Punca Struktur Kejatuhan Kewangan Global
Oleh: Ustaz Nabil Abdul Karim
Krisis kewangan global bukanlah satu keadaan darurat, juga bukan sekadar gangguan pasaran yang bersifat sementara. Sebaliknya, krisis kewangan global yang merupakan kemuncak ketidakseimbangan struktur yang berlarutan yang telah menghakis asas sistem kewangan dan ekonomi global. Apabila kekayaan dibina lebih kepada hutang berbanding pengeluaran, apabila pasaran menjadi arena spekulasi berbanding pelaburan yang sebenar, dan apabila wang dipisahkan daripada ekonomi produktif, maka keruntuhan menjadi kesan semula jadi, sehingga menjadikan krisis hanyalah soal masa.
Sepanjang beberapa dekad yang lalu, dunia telah menyaksikan beberapa siri krisis kewangan yang telah mendedahkan kerapuhan tatanan kewangan global dan menunjukkan bahawa solusi yang dilaksanakan tidak menangani punca masalah, tetapi hanya melambatkan letusannya dan meluaskan skopnya. Setiap krisis sentiasa disertai dengan pengembangan kredit selanjutnya, suntikan kecairan (liquidity), dan peningkatan pergantungan pada instrumen kewangan, walaupun struktur sistem itu sendiri telah menjadi sumber ketidakstabilan di dalamnya.
Oleh itu, krisis yang disaksikan oleh dunia hari ini bukanlah akibat daripada peristiwa luar biasa atau gangguan sementara, tetapi sebaliknya akibat ketidakseimbangan struktur yang telah terkumpul selama beberapa dekad dan bahkan telah menjadi bahagian yang melekat pada sifat sistem kewangan itu sendiri. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan krisis berulang secara berkala, walaupun punca atau masa kejadiannya berbeza.
Pertama: Inflasi Hutang yang Belum Pernah Berlaku Sebelumnya
Inflasi hutang adalah salah satu cabaran paling serius yang dihadapi ekonomi global. Hutang tidak lagi terbatas pada pemerintah, namun hutang telah meluas ke perusahaan, individu, dan institusi kewangan, sehingga ia menjadi beban yang semakin besar bagi ekonomi global. Kadar faedah rendah yang berlanjutan selama bertahun-tahun, ditambah dengan pengembangan secara besar-besaran dalam pinjaman, telah menyebabkan inflasi yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam volume hutang, dengan tanpa adanya pertumbuhan sebenar yang sepadan dalam pengeluaran atau ekonomi sebenar. Ketika pembayaran hutang menjadi lebih sukar, dan negara-negara terpaksa meminjam untuk membayar hutang sebelumnya, maka negara-negara itu akan memasuki kitaran hutang yang sukar untuk keluar darinya.
Kedua: Pengembangan Penerbitan Wang
Sejak meninggalkan standard emas, bank pusat mampu mengeluarkan sejumlah besar wang, tanpa kaitan langsung dengan pengeluaran atau rizab emas. Penggunaan dasar ini meluas pasca krisis kewangan global 2008, bahkan menjadi lebih besar lagi sepanjang pandemik COVID-19, kerana trilion dolar disuntikkan ke pasaran yang dikenal sebagai “pelonggaran kuantitatif atau quantitative easing (QE)”. Meskipun langkah-langkah ini membantu menunda keruntuhan dalam jangka pendek, namun langkah-langkah tersebut menyebabkan kadar inflasi yang lebih tinggi, pembentukan gelembung kewangan, dan melemahnya daya beli mata wang.
Ketiga: Inflasi Ekonomi Kewangan dengan Mengorbankan Ekonomi Sebenar
Sebahagian besar aliran modal global kini beredar di pasaran kewangan, daripada disalurkan ke pelaburan produktif. Spekulasi dalam saham, bon, kontrak niaga hadapan (berjangka) dan derivatif kewangan telah berkembang sehingga nilai transaksi kewangan jauh melebihi nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh ekonomi sebenar. Apabila wang diasingkan daripada pengeluaran, pasaran menjadi lebih terdedah kepada turun naik mendadak dan kejatuhan mendadak, kerana harga tidak lagi mencerminkan nilai sebenar aset tetapi sebaliknya mencerminkan jangkaan pelabur dan turun naik spekulatif.
Keempat: Kerapuhan Sistem Perbankan
Sistem perbankan moden didasarkan pada konsep perbankan rizab pecahan (Fractional Reserve), di mana bank menyimpan sebahagian kecil dana nasabah sementara sebahagian besar dipinjamkan sebagai pinjaman. Sistem ini berfungsi normal selagi kepercayaan masih ada, tetapi menjadi sangat rapuh ketika kepercayaan terjejas. Penarikan dana secara besar-besaran oleh sejumlah besar nasabah dapat menyebabkan beberapa bank tidak mampu memenuhi kewajipannya, seperti yang terlihat dalam beberapa krisis perbankan dalam beberapa tahun terakhir, dan yang akan segera terjadi lebih buruk lagi.
