Jangan Membenarkan Dusta Penguasa!
Imam Ahmad, Abu Nu’aim, dan Ibnu Hibban dalam kitab sahih mereka, meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudriy RA bahawa Nabi SAW bersabda:
سَيَكُونُ أُمَرَاءُ يَغْشَاهُمْ غَوَاشٍ ، أَوْ حَوَاشٍ مِنَ النَّاسِ يَظْلِمُونَ وَيَكْذِبُونَ، فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ, فَأَنَا بَرِئٌ مِنْهُ وَهُوَ بَرِئٌ مِنِّي، وَمَنْ لَمْ يَدْخُلْ عَلَيْهِمْ, وَ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَ لَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ ”
“Akan ada para pemimpin, yang dikelilingi oleh sekelompok manusia yang bergaul rapat dengan mereka (para penguasa), atau sekelompok orang, yang mereka melakukan kezaliman dan berdusta. Barangsiapa mendatangi mereka, dan membenarkan mereka dalam kedustaan mereka, dan menolong mereka atas kezaliman mereka, maka aku berlepas diri daripadanya, dan dia berlepas diri daripadaku. Dan barangsiapa tidak mendatangi mereka, dan tidak membenarkan dalam kedustaan mereka, dan tidak membantu mereka atas kezaliman mereka, maka dia termasuk golonganku, dan aku termasuk golongannya”. (HR. Imam Ahmad)
Imam Ahmad dan Ibnu Hibban di dalam kitab sahih mereka, meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah RA dari Nabi SAW, bahawa beliau SAW bersabda:
سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكِذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَيُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ
“Akan ada para pemimpin, barangsiapa mendatangi mereka, membenarkan mereka dalam kedustaan mereka, dan membantu mereka atas kezaliman mereka, maka dia tidak termasuk golonganku dan aku bukan termasuk golongannya, dan dia tidak akan sampai ke telagaku. Dan barangsiapa tidak mendatangi mereka, dan tidak membenarkan mereka dalam kedustaan mereka, dan tidak membantu mereka atas kezaliman mereka, maka dia termasuk golonganku dan aku termasuk golongannya, dan dia akan sampai ke telagaku”. (HR. Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)
Sumber: “Mâ Rawâhu al-Asâthîn” – al-Hafizh as-Suyuthi
#Kepimpinan #PemimpinZalim