Site icon MuslimahHTM News

Jamaah Dakwah dan Dakwah Berjamaah

Jamaah Dakwah dan Dakwah Berjamaah

 

Umat Islam saat ini dihadapkan dengan pelbagai persoalan kehidupan yang beragam, termasuk keadaan di Gaza dan Sudan. Sayangnya, umat Islam tercerai-berai dalam sekatan negara, menyebabkan setiap potensi kekuatan semakin lemah akibat perpecahan.

 

Al-Imam Ibnu Aqil dalam kitab Al-Adab Asy-Syar’iyah menyampaikan kritikan pedas mengenai cara kita mengukur kebangkitan umat. Kebangkitan umat tidak cukup diukur hanya daripada asakan mereka di pintu masjid (jawami’) atau nyaringnya suara talbiyah di tempat umrah dan haji. Sebaliknya, lihatlah bagaimana sikap mereka menghadapi musuh-musuh syariat itu sendiri.

 

Keadaan ini menuntut adanya wa’yu siyasi (kesedaran politik) daripada umat untuk mengenal pasti ancaman dan memahami penyelesaian Islam. Inilah yang kemudian diwajibkan oleh Allah dalam Surah Ali Imran ayat 104:

 

“Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh kepada yang makruf dan melarang daripada yang mungkar, dan sesungguhnya hanya merekalah golongan yang beruntung.” [TMQ Ali Imran (3): 104]

 

Kewajipan Fardhu Mendirikan Kelompok Dakwah

 

Ali Imran ayat 104 ini merupakan kesinambungan dan syarah (penjelasan) daripada perintah sebelumnya dalam Ali Imran ayat 103, iaitu perintah untuk berpegang teguh pada tali Allah dan jangan berpecah belah. Cara berpegang teguh pada tali Allah adalah dengan melakukan dakwah kepada al-khair (kebaikan), menyuruh kepada yang makruf, dan melarang daripada yang mungkar.

 

Kewajipan Mutlak (Fardhu):

 

 

 

 

Para ulama tafsir sepakat bahawa ayat ini mengandungi tuntutan fardhu daripada Allah terkait dakwah, khususnya dalam hal mengadakan kelompok yang berdakwah.

 

Ciri-ciri Jamaah yang Beruntung

 

Lafaz ummatun adalah lafz musytarak (satu kata dengan banyak makna), tetapi dalam konteks Ali Imran 104, maknanya yang paling tepat adalah jamaah. Jamaah ini perlu memiliki ciri-ciri spesifik:

 

 

 

 

(1) Menyeru kepada al-Khair (yad’una ilal Khair): Ditafsirkan sebagai menyeru kepada Islam dan syariat-syariatnya, iaitu menegakkan akidah dan syariat Islam secara kaffah (menyeluruh) dalam kehidupan;

(2) Menyuruh kepada al-Ma’ruf (ya’muruna bil ma’ruf): Menyuruh kepada apa yang diakui dan dibenarkan oleh syariat;

(3) Melarang daripada *al-Munkar (wayanhauna ‘anil munkar): Melarang daripada apa yang diingkari atau menyalahi syariat.

 

Amar makruf nahi mungkar secara khusus disebutkan setelah ilal khair (yang lebih umum) untuk menonjolkan pentingnya aktiviti tersebut (zikrul khas ba’da al-am).

 

Catatan Penting Mengenai Nahi Munkar

 

Aktiviti nahi munkar yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah melarang kemungkaran global dan pemikiran yang bertentangan dengan syariat, seperti melawan kemungkaran demokrasi, liberalisme, pluralisme, feminisme dan sebagainya.

Penting untuk diingat, aktiviti nahi munkar jamaah dakwah tidak boleh fokus pada perkara mukhtalaf fihi (masalah yang diperselisihkan oleh para mujtahid), seperti masalah qunutisbal (memanjangkan seluar di bawah buku lali), atau panjang-pendeknya janggut. Perkara-perkara ijtihad seperti ini bukan bidang babul hisbat (bab nahi munkar). Fokus pada perkara cabang yang diperselisihkan hanya akan menggiring kepada perpecahan.

 

Golongan yang Beruntung (Al-Muflihun)

 

Allah menjanjikan ganjaran bagi kelompok yang menjalankan mandat ini: “Wa ulaika humul muflihun (dan sesungguhnya hanya merekalah golongan yang beruntung).”

 

Penggunaan dhamirul fasl (hum) dalam kalimat ini mengandungi makna pengkhususan (qasr). Maksudnya, keberuntungan (al-falah) di dunia dan akhirat dikhususkan bagi mereka yang membentuk jamaah dengan ciri-ciri menyeru kepada dakwah Islam, amar makruf, dan nahi mungkar.

 

Bagi mereka yang telah bergabung dalam jamaah dakwah, beberapa hal perlu senantiasa dijaga untuk mencapai keistiqamahan:

 

 

 

 

Kewujudan Jamaah setelah Khilafah Tegak

 

Ayat wal taqum minkum ummatun tidak membatasi jumlah kelompok dan tidak dibatasi oleh waktu; kefardhuan ini berlaku sehingga Hari Kiamat (ila yaumil qiyamah).

Oleh kerana itu, walaupun Daulah Khilafah tegak, jamaah dakwah wajib tetap ada dan tidak boleh bubar. Salah satu peranan pentingnya adalah muhasabatul hukam (membetulkan dasar penguasa) agar dasar tersebut senantiasa selaras dengan syariat Islam.

 

 

Sumber: Disarikan daripada kajian NgajiShubuh @ https://www.youtube.com/live/bTLm0nHxezc?si=mBNNHW8mZTJ1822e

 

 

#dakwahjamaie #jamaahIslam #gerakandakwah #gerakanislam #partipolitik

Exit mobile version