mahupun fardhu kifayah dengan melakukan futuhat hukum wajibnya bersifat mutlak, tidak dibatasi (di-taqyid) dengan sesuatu pun dan tidak disyaratkan dengan sesuatu pun. Ayat tentangnya adalah mutlak, “Diwajibkan atas kalian berperang.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 216).
Kewujudan khalifah yang memimpin jihad tidak mempengaruhi dalam kewajipan berjihad yang bersifat difa’iy. Hanya saja, melihat fakta pemimpin negeri-negeri muslim saat ini, walaupun mereka memiliki kekuatan militer dan persenjataan, mereka berdiam diri daripada membela negeri muslim yang diserang oleh AS-Zionis. Dalam kes penjajahan terbesar pada abad moden di Palestin, pelbagai seruan jihad oleh para ulama dan teriakan meminta pertolongan muslim Gaza tidak membuatkan mereka memimpin perang melawan penjajah zionis. Mereka terkena penyakit wahn (cinta dunia dan takut mati), menimbulkan sikap nasionalisme dan ketundukan kepada Barat serta memadamkan roh jihad, bahkan naluri kemanusiaan dalam hati mereka. Daripada melawan AS dan Zionis, malah sebaliknya mereka membantu Zionis dan AS.
Di sinilah pentingnya kesedaran umat tentang pengkhianatan penguasa negeri muslim. Daripada membantu Iran atau Palestin dan negeri muslim yang lain dijajah, mereka malah membantu AS-Zionis. Serangan terhadap negeri muslim mungkin akan berulang kembali seperti yang berlaku berkali-kali sebelumnya. Juga penting kesedaran tentang kewajipan perjuangan untuk tertegaknya kembali Khilafah. Khilafah yang akan menyatukan umat Islam yang memiliki banyak potensi sumber daya manusia sehingga kekuatan militer. Dengan persatuan begitu, umat Islam akan menjadi kuat. Dengan kekuatan itulah, penjajah boleh diusir dari bumi Palestin dan wilayah dunia Islam yang lain. Allāhu a’lam.
#Jihad #FikihJihad #Perang #Iran #Palestin