اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Keluarga besar Muslimah HTM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang masih mengurniakan kepada kita nikmat iman, Islam dan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan.
Aidiladha mengingatkan kita kepada kisah agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, yang memperlihatkan kemuncak ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Pengorbanan mereka mengajar kita bahawa kemenangan dan kemuliaan agama tidak akan tercapai tanpa kesediaan untuk berkorban demi redha Allah.
Dalam suasana umat yang berdepan pelbagai cabaran, marilah kita mengambil ibrah daripada pengorbanan ini untuk terus berusaha memperkukuhkan umat, menegakkan keadilan, dan mengembalikan kehidupan yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah menurut manhaj kenabian. Semoga Allah mengurniakan kepada umat Islam kekuatan untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah di muka bumi dan mengembalikan kegemilangan Islam melalui jalan yang diredhai-Nya.
Semoga Aidiladha kali ini menjadikan kita insan yang lebih bertakwa, lebih bersedia berkorban, dan lebih teguh dalam memperjuangkan agama Allah.
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita semua.
#Aidiladha #EidMubarak #MuhasabahZulhijjah