Gaza (Palestin) telah berada di bawah penjajahan entiti Y4hud1 selama 79 tahun. Sejak tiga tahun kebelakangan ini pula, Gaza berhadapan dengan genosid besar-besaran. Tanah al-Aqsa yang diberkati dan berada di bawah penjajahan ini bukanlah tempat suci bersama bagi tiga agama, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang menyesatkan, dan bukan juga sebuah tempat di mana orang Y4hud1 dan umat Islam akan hidup bersama berdasarkan solusi dua negara. Sebaliknya, inilah bumi tempat terletaknya Masjid al-Aqsa, kiblat pertama kita, serta bumi Isra’ dan Mikraj.
Tanah ini telah diperintah oleh Daulah Khilafah Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun dalam suasana aman dan dengan keadilan Islam. Namun, selepas Daulah Khilafah Uthmaniyyah diruntuhkan oleh kuffar penjajah, kezaliman dan air mata tidak pernah berhenti di bumi ini.
Persoalan Gaza dan Palestin merupakan persoalan Islami. Penjajahan ini tidak akan berakhir melalui campur tangan badan-badan antarabangsa. Penamatan penjajahan hanya mungkin dilakukan dengan sebuah pasukan tentera yang akan menunjukkan batas kepada penjajah — iaitu pasukan tentera Islam.
– Burhan Ercan
Wakil Köklü Değişim, Diyarbakır
Konferens “Gaza pada Tahun Ketiga Taufan al-Aqsa” — Diyarbakır, Turkiye
#710 #Gaza #LetsSpeakUpforPalestine