Kelima: Hiper-Globalisasi dan Keterkaitan Ekonomi
Globalisasi telah menyumbang dalam pengembangan perdagangan dan pelaburan, tetapi ia juga membuat ekonomi lebih saling berkaitan daripada sebelumnya, sehingga krisis tempatan apa pun dapat menyebar ke seluruh dunia dengan cepat. Gangguan di salah satu pusat kewangan utama, kerosakan dalam rantai bekalan, atau tercetusnya konflik geopolitik dapat menyebabkan kekacauan yang meluas di pasaran global, seperti yang berlaku sepanjang pandemik COVID-19, krisis tenaga, dan perang serantau, seperti yang terjadi saat ini dengan pergolakan pasaran yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Keenam: Pempolitikan Sistem Kewangan Global
Tatanan kewangan global bukan lagi sekadar sarana untuk mengatur perdagangan dan pelaburan, tetapi secara bertahap telah berubah menjadi instrumen pengaruh politik. Penggunaan sekatan ekonomi, pembekuan aset, pembatasan pemindahan kewangan, dan pelarangan beberapa negara untuk menggunakan sistem pembayaran antarabangsa, telah mendorong semakin banyak negara untuk mencari alternatif yang mengurangi ketergantungan mereka pada sistem kewangan yang didominasi AS. Sehingga hal ini telah menyebabkan penurunan kepercayaan terhadap neutraliti sistem kewangan global dan percepatan usaha untuk mewujudkan alternatif dalam bidang pembayaran, perdagangan, dan rizab monetari.
Ketujuh: Melebarnya Jurang antara Ekonomi Sebenar dan Ekonomi Kewangan
Salah satu manifestasi paling menonjol daripada ketidakseimbangan struktur adalah kekayaan kewangan global telah tumbuh jauh lebih cepat daripada pengeluaran sebenar. Sementara banyak ekonomi menderita perlambatan pertumbuhan, kadar pengangguran yang tinggi, dan penurunan produktiviti, sedang harga aset kewangan terus meningkat disebabkan pengembangan dasar kewangan. Hal ini telah menyebabkan konsentrasi kekayaan di tangan sebahagian kecil orang serta memperluas jurang ekonomi dan sosial, yang berakibat pada peningkatan kerapuhan sistem dan pelemahan kemampuannya untuk terus bertahan.
Sesungguhnya keruntuhan sistem kewangan global tidak dapat dinafikan, bahkan peristiwa terkini menegaskan bahawa dunia sedang mendekati momen penting di mana setiap orang mungkin akan merasakan konsekuensi pahit dari sistem yang dibangun di atas asas yang tidak berkelanjutan.
Solusi sebenar terletak pada sistem ekonomi yang mewujudkan kebahagiaan dan kemakmuran bagi umat manusia, bebas daripada krisis, keruntuhan, inflasi, dan kemelesetan yang melekat pada sistem kapitalis. Sistem Islam, sebagai sebuah ideologi yang komprehensif, akan memenuhi keperluan umat manusia, kerana hukum-hukumnya berasal dari Pencipta umat manusia, sehingga sangat mengetahui apa yang terbaik bagi mereka. Hukum-hukum Islam ini diturunkan untuk mencegah penipuan, riba, monopoli, dan semua bentuk korupsi ekonomi lainnya.
Solusi yang sebenarnya adalah penerapan Islam, dan ini hanya dapat dicapai dengan mendirikan Negara Islam, Khilafah Rasyidah, yang telah runtuh sejak tahun 1924 M. Kami memohon kepada Allah SWT agar Khilafah segera tegak kembali, dan agar kembali seperti pada zaman Rasulullah SAW, dengan pertolongan daripada Allah SWT dan usaha orang-orang yang berjuang untuk mendirikannya.
Wahai umat Islam, solusinya ada di tangan kalian. Jangan biarkan hal itu hanya terbatas pada buku-buku, tetapi wujudkanlah dalam kenyataan dengan mendirikan Khilafah Rasyidah ‘ala minhājin nubuwah, dengan izin Allah SWT, sebagaimana yang telah dinubuwahkan oleh Rasulullah SAW. Marilah kita kembali menjadi umat terbaik yang dikeluarkan untuk umat manusia, kerana Allah SWT telah menjanjikan kemenangan kepada orang-orang beriman jika mereka berpegang teguh pada hukum-hukum-Nya dan mengikuti Rasul-Nya. Allah SWT berfirman:
﴿وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ رُسُلاً إِلَىٰ قَوْمِهِمْ فَجَاءُوهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَانْتَقَمْنَا مِنَ الَّذِينَ أَجْرَمُوا وَكَانَ حَقاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ﴾
“Dan sesungguhnya, Kami telah utuskan sebelum engkau (Muhammad) beberapa orang rasul kepada kaumnya. Mereka datang kepadanya dengan membawa keterangan-keterangan (yang cukup), lalu Kami melakukan pembalasan terhadap orang-orang yang berdosa. Dan adalah merupakan hak Kami untuk menolong orang-orang yang beriman.” (TMQ Ar-Rum [30]: 47).
Sumber: alraiah.net, 29/7/2026.
#ekonomi #ekonomiislam #TegakKhilafah #inflasi